Filem aksi Force The Movie: Selagi Bernyawa terus mencipta sukses yang tersendiri apabila ia kini sudah pun memungut sekitar RM20 juta daripada segi pungutan.
Atas berita baik itu, teraju utamanya Datuk Adi Putra sekali lagi memberikan dedikasi buat semua peminat yang menonton memberikan sokongan.
“Alhamdulillah, Terima kasih Malaysia. #AirForceTheMovie dah cecah RM20 juta kutipan box office dlm 11 hari!
“Yang belum tengok, jom ke pawagam!,” titipnya menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Difahamkan, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu juga bakal menemui penonton di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Selain Adi, naskhah ini turut menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/lKzn6GUIO-8
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak Aksi Mesra Dengan Uqasha, Aidit Noh ‘Takut’ Nak Bagi Isteri Tengok Drama
Jika kebanyakan pelakon lelaki lain akan menerangkan terlebih dahulu kepada isteri masing-masing sekiranya mereka terlibat dalam sebarang adegan mesra dan daring, namun hal itu berlainan buat aktor Aidit Noh.
Menurut Aidit atau nama sebenar, Ahmad Aidit Noh, 30, dia tidak memaklumkan perkara itu kepada isterinya, Hanani, 24, dan itu antara perkara yang merisaukannya ketika drama terbaharu lakonannya, Isteri Halal yang akan bakal ditayangkan bermula 27 Februari ini.
Menerusi drama arahan Uchee Fukada itu, terdapat beberapa babak daring dan menggoda termasuk adegan di bilik tidur melibatkan Aidit bersama Uqasha Senrose.
“Cabaran pertama melakonkan watak ini sudah tentu isteri saya. Masa berbincang berkenaan watak tersebut saya dikatakan bakal membawa karakter lelaki baik.
“Rupanya tidak. Kalau berlakon curang saya tak kisah tetapi ini curang lain… sampai ke atas katil. Saya pun takut dengan isteri saya ni (berseloroh). Kadang-kadang tu memang isteri saya ada berpesan janganlah lebih-lebih kalau berlakon.
“Cuma kita tidak perlulah beritahu setiap babak yang akan dilakonkan bersama pelakon wanita lain.
“Biar dia tengok sendiri dan nanti dia akan tanya kita juga. Pandai-pandailah saya jawab. Kalau tidak pun, nak dekat-dekat masa tayangan drama tu, saya bawalah dia keluar shopping,” katanya sambil tertawa kepada MH.
Aidit ditemui pada majlis sidang media dan tayangan episod pertama Isteri Halal yang berlangsung di Z Botanica, One Utama, Petaling Jaya pada Khamis.
Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya sebagai Zayn, suami yang curang dengan kawan baik isterinya sendiri, Aidit mengatakan dia tetap meletakkan batas apabila melakonkan babak-babak intim dalam drama tersebut.
Dia akan terlebih dahulu berbincang dengan rakan gandingannya iaitu Uqasha dan setiap aksi mereka terlebih dahulu telah dikoreograf agar tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.
“Saya akan duduk sama-sama berbincang dengan Uqasha dan bertanyakan kepadanya apakah limitasi yang dia mahukan sewaktu berlakon dan begitu juga saya akan memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan sewaktu berlakon bersama.
“Bila kami dah bincang, setiap pergerakan memang saya akan beritahu bagaimana saya mahu lakukannya… tidaklah saya tiba-tiba terus memegang. Kalau kita tak beritahu, orang pun akan terkejut.
“Jadi disebabkan itu, kami banyak berkomunikasi untuk menghasilkan babak yang nampak real walaupun hanya bermain dengan shot sahaja,” katanya lagi.
Selain Aidit, drama Isteri Halal terbitan Radius One Sdn Bhd. itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Nazim Othman, Uqasha Senrose, Isyariana, Aishah Atan, Riz Amin dan Sahronizam Noor dan Qazem Nor.
Isteri Halal akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari ini, jam 6.00 petang menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Ia mengisahkan mengenai Zayn yang berlaku curang terhadap isterinya, Adelia lakonan Isyariana. Dia ‘menduakan’ isteri dengan berskandal bersama sahabat baik Adelia sendiri iaitu Eyra yang dilakonkan Uqasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kesian Yang Terpaksa Buang Air Tepi Jalan, Dalam Semak Samun Termasuklah Adik Sayang Saya,” – R&R Banyak Tutup & 13 Jam Perjalanan, Ini Cerita Dr. Fazley
Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalamannya tatkala pulang dari kampung halaman di Pulau Pinang menuju ke ibu kota.
Perkara itu dikongsikan Fazley di Instagram miliknya.
“First time saya dan Adik Sayang @azrene_ahmad drive kereta asing2 bila travel, risau juga bila isteri tersayang drive kereta lain.
“Kejap2 check dekat cermin, nak pastikan di ada di belakang saya. Nasib baik dia cekap bawak kereta, pandai dia cilok sini sana supaya tak berjauhan dari saya! “You’re a superb driver Adik Sayang!” Cuma siksanya tahu tak kenapa?
“Kitaorang drive sampai 13 jam dari Penang ke KL, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain.
“Ya allah, stressnya sebab R&R banyak yang di tutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun!
“Termasuklah Adik sayang saya! Huhuhu saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik towel untuk coverkan dia, lepas tu dia terus ‘legakan diri’ dalam semak samun,” kongsi Fazley.
Dalam pada itu,Fazley menyatakan bahawa situasi tersebut (membuang air di tepi jalan) bukan berlaku padanya sahaja, tetapi juga kepada orang ramai.
“Rupa2nya bukan kitaorang je, ramai lagi terpaksa ‘legakan diri’ tepi jalan atas jalan tar dan tepi jalan macam kitaorang 🙈🙈🙈Kenapa tutup R&R time yang tak strategik @plus_malaysia kesian kami semua pengguna highway huhu,” tulis Fazley panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Video/Foto : IG Fazley
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Salahkah Aku Seorang Berbadan Besar Dijodohkan Dengan Lelaki Yang Berbadan Kurus,” – Beby Tora
Kira-kira lima bulan membina mahligai dengan insan pilihan, Beby Tora Tora atau nama sebenar Atierah Zulfatie meluahkan rasa hati apabila sering dipersenda gara-gara bentuk badan.
Kongsinya di entri terbaru, segelintir netizen menjamin bahawa perkahwinannya tidak akan kekal lama.
“Sebelom kami kahwin ,mmg ramai gila yang condemn.mcm2 orang kata ..tak kekal la smpai bila bleh brtahan la apa laa ..smpai ada orang yang boleh tag ssama sndiri dn yakin yang kami takkan kekal smpai ke jinjang plamin .
“Aku sndiri tak prnah mendoakan penderitaan orng dn kehancuran orng lain .kdang2 aku pelik dngn manusia sbegini ..dimana hati nurani mrekaa sbagai sesama insan ?slahkan aku seorang yang berbadan besar dijodohkan dngn llaki yang berbadan kurus?” tulisnya.
Malah dia mempersoalkan mengapa ‘gemuk’ seringkali menjadi bahan ejekan tanpa mengambil kira perasaan?
“Adakah gemuk itu satu penghinaan ?manusia ni asyek nak condemn ja ..kdang2 brckap tak jaga hati dn prasaan orng lain langsung ..fkir yang baik2 ,ckap yang baik,doa yang baik2,ALLAH pasti beri yang baik juga. Apapun, yang baik smua dari DIA dan yang buruk itu dari kita.
“Btw our honeymoon di langkawi kali ni tira ambik pakej dkat @penarakbamboobeachresort .mmg best sbb keliling bilik smua pantai .tira ambik bilik sea view so dpat mmncing skaligus .pakej mreka ni tira sewa skali kreta ..tq so much atas layanan yang baik,” kongsinya lagi.
View this post on InstagramA post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Instafamous ini dinikahkan pada 3 Mac dengan pilihan hati, Apit Johari.
Foto : Instagram Beby Tora Tora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI