
Isi Kandungan
TogglePenyanyi Aina Abdul, tidak menafikan hatinya sedikit terguris dengan kecaman yang diterima selepas persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), baru-baru ini.
Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, kecaman tersebut seolah-olah menidakkan segala usaha yang telah dicurahkan bagi memastikan setiap persembahannya tampil berkualiti dan memberi impak kepada penonton.
‘Merajuk, Tapi…’
“Ada sikit merajuk, tapi tidaklah keterlaluan. Saya manusia biasa, saya rasa macam apa saja yang saya sudah buat selama ini di AJL dengan memberikan persembahan berkualiti, tidak dipandang kerana mereka tidak melihat pada kualiti.
“Bagi saya, saya bercakap bagi pihak saya, bukan orang lain. Saya sedikit berkecil hati bagaimana netizen melayan saya dengan cara ini.
“Sebab saya hanya ada satu matlamat saja, saya mahu jujur dalam karya saya dan itu yang saya perlihatkan. Bukan saya menunjuk atau ‘show off’,” katanya.
Mengakui dia gemar berfikir di luar kotak, Aina menjelaskan segala yang dilakukan adalah demi mereka yang benar-benar menghargai hasil seninya.
“Saya buat untuk mereka yang hargai seni saya. Mungkin ada orang yang akan benci saya lagi selepas ini, tapi tak mengapa, saya akan teruskan berjalan.
“Selagi saya ada sokongan dari keluarga kecil saya, saya akan baik-baik saja,” tambahnya lagi.
Pilih Untuk Kekal Positif
Mengulas mengenai reaksi netizen, Aina mengakui bahawa dia memilih untuk tidak terlalu melayan komen negatif dan lebih fokus kepada perkara yang membawa kebahagiaan.
Walaupun tidak dapat lari daripada tempias kecaman, juara AJL37 ini tetap berusaha untuk kekal positif dalam menghadapi kritikan.
“Mental saya, alhamdulillah, saya dapat hadapi semua ini dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak keluar rumah langsung selepas AJL.
“Tapi bukan sebab saya lemah atau apa, tapi saya rasa lebih baik luangkan masa bersama kucing-kucing saya.
“Itu lebih penting daripada saya nak membaca komen-komen yang negatif. Sebab benda negatif ini tetap akan sampai tenaganya pada kita, walaupun saya cuba elak, ia tetap ada yang datang melaporkan pada saya,” jelasnya.
Aina bagaimanapun memahami setiap orang bebas untuk bersuara dan dia sendiri memilih untuk kekal berpegang pada prinsip untuk terus melakukan apa yang disukainya.
“Saya mahu kekal ‘grounded’ dan buat kerja saya. Saya ada banyak benda nak buat dan saya rasa kalau saya bagi lebih masa kepada benda itu, saya takut saya merajuk sampai bila-bila,” katanya lagi.
Kecaman Tak Hentikan Perjuangan
Biarpun dikecam termasuk menjadi mangsa buli siber dan ‘face shaming’, Aina menegaskan dia tidak akan berhenti melakukan apa yang dicintainya.
“Saya tidak akan berhenti melakukan apa yang saya lakukan. Setiap kali saya buat persembahan, saya akan berikan yang terbaik, bukan nak ‘show off’ tapi itulah yang patut saya buat.
“Saya belajar dari Allahyarham Datuk Sudirman, Anita Sarawak, orang-orang lama yang berkarya di atas pentas. Saya mahu menjadi seperti mereka. Itu cara saya memperagakan jiwa dan raga saya,” katanya.
Terdahulu, ketiadaan kemenangan utama buat Aina di AJL39 telah mengundang pelbagai reaksi, termasuk segelintir netizen yang ‘bersorak’ atas kekalahannya.
Atas persembahan memukau, rezeki tetap berpihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai penerima trofi bagi Persembahan Terbaik AJL39 menerusi lagu Puas Sudah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wakaf Van Jenazah, Tindakan Terpuji Instafamous, Syafikah Aina dan Hafiz Mahamad

Sepotong klip video dikongsi menunjukkan pasangan Instafamous, Syafikah Aina dan Hafiz Mahamad mewakafkan van jenazah buat Masjid Penambang, Kota Bharu membuka mata netizen.
Ulas Hafiz di ruang kapsyen, dia ikhlaskan sebahagian harta buat penduduk kampung dengan mewakafkan van jenazah.
“Semoga rezeki ini semakin bertambah, rezeki anak, rezeki awak, rezeki abang sendiri dan rezeki keluarga kita.
“Sekarang kita dekat masjid Penambang, kita nak tengok van jenazah kita wakafkan. Sebab sebelum ini masjid Penambang ni tak ada van jenazah, jadi terpaksa pinjam masjid lain kalau nak bawa jenazah.
“So alhamdulillah sekarang dah dipermudahkan. Tag kita ni, ‘kejayaan demi kebahagiaan.’ Kita berjaya, kita kongsikan kebahagiaan untuk orang lain. InsyaAllah.”
View this post on InstagramA post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on
Dalam video tersebut, Tok Imam masjid turut mengucapkan terima kasih buat pasangan ini kerana memudahkan urusan kariah masjid tersebut.
Tahniah buat pasangan muda ini. Semoga lebih ramai lagi yang mengikut jejak pasangan ini untuk mewakafkan harta ke jalan Allah.
Foto – Instagram Hafiz Mahamad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dilihat Mesra Berciuman, Selena Gomez Kini Didakwa Bercinta Dengan Zayn Malik?

Penyanyi Zayn Malik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita selepas putus cinta dengan supermodel Gigi Hadid, 28, pada dua tahun lalu.
Terbaharu, penyanyi kelahiran British itu didakwa sudah kembali berteman apabila dia kini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Selena Gomez.
Malah, kedua-duanya juga ‘ditangkap’ berciuman serta saling berpegangan tangan ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran mewah di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Hubungan mereka dikatakan serius selepas Zayn, 30, baharu sahaja mengikuti akaun Instagram Selena, 31, yang mempunyai lebih 400 juta pengikut.
Zayn mempunyai seorang anak perempuan bersama Gigi yang diberi nama Khai.
Biarpun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan, namun kedua-duanya tetap bersahabat baik demi anak mereka yang kini sudah berusia tiga tahun.
Manakala, Selena yang juga merupakan bekas kekasih kepada Justin Bieber ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti popular lain seperti The Weeknd, Orlando Bloom dan Niall Horan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lawak Habis,”- Pulak Dah…Cik B Tiru Gaya Diva Azwan Ali? Ini Komen Netizen

Beberapa minggu lalu, kecoh di laman media sosial mengenai salah faham melibatkan usahawan kosmetik, Datuk Vida bersama selebriti Azwan Ali.
Tidak berapa lama kemudian, anak gadis Vida iaitu Cik B ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Twitter miliknya.
Rakaman video tersebut kelihatan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin sedang meniru gaya percakapan Azwan sambil memaparkan beberapa koleksi beg tangan mewah milik ibunya.
— cikb havoc (@HavocCikb) February 6, 2020
Lantas, rakaman video berdurasi 29 saat itu telah mendapat perhatian netizen. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berasa terhibur menonton perkongsian Cik B.
Terdahulu, Azwan sebelum ini didakwa berang apabila kemunculannya di atas pentas bagi mempromosikan minyak wangi Vida di Vaganza Foodfest tidak menerima sebarang bayaran.
Lalu bertindak membakar minyak wangi pemberian Vida selain didakwa menghina kematian dua anak usahawan selebriti itu.
Sekadar informasi, Cik B turut tercalon dalam Anugerah MeleTOP ERA (AME2020) untuk kategori Influencer MeleTOP.
Video: Twitter Cik B
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI