Sepanjang tempoh hampir sedekad bergelar anak seni, pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang menjadi idaman ramai berjaya diraih penyanyi Aina Abdul.
Terbaharu, figura cemerlang ini terus konsisten memahat nama dalam satu lagi detik kemasyhuran membanggakan di persada antarabangsa apabila terpilih mewakili negara sekaligus mengharumkan nama Malaysia untuk beraksi di pentas global ‘ABU TV Song Festival 2023’ anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).
Penganjuran festival nyanyian berprestij edisi ke-12 pada kali ini dihoskan oleh stesen televisyen nasional Korean Broadcasting System (KBS) yang telah berlangsung di KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, pada Ahad.
Ia turut menyaksikan pembabitan seramai 11 penyanyi tersohor dari 11 negara telah terpilih untuk menjayakan acara penuh gemilang tersebut termasuk Malaysia yang diwakili oleh Aina Abdul.
Manakala 10 penyanyi lain yang turut terlibat terdiri daripada Tia Ray (China), Chau Kat Pui (Hong Kong), Malini Awasthi (India), Ayaka Hirahara (Jepun), Mamamoo+ (Korea Selatan), Winifai (Macau), Sheron Silva (Sri Lanka), Annamyradow Begmyrat (Turkmenistan), Umut Sülünoğlu & Uğur Önür (Türkiye) dan Erik Lê Trung Thành (Vietnam).
Persembahannya menerusi lagu Terus Hidup berjaya memukau hampir 2,000 penonton. Lagu ikonik tersebut juga pernah
Ads
Mengulas lanjut mengenai persembahannya di pentas gah ‘ABU TV Song Festival 2023’, Aina Abdul menyifatkan ia sebagai satu penghormatan.
“Ia bukan sahaja memberi dimensi positif kepada kerjaya seni saya, bahkan boleh disifatkan antara salah satu pengalaman terbaik yang pernah saya kecapi sebagai penyanyi.
“Seperti yang kita tahu, industri K-Pop mempunyai reputasi global dan digilai oleh peminat seluruh dunia. Manakala KBS pula merupakan antara platform utama yang menjadi lubuk kelahiran artis-artis ternama K-Pop.
“Mengetahui bahawa program ini turut disiarkan di saluran KBS dan persembahan ini akan ditonton oleh jutaan rakyat Korea Selatan khususnya, saya tidak dapat menggambarkan betapa bermaknanya peluang yang diberikan tersebut.
Ads
“Walaupun hanya sebuah lagu, saya bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia tercinta di pesada dunia. Dalam masa yang sama, kesempatan beraksi di festival tersebut turut melengkapi hasrat saya untuk menghiburkan peminat di luar negara.
“Terharu apabila mengetahui ada di antara mereka yang tinggal di luar daerah Seoul sanggup ‘travel’ jauh semata-mata ingin menonton persembahan saya secara ‘live’,” katanya.
Aina yang baru sahaja melancarkan album sulung turut meluahkan rasa bertuah kerana dapat meraih pengalaman bekerja di luar negara.
“Jujurnya,rasa cukup bertuah kerana bukan sahaja dapat berkongsi pentas dengan penyanyi handalan dari rantau Asia-Pasifik, malah dapat mengutip pengalaman bekerja dengan krew produksi televisyen antarabangsa yang cukup berdedikasi dan profesional.
Ads
“Segala urusan berkaitan program juga berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Walaupun terdapat kekangan bahasa, namun tiada sebarang masalah yang timbul kerana segalanya telah disusun secara terperinci dan teratur.
“Pihak KBS juga turut menyediakan khidmat penterjemah untuk semua peserta bagi memudahkan komunikasi.
“Saya berharap persembahan ini dapat mempersonakan kesemua audiens. Manalah tahu, mungkin selepas menonton program tersebut, nama saya di Korea Selatan semakin diingati, peminat semakin bertambah dan mereka mula mengikuti evolusi muzik Aina Abdul.
“Besar harapan agar selepas ini saya akan menerima lebih banyak undangan untuk kembali beraksi di sini, mungkin untuk projek kolaborasi yang lebih istimewa, insya-Allah. Terima kasih, Korea untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aina bakal mengadakan konsert solo berskala besar ‘A Night With Aina Abdul’ 3.0 anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Aina Abdul Entertainment (AAE) di Axiata Arena Bukit Jalil pada 18 November depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan produk kecantikan Beby Maembong telah berkongsi berita gembira di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Mana tidaknya, Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail telah menerima kejutan istimewa daripada suami tercinta, Nazri iaitu sebuah kereta mewah berwarna merah hati.
“[SUAMIKU DUNIA AKHIRAT] Allahuakbar…. Syukur alhamdulillah dapat suprise hadiah range rover evoque dari suami tercinta.
Hanya Allah je yg tahu perasaan saya.. Menangis sedih tapi gembira.. Allahuakbar… Genap setahun kami usaha mengubah kehidupan kami.. Naikan business sama2.. Kami hiraukan kata kata orang.. Pekak kan telinga walaupun banyak hina hinaan yg kami terima.. Kami butakan mata walaupun banyak fitnah dan anaiya terhadap kami.. Satu je saya pegang dan selalu berpesan
“MAAFKAN MEREKA YG MENYAKITI KAMU, ALLAH HAD A BETTER PLAN FOR YOU”.
Saya jadi kuat untuk teruskan perjuangan hidup saya kerana saya mempunyainya suami yg sentiasa sokong dan pimpin saya untuk berjaya. Thank you so much @nazry_84. Malam tadi saya betul2 tersentuh dengan suprise dari suami… Xberhenti menangis,” tulisnya.
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Emma Maembong ini juga turut berkongsi kisah silamnya apabila mereka perlu mengahringi liku-liku kehidupan.
“Dari tahun 2017 kami tak punya apa apa.. Kereta kena tarik, rumah kena halau, makan xde duit ? beli susu x mampu.. Anak menangis kelaparan, phone bill kena potong sampai berbulan. Allahuakbar… Genap setahun.. Semuanya berubah… Rezeki allah luas.
Dan selama kami di tindas. 1 je saya pegang… Kita xperlu nak balas.. Xperlu nak buktikan apa apa… Sebab kebenaran akan datang dengan sendiri.. Kifarah allah adalah benar.
Alhamdulillah… Terima kasih suami ku..
By the way.. Bukan birthday saya tau… Bday saya 16may.. Tapi ni hadiah anniversaries SlimDollz Beauty setahun,” tulisnya lagi.
Menjengah di Instagram Nazri pula, dia turut turut memberi ucapan sweet dan kata-kata semangat buat isterinya itu.
“You deserve it sayang! Kau memang wanita yg kuat semangat, berimpian tinggi, sgt positif dan yg paling rare, sgt2 penyabar orangnya walaupun byk kali teraniaya.. aku akan ada bersama kau..kita fight!!! Habis2 habisan…kita buktikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Penyanyi, Imran Ajmain memberikan pendapat berhubung susulan respon yang diberikan pihak sebuah institusi pengajian tinggi terhadap kaedah bantuan yang cuba dihulurkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk membawa pulang pelajar yang terkandas.
Difahamkan, Ustaz Ebit Lew diminta untuk membuat permohonan maaf gara-gara kaedah bantuannya berikutan situasi semasa yang berlaku ketika ini.
Menurut Imran, sekiranya anda tidak boleh memberi solusi untuk sesuatu masalah, jangan pula ditambah dengan masalah lain.
Ustaz tu was fast-acting, on point and genuine. He acted for the students, not the university. Uni boleh anggap students tu semua kongsi duit balik sendiri, tak perlu nak salahkan Ustaz tu apa2.
”Tindakkan Ustaz itu cepat, tepat dan tulus. Dia bertindak untuk bantu pelajar, bukan pihak universiti.
“Universiti boleh anggap pelajar tu semua kongsi duit balik sendiri. Tak perlu nak salahkan ustaz tu apa-apa.
“Jika anda tidak boleh jadi sebahagian daripada individu yang mencari solusi, jangan pula ditambah dengan masalah lain,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Seribu Tahun itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan kenyataan yang dikongsikan oleh Imran itu.
Dalam perkembangan lain, Ustaz Ebit Lew kini dikatakan menangguhkan hajatnya untuk membawa pulang pelajar yang terkandas di institusi pengajian terbabit sehingga pengumuman baru diumum kelak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“I want to take a break kak for a while.” Itu perkongsian yang diberikan pempengaruh, Ameera Khan kepada kakaknya, Noor Neelofa selepas memilih untuk memadam semua foto di Instagram, baru-baru ini.
Neelofa menjelaskan, Ameera yang disapa Little Miss Khan itu sedang berehat untuk memberi ruang masa kepada diri sendiri.
“Benda ini kan sudah few times jadi. Cuma biasalah… kalau ditanya dari sudut saya sebagai kakak, bagi saya dia sedang membesar. Malah situasi dia dalam proses itu berbeza berbanding zaman saya.
“Maksudnya, dia dapat perhatian itu awal berbading kita. Ketika umur belasan tahun sudah terima perhatian. Mungkin dia tidak berkesempatan untuk ke belakang sejenak, tengok dan nilaikan balik atau apa yang perlu diperbaiki, macam tu.
“Benda begitulah saya rasa membuatkan dia berhenti sekejap (media sosial). Tidaklah bermakna dia ‘frust’ tidak. Ia hanya personal journey. Dia pun ada bertanya saya begitu begini,” katanya kepada MH.
Neelofa bagaimanapun berpendapat ia berlaku kerana adiknya itu sedang melalui proses mengenali diri.
“Lebih kepada cara dia untuk mengenal, perbaiki diri pada usia begitu. Mungkin dia tengah mencari apa yang terbaik untuk dirinya.
“Kalau saya yang ulas pun mungkin ia bukan jawapan tepat, hanya dia yang tahu jawapan sebenar,” katanya.
Usahawan ini juga menambah, Ameera banyak bertanya hal berkaitan hal rohani.
“Ia lebih kepada macam persoalan agama. Dia banyak bertanya pasal aurat, hukum hakam. Jadi apa yang saya tahu, saya kongsi.
“Kalau sebaliknya, saya rujuk kepada mereka yang lebih arif,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, akaun Instagram Ameera yang mempunyai 1.4 juta pengikut masih lagi belum dimuat naik sebarang foto.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih...