Pelakon dan model, Ainul Aishah mengumumkan yang dia kini sedang mengandung cahaya mata sulung bersama suaminya, Khalid Redzuan.
Berkongsi berita tersebut di Instagram, Ainul yang tampil cantik berhijab dalam foto yang dimuat naik kelihatan memegang bahagian perutnya yang semakin membesar bersama suami yang tersenyum melihat ke dalam cermin.
“Sewaktu trimester pertama saya, kami jarang keluar bersama kerana saya rasa kurang sihat setiap hari. Saya ada banyak gambar saya kelihatan seperti orang mati dalam album suami.
“Tetapi ini gambar kami dan mungkin ini antara yang paling saya sukai ketika ini, mengharungi trimester kedua dan kandungan yang jelas kelihatan,” kongsinya menggambarkan keadaan diri.
Sebelum itu dalam hantaran yang terlebih dahulu dimuat naik, pelakon filem Nana Tanjung ini berkongsi mengenai perasaan saat mengetahui dirinya mengandung.
“Kami gembira untuk berkongsi berita tentang kegembiraan baharu ini. Terima kasih Allah kerana memberikan degupan jantung yang ajaib ini bersama-sama dengan saya dalam tubuh saya.
“Saya sudah lama ingin menjadi seorang ibu tetapi saya tidak tahu sama ada saya mempunyai rezeki untuk memilikinya. Saya sangat gembira apabila saya mendapat tahu bahawa saya hamil. Saya yakin perancangan Allah untuk saya dan suami,” ujarnya.
Imbas kembali, Ainul dan suami telah melangsungkan perkahwinan pada 20 September 2022.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Kerjakan Pengiktirafan Manusia, Di Sinilah Aku Berambut Putih,” – Hazeman Huzir Undur Diri Jadi Hos Motif Viral, Kian Dalami Ilmu Agama
Baru-baru ini, pengacara Hazeman Huzir mengumumkan pengunduran dirinya sebagai pengacara program hiburan, Motif Viral.
Kongsinya, dia kini mahu lebih mendalami ilmu agama dan memperlahankan kariernya dalam industri hiburan, khususnya bidang pengacaraan berbentuk hiburan.
Hazeman baru-baru ini diundang sebagai tetamu jemputan dalam program Borak Kopitiam yang dihoskan oleh Zack Merican dan Dayah Bakar, mengupas mengenai pengundurannya sebagai pengacara Motif Viral.
“Seperti yang diberitahu, sekarang ini saya ingin mendekati agama.
“Antara beberapa proses yang saya perlu lalui adalah melebihi akhirat dan mengurangkan sedikit keduniaan.
“Bukanlah nak cakap “aku tak keluar TV langsung, saya masih lagi dalam karier, saya bukan bersara”
“Kadang-kadang apabila kita masuk dalam kerja sebagai pengacara ini, niat kita adalah untuk menjadi popular dan dikenali.
“Tapi kadang-kadang saya ingin perbetulkan niat itu terlebih dahulu untuk mmeberi manfaat sebelum orang mengenali saya kerana rancangan tersebut saya buat dengan niat sebegitu dan saya tak mahu niat tersebut terbawa-bawa sampai sekarang,” kata Hazeman.
View this post on InstagramA post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on
Terdahulu, pengacara itu mengumumkan pengundurannya sebagai pengacara Motif Viral telah memberi 1001 kenangan baginya dalam mengendalikan program hiburan sedemikian.
“Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat.
“Di sini aku alpa dalam kemahsyuran.
Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia.
Di sini lah aku berambut putih.
“Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan.
“Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama.
“Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official
@putahaofficial @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab.
“Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu.
“Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah.
“Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai.
“Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian,” tulisnya sambil disertakan foto bersama barisan pengacara Motif Viral.
View this post on InstagramA post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on
Foto : Instagram Hazeman Huzir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Oh Young Soo Menang Pelakon Terbaik Golden Globe 2022, Ogy Ahmad Daud Sifatkan Pelakon Hebat Tak Perlukan Jumlah Followers
Pelakon veteran yang membintangi drama siri popular dunia, Squid Game, Oh Young Soo mencipta sensasi selepas namanya dinobatkan sebagai pemenang trofi bagi ketegori Pelakon Pembantu TV Terbaik di Anugerah Golden Globe yang berlangsung di Beverley Hills, California.
Pecapaian membanggakan itu sekaligus menjadikan Oh Young Soo sebagai pelakon Korea Selatan pertama yang memenangi anugerah Golden Globe sepanjang penganjurannya yang kini memasuki edisi ke-79.
Antara individu yang turut memberikan reaksi terhadap pencapaian tersebut termasuklah pelakon senior tanah air bertaraf primadona negara, Fauziah Ahmad Daud.
Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Ogy, pelakon hebat seperti Oh Young Soo langsung tidak memerlukan populariti di media sosial bagi membuktikan kemampuan sebenarnya di dalam bidang lakonan.
“Ni baru AKTOR HEBAT. Terus menang Best Supporting Actor Anugerah Golden Globe 2022. Tak perlu juta-juta followers,” tulisnya.
Katanya lagi, mutu lakonan serta penghayatan watak yang ditunjukkan oleh Oh Young Soo sepanjang membintangi drama siri Squid Game sudah cukup untuk menambat hati para juri di Hollywood.
“Mutu lakonan dan fahaman watak menambat para juri Hollywood menganugerahkan Oh Young-Soo, Pelakon Drama Bersiri Squid Game Best Supporting Actor Award
“Takde pun dia terima panggilan “OTAI” tapi dia dihormati sebagai aktor senior yang dihargai bakat, pengalaman, ilmu yang ada pada dirinya,” katanya lagi.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama, Ayahanda itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut berharap agar industri seni tanah air dapat berkembang seperti negara-negara luar.
“Kalau luar negara lainkan Kak Ogy? Lagi otai lagi mahal bayarannyakan. Lakonan pun mantop.
“Betul Kak Ogy. Dia pelakon selambe je tapi watakya memberi kesan kat kita..Sampai.
“Di luar negara bakat diutamakan.
“Setuju seratus peratus dengan Kak Ogy,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Ogy ini muncul menerusi drama terbarunya yang berjudul Bunga Hati yang turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Intan Nujuwa, Redza Rosli Erwin Dawson dan ramai lagi.
Bunga Hati ditayangkan bermula 10 Januari ini jam 10 malam disaluran Astro Ria (104) dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ogy Ahmad Daud
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Eizlan Yusof Umum Kahwin Gadis Serani Bulan Ini
Tahniah diucapkan buat pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Seri Eizlan Yusof yang telah pun mengumumkan dirinnya bakal bernikah dengan wanita keturunan Serani dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville.
Majlis akan dilangsungkan pada 12 Disember depan.
Memetik Harian Metro, Eizlan memaklumkan majlis perkahwinannya dengan wanita mualaf berusia 29 tahun itu akan berlangsung selama empat hari hasil bantuan dan tajaan rakan terdekat.
“Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin.
“Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, pada Isnin.
Bagaimanapun, Eizlan memberitahu jumlah sebenar kos perkahwinannya itu tidak diketahuinya sehingga sekarang.
“Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,” katanya seperti yang dipetik.
Eizlan turut berkongsi, beliau sudah mengenali Natasha kira-kira empat tahun lalu dan gembira apabila anaknya turut selesa serta merestui keputusan mereka.
“Kehadirannya membuatkan hidup saya sangat gembira. Sifatnya yang prihatin dan rapat dengan anak menyebabkan saya memutuskan untuk mengahwininya,” katanya.
Bulan lalu, Harian Metro turut melaporkan bintang itu enggan berkongsi lanjut mengenai desas-desus yang mengatakan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bulan ini.
Eizlan pada masa sama juga meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
Malah, dirinya juga bertindak mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai gosip kononnya majlis perkahwinan yang bakal berlangsung mendapat tajaan RM2 juta.
Terdahulu, Eizlan yang berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007, bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.
Sumber/Foto: Harian Metro, IG Mahligai Cinta & Official HLive
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI