Aina Abdul Sudah Lali Sering Dibanding Dengan TokTi; “Peminat Ada Hak Untuk Bercakap Tapi…”

Share

Isu perbalahan di antara kedua-dua peminat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul bukanlah satu perkara baharu diperkatakan di media sosial lebih-lebih lagi menerusi medium Twitter.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Aina atau nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata setiap orang mempunyai kebebasan untuk berkata pa sahaja namun dia meminta agar pihak-pihak berkenaan agar sentiasa berpada-pada dalam meninggalkan komen.

“Apa sahaja perbandingan saya terima sahaja, saya dah lali dah.

“Cuma saya harap perbandingan itu tidak terlampau over sampai menjejaskan hubungan saya dengan Tokti. Itu saya tidak mahu.

“Mereka (peminat) ada hak untuk bercakap apa yang mereka nak sebab ada pendapat mereka sendiri, saya hormati perkara itu.. tapi kita berpada-padalah ya,” kata Aina kepada MH.

Penyanyi lagu Sumpah itu juga berkata hal-hal seperti itu tidak langsung menggangu gugat hubungan baiknya dengan penyanyi no. 1 negara itu.

“Saya dengan Tokti so far okay sahaja, Alhamdulillah kami makin rapat.. tiada apa masalah.

“Dalam pada saya segan, tapi saya pun rasa happy sebab untuk dipetik nama bersama Tokti itu pun sudah satu pencapaian buat saya.

“Saya segan sebab nama itu bukan satu nama kecil, nama itu wujud sejak dari saya sekolah rendah lagi,” kata Aina lagi.

Isu ‘pergaduhan’ melibatkan peminat dua penyanyi nama besar itu sering berlaku disebabkan mereka (peminat) saling ‘berbahas’ mengenai siapa mempunyai vokal serta keunikan suara yang paling hebat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar