“Dia memang fake sebenarnya”, itu kata-kata yang cukup ternyiang di telinga apatah lagi bila melihat mimik muka bintang versatil, Elly Mazlein.
Perkongsian babak lucu drama lakonannya, Kau Yang Pertama nyata menghiburkan dan aktres ini turut mencipta tanda palang #anehaneh di laman Instagramnya.
“Kakak zaza ckp ” Dia mmg Fakeeeee #AnehAneh.
“Yeayyyyyyy ari ni da 2 episode #Kauyangpertama Slot #akasia.
Ads
“Jgn lupa dating dgn kakak lina & smua barisan pelakon #Kauyangpertama ya.
“Yg x menahan tu ari ni 1st episod, macam biasa, ptg ni jam 7 mlm,setiap ari Isnin hingga Jumaat hanya di #Tv3 pommmmmmm @dramasangat #dramasangat agitchuuuuuu,” tulisnya bersama babak yang dimaksudkan.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyanyi Syura yang ke-35, ramai yang menitipkan ucapan termasuk rakan baik Sheila Razlan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, isteri kepada penyanyi Lan Solo itu memberikan ucapan buat sahabat tersayang.
Sheila antara lain meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditonjolkan penyanyi lagu Nazam Berkasih itu dalam membesar tiga orang anak serta menjalani hidup sebagai ibu tunggal.
“Hepi besday. Kita mungkin tak kaya, tapi kita bahagia. Sebagai orang yang ada pada ketika tak terduga, aku nampak jatuh bangun kau.
“Gigihnya kau membesarkan anak-anak seorang diri, dicerca… kecam… malah dihina. Kau tetap berdiri. Aku salute dengan apa yang kau ada skrg,” tulisnya.
Sheila pada masa sama turut mengharapkan agar hubungan yang terjalin berbekalan sampai bila-bila.
“Yer.. mungkin jalan hidup berbeza, tapi kita selalu ada rasa untuk sama-sama bahagia kan? Aku hope persahabatan kita biar sampai bila-bila.
“Aku sayang kau. Again.. .HAPPY BIRTHDAY ZURA..! Love u,” tulisnya lagi.
Imbas kembali, Syura sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd. Fadhly Md. Yassin pada 29 Mac 2006.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 14, Nurul Qaisara Sofea, 12 dan Muhammad Irfan Aryan, 10.
Bagaimanapun, Syura telah bercerai buat pertama kali pada 29 September 2014 dan telah kembali merujuk pada 10 November tahun sama.
Namun pada 9 Ogos 2015, mereka kembali membawa haluan masing-masing.
Foto: Instagram Syura, Sheila Hassim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Fenomena filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan turut dirasai semua termasuk golongan selebriti yang sama-sama menyokong filem tempatan yang kini sukses mengutip jutaan ringgit meski baru beberapa hati ditayangkan di pawagam.
Pelakon Fauzi Nawawi misalnya turut berkongsikan pengalaman sewaktu ini menonton filem hebat arahan Syamsul Yusof itu.
Menurut Fauzi, dia sebelum ini tidak berjaya mendapatkan tiket kerana sudah penuh namun akhirnya berpeluang menonton filem berkenaan pada hari biasa.
“Dah beberapa hari ni panggung penuh je sampai takde ruang nk tengok #matkilau. Memang berbisa betul pukulan @syamsulyusoffilm ni ,fenomena filem epik di zaman milenium.
“Guys korang Kalau nak tengok filem ni hujung minggu kena booked tiket dari sekarang, Saya terpaksa datang tonton time orang sibuk bekerja dan belajar. Tahniah big bro @syamsulyusoffilm.
“Tak senang tidur saya dibuatnya tiket asyik habis je,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Suami kepada aktres Lisdawati ini menonton filem tersebut bersama anak-anak.
“Selepas beberapa hari nak tengok Mat Kilau tiket tak ada semua penuh, full house. Jadi saya buat keputusan untuk tonton Mat Kilau waktu tengahari orang tengah sibuk berkerja. Akhirnya saya dapat tiket, tengok dengan anak-anak saya,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
Dalam perkembangan lain, GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam.
Filem itu sekali gus mengatasi kutipan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick yang turut ditayangkan di Malaysia ketika ini.
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menerusi Harian Metro menyifatkan kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.
“Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif.
“Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.
“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.
“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya.
Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.
Pelawak dan penyampai radio, Shuib tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan pendapat yang diutarakan sebelum ini berkaitan bantuan khusus buat penggiat seni berikutan penularan COVID-19.
Meski pada awalnya ia bertujuan bagi menjelaskan situasi, perkara tersebut bagaimanapun hangat dibahaskan peminat dan rakan selebriti lainnya hingga menimbulkan reaksi bercampur-campur.
“Assalammualaikum semua. Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri.
“Saya MOHON AMPUN DAN MAAF dan saya harap isu ini selesai.
“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya,” tulisnya pada entri Instagram yang turut dilampirkan foto awalnya terlibat dalam seni.
Suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu pada masa sama turut meminta semua agar berdoa negara ini segera bebas dari penularan wabak.
“Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari covid19 dan semoga kita sentiasa dilindungi,diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
“Sama sama kita bantu mana yg memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini… Mohon maaf skali lagi #pershuibofhappyness,” pohon Shuib.
Terdahulu, bintang itu menerusi satu rakaman video dimuat naik di platform sama antara lain berkata, dia terpanggil membuat rakaman bagi membela nasib rakannya yang dikritik selepas menyuarakan pandangan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.
Tambahnya, rakan-rakannya hanya menyuarakan pendapat, bukan demi kepentingan diri.
Sebaliknya, memperjuangkan hak penggiat seni, seperti artis veteran serta kru produksi balik tabir yang dihimpit kesulitan hidup selepas penguatkuasaab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Serentak dengan itu, para peminat dan netizen termasuk selebriti ada meninggalkan komen positif buatnya.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!