Selepas 7 minggu bersiaran, program hiburan The Masked Singer Malaysia telah pun melabuhkan tirai dan seramai lima peserta yang berjaya mara ke pentas akhir akhirnya terjawab siapakah identiti yang dirahsiakan di sebalik topeng.
Seperti yang dinanti-nantikan, inilah dia keputusan penuh barisan peserta di sebalik topeng yang sudah didedahkan.
Bunga Raya (Aina Abdul)
Rajah Brooke (Vanessa Ceria Pop Star)
Orang Utan (Tuju K-Clique)
Wau (Datin Alyah)
Enggang (Vince)
Tempat pertama telah dimenangi oleh Aina Abdul dan membawa pulang hadiah sebuah trofi.
Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh penyanyi Vanessa Ceria Pop Star dan Tuju K-Clique.
Seterusnya, penyanyi Datin Alyah menduduki tempat keempat dan Vince pula menduduki di tempat kelima.
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini turut menampilkan barisan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Nabila Huda, Ella, Remy Ishak, Michael Ang, Zizan Razak, Ramona Zam Zam, Raja Azura dan Angah Raja Lawak.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azzam Sham Dedah Nama Anak Sulung Iaitu Azzalea Safiyya & Sudah Ada Akaun IG
Pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie akhirnya mengumumkan nama anak pertama mereka yang selamat dilahirkan pada 27 November lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Azzam dan isteri sepakat memberikan nama Azzalea Safiyya buat puteri sulung mereka.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kami perkenalkan puteri sulung kami yang diberi nama Azzalea Safiyya Binti Muhammad Azzammuddin.
“Semoga @azzalea_safiyya menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta berjaya dunia akhirat,” tulis Azzam di ruangan kapsyen.
Dalam entri yang sama, Azzam atau nama sebenar Muhammad Azzamuddin Lop Hisham, 25, turut menitipkan doa buat mana-mana pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata beroleh rezeki yang sama di kemudian hari.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kebaikan buat keluarga kecil kami. Semoga segala doa yang baik dibalas dengan kebaikan. Kami juga mendoakan buat semua pasangan yang menanti zuriat agar dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah serta dipermudah segala urusan dunia akhirat,” tulis Azzam.
Serentak dengan pengumuman nama anaknya, Azzam turut membuka akaun Instagram buat menyimpan kenangan berkaitan puterinya itu.
Setakat ini, akaun tersebut sudah mempunyai lebih 2,000 pengikut.
Azzam juga berkongsi gambar menunjukkan bahagian bibir Azzalea di laman tersebut.
Sekadar info, juara Big Stage 2020 ini berkahwin dengan Sheryl pada 1 Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Azzam Sham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bertarung Nyawa 10 Jam Dalam Labour Room,” – Elfira Loy Kenang Saat Bersalinkan Rayyan
Pelakon, Elfira Loy mengimbau kembali kenangan sewaktu melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini sudah genap mencecah usia lebih dua tahun.
Menurut pemilik nama lengkap Nurul Elfira Loy, dia bertarung nyawa selama 10 jam sewaktu melahirkan permata hatinya itu secara normal di bilik bersalin.
Pada masa sama, pelakon berusia 27 tahun ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang anak sangat baik.
“2 years ago , Mommy bertarung nyawa 10 jam dalam labour room nak tunggu Rayyan keluar.
“Happy birthday my sweet baby boi , Muhamad Rayyan Khalaf , seindah nama , anak yang sangat baik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan dan mendoakan agar Rayyan menjadi seorang anak yang soleh di ruangan komen entri berkenaan.
“besar pahala mommy @elfiraloy . happy 2nd birthday rayyan!,” titip peminat.
“Happy birthdayyyy rayyan! Moga jadi anak yang soleh buat mak ayah Amin,” tulis lagi seorang wargamaya.
“Pengalaman paling indah. Hepi beday anak,” tulis peminat.
“Happy birthday little one soooooo Cute Prince of mommy n daddy.moga yg baik 2 saje utk mu duhai anak,” titp lagi seorang netizen.
Imbas kembali, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lawat 21 Lokasi Ikonik & Bertempur Dengan Figura Lanun Gergasi, The One Piece Asia Tour Exhibition Kini Di Genting Highland!
Di mana peminat siri anime popular dunia, One Piece? Ini kami kongsikan berita baik buat anda.
Kini, anda semua berpeluang untuk merasai sendiri keterujaan membelah samudera serta ketegangan pertempuran di antara puak-puak lanun untuk bergelar ‘Pirate King’.
Merupakan pameran terbesar pertama di Malaysia, The One Piece Asia Tour Exhibition akhirnya ‘berlabuh’ di Malaysia di Skytropolis Indoor Theme Park di Resorts World Genting.
Pameran yang diberi nama “The Great Era of Piracy” anjuran Ace Media Network Sdn. Bhd (AMN) ini berlangsung selama 47 hari bermula 23 Mac sehingga 8 May 2023. Ia dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Menariknya, para pengunjung juga boleh meneroka 21 zon bertema yang sama seperti di dalam anime seperti Pulau Raftel, Skypeia, The Marineford dan banyak lagi.
Salah satu daripada zon tersebut akan melibatkan teater mini interaktif yang memaparkan kembara selama 25 tahun Luffy bersama Straw Hat Crew. Ia sememangnya mengimbau kembali memori peminat tegar One Piece.
Bukan setakat itu, pameran ini turut dihidupkan lagi dengan sususan arca-arca FRP (plastik diperkuat fiber) bersaiz sebenar karakter-karakter kegemaran seperti Luffy, Katakuri, Yamato, dan banyak lagi.
Malah, patung figura berbentuk 3D ini juga turut disusun mengikut babak-babak pertempuran yang pastinya membuatkan para pengunjung dari kalangan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa pasti teruja untuk melawati setiap lokasi yang dikatakan memakan masa lebih 45 minit itu.
Dalam pada itu, anda juga boleh mencuba permainan interaktif AR yang disediakan disetiap lokasi pameran. Setiap permainan tersebut boleh dimuat naik menerusi telefon pintar anda.
Pada masa sama, jangan melepaskan peluang untuk berkunjung ke lokasi mini karnival yang terletak di Land of Wano.
Ketika di sana, anda boleh mencuba pelbagai aktiviti serta permainan menarik. Jika bernasib baik, hadiah berupa barangan eksklusif edisi terhad One Piece bakal menjadi milik anda.
Bagaimanapun, jangan risau. Kalau bukan rezeki anda, barangan-barangan tersebut turut dijual di booth-booth yang telah disediakan.
Kalau anda bukan peminat One Piece sekali pun, MH percaya pameran berskala mega ini mampu membuka hati ramai pihak untuk turut serta bersama jutaan manusia yang lain untuk meminati siri anime popular dunia itu.
Tiket mula dijual pada harga RM94 buat pengunjung tempatan berumur 18 tahun dan keatas. Manakala buat pelancong luar pula, tiket dijual pada harga RM114.
Kanak-kanak, remaja dan warga emas pula masing-masing dijual pada harga RM54.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau berkunjung ke platform media sosial seperti berikut;
Website : http://www.acemedia.network/event/onepieceasiatour/
Facebook : www.facebook.com/onepieceasiatour
Twitter : www.twitter.com/onepiece_mytour
Instagram : www.instagram/onepieceasiatour
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI