Penyanyi Ainan Tasneem ada berkongsi sekeping foto tekini anak kembar yang kurang sebulan baru dilahirkan lengkap dengan namanya sekali.

Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan dan suami, Mohamad Arifuddin sepakat memberi nama Faqeh Nael dan Faeqa Naela buat anak tersayang.

Ibu berusia 28 tahun ini turut mendedahkan makna dua nama anak kembarnya itu buat pengikut di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92)

“Assalamualaikum aunty uncle semua! Nama kami Faqeh Nael & Faeqa Naela.

“Faqeh Nael : yang memahami, bijaksana, org yg mencapai sesuatu dan yang suka memberi.

IKLAN

“Faeqa Naela : yang paling baik, cemerlang, org yg mencapai sesuatu dan yang suka memberi.

“Mohon doa semua supaya kami membesar seiring dengan maksud nama yg diberikan ummi abuya kami.

“Doakan juga supaya kami menjadi hamba Allah yg taat dan bertakwa dan menjadi khalifah yg berjaya di dunia dan akhirat,” tulisnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92)

Ainan pada masa sama turut menambah, dia telah tukar ejaan dan sebutan nama dua anaknya itu pada saat akhir.

“Btw kami tengah landing atas baby snuggle daripada @tilamkekabubayi_online. So comfy! Terima kasih aunty!

IKLAN

“Last minute Ainan tukar nama twins dari segi ejaan & sebutan, tu yang tak sama dengan nama dekat sulaman tu,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Ainan dan suami yang mendirikan rumah tangga lebih empat tahun lalu turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini mencecah usia dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92)

Foto: Instagram Ainan Tasneem

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI