Bagi anda yang pernah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta dari Indonesia sudah pasti pernah mendengar bait-bait lirik lagu tema filem tersebut yang berjudul Denting.
Baru-baru ini, lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Melly Goeslaw itu kembali mendapat perhatian daripada peminat industri hiburan tanah air.
Penyanyi, Aina Abdul misalnya tidak ketinggalan untuk mengambil peluang merakamkan muzik video lagu tersebut dan berkongsi bersama peminat menerusi akaun rasmi YouTube miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun ini memberitahu dia amat menyukai lagu berkenaan dan mengharapkan para peminat turut menyukai muzik video yang dihasilkan mengunakan telefon pintar sahaja.
Ads
“In love with the song! Had fun shooting with team using Iphone Hope semua suka dengan cover ini! Also, Aina ada buah tangan baru very soon! Stay tuned okay!,” tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi YouTube miliknya.
Nyata, usaha merakamkan muzik video tersebut membuahkan hasil setelah mendapat reaksi positif dan pujian daripada peminat.
Ads
Bukan itu sahaja, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Sumpah ini turut mendapat pujian peminat dari negara seberang itu.
“So awesome! The MV is perfect!,” puji seorang wargamaya.
“Sejujurnya saya tidak pernah dengar lagu ni tapi bila dengar Aina Abdul cover lagu ni terus jatuh cinta ngan lagu ni. Good job Aina Abdul dan team . #ainations,” tulis lagi seorang peminat.
Ads
“Saya Sudah sangat jatuh cinta sama suara Aina. Suaranyaaaaaa tak pernah ku temui kesalahan Selama aina bernyanyi. Salam Dari Indonesia,” luah seorang warganet dari Indonesia.
“Saya harap Teh Melly Goeslaw bisa memberi kesempatan kepada penyanyi Malaysia yang penuh talenta ini, Aina Abdul…salam dari penggemar Aina di Indonesia,” puji lagi seorang individu.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam penyanyi senior, Nizam Laksamana, mendedahkan isterinya yang ketika ini sedang mengidap kanser payu dara telah pun memulakan rawatan kimoterapinya buat pertama kali di Hospital Kuala Lumpur.
Dikesempatan itu juga, Nizam turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa semoga isterinya itu diberikan kekuatan serta sentiasa berfikiran positif demi melawan penyakit tersebut.
“Hari ini hari pertama untuk cycle pertama proses chemoterapy isteri saya untuk perubatan breast cancer(5 cycle to go). Mohon bantuan kawan-kawan semua. Bantuan berupa DOA.
“Sudilah doakan isteri saya diberi ketabahan, kekuatan seperti tabah dan kuatnya Johan Aziz melawan cancernya & berfikiran positif selama proses perubatan ini dijalankan.
“Semoga doa-doa kawan-kawan semua Allah angkat dan makbolkan, inshaAllah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Gugurnya Bunga Cinta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nizam turut berjanji akan sentiasa ada bersama isterinya itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Malah, Nizam yang juga merupakan bekas peserta program Gegar Vaganza musim ke-2 turut menyifatkan isterinya itu telah banyak berkorban bukan sahaja buat dirinya tetapi untuk anak-anak juga.
“InshaAllah..susah senang saya akan ada untuk awak. Saya akan cuba semampu saya untuk menjaga awak. Awak banyak bekorban untuk saya dan anak-anak.
“Gantikan sakit awak tu saya tanggung pun saya sanggup,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa simpati selain turut mendoakan semoga segala urusan melibatkan isteri Nizam sewaktu menjalani rawatan akan sentiasa dipermudahkan.
Terhadulu, Nizam dan isterinya, Salwati Zulkifli telah pun mendirikan rumah tangga pada sekitar tahun 1995 dan kini telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Nizam Laksamana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ryan Deedat yang juga duta kepada syarikat perundingan dan penyelesaian masalah kewangan, Lulus.my meyambut baik usaha jenama itu di dalam memperkasakan hal berkaitan pengurusan kewangan pelbagai golongan di negarai ini demi kebaikan bersama.
Lulus telah melancarkan aplikasi LULUS baru-baru ini, menerusi kerjasama strategik baharu yang bakal merevolusikan lanskap perkhidmatan kewangan negara dengan menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan komprehensif yang mempunyai akses kepada pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan unik pengguna.
“Sudah semestinya saya tumpang gembira melihat perkembangan tersebut. Bila sudah semakin kedepan sudah pasti ia secara langsung memberikan manfaat kepada mana-mana individu yang ingin menyemak status kewangan dan sebagainya.
“Bila ada aplikasi, ia semestinya menjadi lebih mudah berbanding cara tradisional yang mana kini ia lebih efisyen. Mereka sudah boleh ketahui apa-apa servis menerusi hujung jari saja,” katanya kepada MH.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Erbe World Holding, Datuk Muhammad Amir Abdullah, LULUS akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat fintech, biro kredit dan institusi kewangan yang akan meluaskan lagi jangkauan dan mempelbagaikan tawaran produk dan perkhidmatan mereka.
“Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh melakukan semakan pinjaman menggunakan teknologi canggih serta menerusi sumber data yang boleh dipercayai dan antara muka yang mesra pengguna.
“Perkhidmatan ini juga direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, menyediakan laporan kelayakan pinjaman yang cepat, tepat dan boleh diakses.
“Setakat sekarang, pada tahun pertama saya menyasarkan 10 juta transaksi menerusi aplikasi ini,” katanya sewaktu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara ERBE, CTOS dan CelcomDigi.
Tambahnya lagi, syarikat tersebut mensasarkan 21 buah bank akan terlibat sama dalam kerjasama strategik ini membabitkan lima bank digital, koperasi kredit dan syarikat pinjaman lain.
”Perancangan fasa kedua pula, pada tahun hadapan kami akan memperkenalkan LULUS sebagai platform e-dompet dan fasa ketiga yang masih dalam perancangan iaitu menjalankan perniagaan pelaburan melalui aplikasi yang sama,” ujarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chin pula menjelaskan, mereka mempunyai misi sama untuk membantu rakyat Malaysia memperoleh akses yang lebih cepat dan mudah kepada pembiayaan.
“Di CTOS misi kami adalah untuk membantu memperkasakan individu dan perniagaan dalam membuat keputusan kredit yang kukuh dan yakin. Ia bagi membawa kepada kesihatan kewangan yang lebih baik dengan akses kritikal kepada data dan cerapan mudah,” katanya.
Turut di dalam acara berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chin dan Ketua Ketua Kerjasama dan Perkongsian CelcomDigi, Azman Ramli.
Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi LULUS, Mohd Hasrul Syafiq Mohd Ismail berkata pendekatan ini secara tidak langsung memberi kuasa kepada individu untuk mendapatkan pembiayaan dan produk kewangan yang lebih cepat.
“Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) adalah intipati misi kami. Melalui model BaaS, kami bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan yang lebih berpatutan, cekap, dan mudah diakses kepada pelanggan kami.
“Dengan kerjasama daripada 21 bank, 5 bank digital, koperasi kredit dan syarikat-syarikat pinjaman lain, rakyat Malaysia akan merasai manfaat nyata melalui BaaS Lulus.
“Pendekatan revolusi ini memberi kuasa kepada individu untuk mendapatkan pembiayaan dengan lebih cepat dan mudah, menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan, dan mengakses produk dan perkhidmatan kewangan yang sebelum ini di luar jangkauan mereka.
“Kerjasama kami dengan CelcomDigi dan CTOS turut memperkuatkan keupayaan kami, membolehkan kami menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan efisyen,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Atlet gimnastik negara yang mencipta sensasi di Sukan Asia Hangzhou 2022, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam menzahirkan rasa syukur selepas berjaya membawa pulang pingat gangsa sekaligus menamatkan penantian 17 tahun.
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.
“Saya memang bersyukur selepas menang pingat gangsa ini. Saya hampir menangis sebab ketika dia Sukan SEA, Kejohanan Dunia dan Sukan Komonwel lalu, saya tak dapat menang pingat.
“Jadi, bila pergi ke Sukan Asia ini, saya betul-betul meletakkan sasaran untuk bawa pulang pingat. Setidaknya saya tidak dikecam lagi.
“Ketika latihan pun saya tidak ada buat silap. Saya gembira bila dapat bawa balik sesuatu buat negara selepas 17 tahun,” katanya kepada MH.
Anak jati Terengganu ini berkata sedimikian ketika ditemui di program makan malam bersama media malam tadi.
Sementara itu, Sharul yang ketika ini sedang mengumpul dana untuk misi ke Sukan Olimpik turut memaklumkan dirinya terbuka untuk menerima sebarang tawaran berlakon atau muncul di dalam iklan asalkan tidak menggangu rutin latihannya.
“Sebelum ini, saya pernah muncul sebagai cameo untuk sebuah drama di platform penstriman. Namun, itu pun saya sudah rasa agak mencanar.
“Walaupun babak saya hanya sekejap, tetap ambil masa dua hari untuk penggambaran. Sekadar mencuba itu mungkin boleh buat saya,”
“Saya tak perlu minta kebenaran persatuan sebab kalau ada jadual melibatkan kerja luar, saya akan buat pada waktu malam atau hujung minggu. Ia tak ganggu waktu latihan saya.
“Ketika ini pun, tawaran kerja di luar memang tidak menggangu prestasi saya. Dah banyak kali juga saya ada program penggambaran di luar, proses latihan saya juga tak terganggu,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia akan bergerak aktif di dalam dunia lakonan selepas bersara nanti, atlet berusia 22 tahun mendedahkan dirinya tetap mahu menabur bakti untuk sukan gimnastik.
“Kalau ada peluang, mungkin saya boleh cuba tapi fokus saya mungkin lebih kepada untuk menjadi jurulatih selepas bersara nanti. Memang impian saya untuk bawa pelapis ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Pada masa sama, Sharul turut memaklumkan dirinya belum bersedia untuk memikirkan soal cinta kerana banyak lagi pencapaian yang belum diraihnya saat ini.
“Buat masa sekarang, saya masih single. Kini fokus saya adalah untuk mengejar impian saya dahulu. Saya belum lagi mencapai sasaran yang saya mahukan.
“Saya mahu ke Sukan Olimpik dan menangi banyak pingat dahulu. Selepas itu mungkin baru saya fikir untuk mencari pasangan.
“Jujurnya saya tak pernah bercinta. Minat pada seseorang itu ada tapi sekarang, saya banyak berkawan sahaja. Kalau nampak saya bersama perempuan di luar, itu hanya sekadar kawan.
“Saya tiada kawan di luar. Semuanya kawan-kawan di MSN dan UPM. Atlet lain mungkin tiada masalah untuk bercinta tapi bagi saya, belum masanya lagi,” akhirinya.
Pada 29 Sept lepas, Sharul Aimy menamatkan kemarau selama 17 tahun negara tanpa sebarang pingat dalam sukan tersebut setelah berjaya meraih gangsa dalam acara melombol lelaki di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Terdahulu, Sharul difahamkan memerlukan dana sebanyak RM300,000 sebagai persediaan untuk misi ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...