Terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya ketika menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 pada Sabtu dan Ahad lalu, Instafamous Aina Shuada bersyukur atas pemilihannya.
Meski belum pun dipilih sebagai finalis, namun keupayaannya untuk mara ke peringkat seterusnya dianggap sebagai tuah.
Difahamkan juga, Aina merupakan teman wanita kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syazwan Andik dan keduanya sering memuat naik gambar bersama.
Pelakon Sari Yanti, menyatakan rasa terharu selepas menerima hadiah istimewa berupa seutas jam tangan daripada suami yang juga pelawak popular, Jep Sepahtu.
Menurut Sari, hadiah tersebut diberikan sebagai tanda ingatan bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
“Alhamdulillah, Anniversary gift came early. Thank you Sayang. Semoga Allah swt merahmati ikatan kita sampai syurga,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan ibu kepada lima orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Sari turut memanjatkan doa semoga perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Bagaimanapun, posting berkenaan nyata telah menarik perhatian ramai pihak terhadap jam yang diberikan oleh Jep itu.
Menurut hasil carian netizen, jam tangan terbabit dikatakan mencecah harga ratusan ribu ringgit. Bagaimanapun, harga sebenar tidak dapat dipastikan.
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen turut sama rasa tumpang gembira selain menyifatkan Sari sebagai isteri yang sangat bertuah.
“Cantiknya jam. Happy anniversary. Barakallah.
“Happy anniversary darling. Semoga sentiasa didalam lindungan dan kasih sayang Allah. Good choice of watch jep.
“Happy anniversary Jep dan Sari. Semoga kekal berkasih sayang sampai hujung nyawa.
“Rezeki dapat suami baik, Alhamdulillah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada tanggal 25 Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, dan Muhammad Khidir, 2 dan Abu Bakr, 1z
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sari Yanti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hasrat untuk mempersembahkan lagu kegemarannya pada minggu hadapan tidak kesampaian apabila Meer Nash terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Big Stage 5 (BG5), malam tadi.
Meski tersingkir, Meer Nash bagaimanapun tetap berlapang dada dan percaya rezeki yang lebih baik tetap menantinya di luar sana.
“Kalau bukan sekarang, mungkin minggu hadapan atau seterusnya. Perasaan itu tetap ada kerana ini merupakan pertandingan.
“Namun, saya tak sangka akan terkeluar hari ini kerana minggu hadapan saya dapat lagu kesukaan saya. Mungkin tiada rezeki dan saya terima,” katanya kepada MH.
Tambah Meer Nash, meskipun harus berdepan pelbagai cabaran namun, dia tetap teruja kerana berpeluang menimba pelbagai ilmu baharu sepanjang empat minggu dalam saingan.
“Bukan mudah nak bertanding di program ini. Ia susah dari mental dan fizikal. Namun, kata orang kita kena keluar daripada zon selesa.
“Bila syarikat rakaman bertanya kepada saya sama ada nak sertai Big Stage atau tidak, saya terus setuju.
“Saya sedar yang diri saya ini bukan seorang penyanyi yang boleh masuk pertandingan atau punyai kekuatan vokal tapi saya ingin mencari pengalaman.
“Sepanjang empat minggu, saya belajar banyak perkara. Jadi, saya tak serik,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai kekuatannya sebagai penyanyi memandangkan segala usahanya untuk menampilkan persembahan terbaik di Big Stage 2023 gagal memikat hati juri, Meer Nash positif.
“Saya masih lagi mencari hala tuju muzik saya sebagai penyanyi. Saya dah cuba bermacam perkara tapi masih lagi belum jumpa muzik yang buat saya selesa.
“Kalau anda bertanya kepada saya sekarang, jiwa saya kuat ke arah balada terutama sekali genre balada Indonesia. Saya ni imej sahaja macam K-Pop tapi saya suka lagu jiwang.
“Ada orang memang dilahirkan dengan kekuatan vokal yang mantap tapi bukan saya. Jadi, saya kena usaha dengan lebih kuat lagi,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun itu tetap menghargai segala kritikan juri terutamanya daripada komposer, Ajai.
“Pada saya, bila setiap kali Ajai memberikan komen walaupun ‘pedas’, saya akan menganggapnya sebagai ilmu baharu. Setiap minggu saya berdoa agar Ajai yang akan memberikan komen terhadap nyanyian saya.
“Ini yang saya harapkan bila sertai program ini. Saya nak belajar dan timba ilmu baharu. Saya langsung tak ambil hati,” akhirinya.
Meer Nash telah menjadi peserta ketiga yang tersingkir di Big Stage 2023 selepas berada di tiga tangga tercorot bersama peserta Farhan Shah dan Firdaus Rahmat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski pemergian pengasas kecantikan Dnars Skincare, Hajjah Faziani Rohban sudah dua hari, namun masih ramai yang meratapi kesedihan.
Perkara itu termasuklah usahawan dan penyanyi Datuk Seri Vida yang dikongsikannya di Instagram.
“Kenapa saya tak bole MOVE ON lg..
Hanya Allah swt yang tahu..
dalam hati ni..
“BERBAUR BAUR PERASAAN SAYA.. wahai sahabatku..
kehilangan yg tiada ganti..
Semalam Tidur awal
dlm keadaan nangis
Sedar tidur..
Tersentak lagi,, Terbayang wajah sahabat yg baik
Suara dia.. kesantunan arwah .
“Saya tak mahu HITAMKAN gambar ni..
BIAR dia kekal berseri..dinegeri ABADI..
“Siapa yg kehilangan
PAsti rsa sakit..
Sy pula, tak berkesempatan
Menziarah ke pusara arwah.
“Tapi saya pasti Kamu
WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT DI ALAM BARZAH DGN TABURAN BUNGA…VVIPNYA DI ALAM SANA..KAMU TELAH ??CHECK IN DI SYURGA ABADI…PASTI…
“Semoga SYURGA TERTINGGI buatmu
Sy pasti malaikat dan ahli2 syurga bersamamu.
TENANG & AMAN DI SANA..
AL FATIHAH..
“Ambilah contoh apa yg telah arwah buat..
Banyak bersedekah..Jariah tanpa hirau lelah,” tulisnya.