“Nak bersiap agak lama, tapi saya sudah terbiasa dan seronok untuk bersiap lama-lama.” Demikian kata penyanyi, Aina Abdul selepas ditanya mengenai persalinan uniknya ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), pada Ahad.
Mengenakan persalinan bak ‘dedaunan dan akar pokok’ bersempena dengan konsep ‘Tree of Life’, Aina mendedahkan dia bersiap hampir beberapa jam.
“Sebab bagi saya kalau bersiap sekejap tu macam peliklah pula nanti. Dari mula solek dan pakai busana, adalah dalam dua tiga jam juga.
“Sebab ada banyak perincian di dalam persalinan ini dan saya perlu persiapkan diri. Ya saya seronok memandangkan ini juga sebahagian daripada cara saya untuk bagaimana terjemahkan lagu itu,” katanya.
Ads
Aina menambah, dia gemar untuk menitikberatkan kesemua elemen penting di dalam persembahan.
Ads
“Mungkin ada penonton yang lebih senang untuk melihat visual persembahan berbanding vokal, tapi saya di sini sebagai anak seni yang suka untuk adunkan segalanya dalam sesebuah persembahan.
“Saya bertuah kerana ada pasukan yang boleh merealisasikan keinginan itu,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, lagu yang dipertaruhkan Aina, Jangan Mati Rasa itu diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga di AJL38.
Aina turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa dan Vokal Terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah tiga musim memegang watak utama dalam drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku, Siti Saleha akui watak Mia Adrianna sangat istimewa.
Menurut Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, dia juga menyayangi watak berkenaan.
Justeru, aktres berusia 32 tahun ini merakamkan rasa terharu kepada para penonton yang telah memberi tanda sokongan terhadap peranan Mia Adrianna yang dibawa.
“Mia Adriana will always have a special place in my heart. Thank you for loving her as much as I did.
“Now, Mia is signing off. Jumpa dalam project lain Insyaallah.
#7harimencintaiku3 #miaadriana #salehatravels #turkey,” tulisnya di Instagram.
Sekadar informasi, 7 Hari Mencintaiku 3 dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Jasmin Hamid, Liza Abdullah, Faye Kusairi, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Drama rantaian ini ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Saleha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos Scha Alyahya memuat naik foto lamanya sejurus selesai membuang undi dengan dengan jarinya yang masih ‘berdakwat biru’.
Menerusi Instagram, Scha memaklumkan sudah dua kali melakukan kewajipan mengundi di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia.
“I have voted twice, 2013 dan 2018. Why second pic? Sila zoom in. Esok InsyaAllah sekali lagi. Marilah,” tulis ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi ruangan kapsyen, pada Jumaat.
Pelakon, Rita Rudaini ada memuat naik entri terbaru di Instagram yang memberi 1001 pertanyaan di kalangan netizen.
Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas siapakah individu yang dimaksudkan, rata-rata netizen menyifatkan kapsyen itu ditujukan ditujukan kepada isteri bekas suaminya, Zarema Zainal.
“Sistur tak cantik, sistur tak letop mcm sis tapi sisturr ada LIFE. Sis takde LIFE ke? 24jam ingat kt sisturr je. Bangun pagi ingat sisturr, makan ingat sisturr, tido ingat sistur,” tulisnya.
Tambah Rita, wanita yang hidupnya mengambil suami orang, hidupnya memang tidak akan tenang.
“Orang yang diselubungi dosa ambil laki orang ni memang hidup dia tak tenang. Dok risau takut laki kene ambil. Sistur kesian hidup depa,” katanya lagi.
Melihat diruangan komen, kenyataan Rita tersebut menerima respon pelbagai daripada netizen. Ada yang menyokong, ada juga yang merasakan kenyataan tersebut bakal mengeruhkan lagi hubungannya bersama keluarga bekas suami.
Terdahulu, Rita telah menyuarakan hasrat untuk membawa anak-anaknya menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan bekas suaminya itu di kejohanan Piala AFF yang sedang berlansung ketika ini.
Apapun, mungkin apa yang dikongsi aktres itu tidak memberi maksud tersirat, hanya mahu berkongsi mengenai kehidupan. Siapa tahu kan?
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...