Memutuskan memakai niqab Julai tahun lalu, Ainan Tasneem mengakui sukar mengelak daripada dikenali orang ramai.
Malah, tulisnya, perkongsian mengenai keluarga di ruang sosial menyebabkan suami dan anak, Salsabiela turut mendapat perhatian.
“Ainan pelik la, dah banyak kali dah kalau Ainan balik daripada jalan2 kat luar dgn family tak lama lepas tu mesti ada je beberapa orang yg DM n cakap dia nampak Ainan tapi segan nak tegur ?
“Haha ishh kenapa koranggg? Ainan ok jeee kalau korang tegur2, lagi rasa terharu ada la sebab ada jugak yg perasan Ainan eventho Ainan dah pakai purdah, tapi still orang boleh cam. N yg lagi terharu ada jugak yg kenal Ainan sebab nampak Salsabiela or Ariff.
“Ramai yg kenal family Ainan rupanya. Terharu sangat. Siap bagi doa yg baik2 kat kami sekeluarga. MashaaAllah TabarakAllah, semoga doa yg baik2 tersebut berbalik kepada kamu semua. ?Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian di luar sana,” tulisnya meluahkan kesyukuran.
Penyanyi 150 Juta ini turut meminta peminat agar dapat bertegur sapa sekiranya bertemu di luar.
Apa-apa pun penampilan Ainan nampak cukup sopan dan sejuk mata memandang. Semoga terus istiqamah.
Foto : Instagram Ainan Tasneem