Air Mata Datin Alyah Sekali Lagi Menitis, Sebak!

Share

Penyanyi, Datin Alyah mengakui dia sejujurnya rasa takut untuk melancarkan single baru kerana era dan cita rasa muzik kian berubah.

Malah katanya lagi dia turut memberi harapan besar buat Meluruh untuk terus bersinar sementelah mengingatkan kisah suka duka dalam seni.

“Setiap kali nak keluarkan single saya amat takut. Era berubah dan saya seorang peniaga muzik. Saya pernah jatuh, jatuh dan jatuh.

“Jadi bila saya diberi peluang oleh pihak Warner Music Malaysia untuk kerjasama, saya sudah nampak sinarannya dalam kerjaya.

“Dengan Meluruh saya benar-benar mengharap dan meletakkan harapan besar meski pada awalnya pelbagai dugaan yang muncul,” katanya.

Pada masa sama, isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini turut menambah, dia lebih gemar memberi tafsiran sendiri apabila menyampaikan Meluruh.

“Mungkin dari segi lirik ia mengenai perhubungan tetapi bila saya sampaikan, jauh di sudut hati saya melihatnya sebagai suatu perjalanan dalam kerjaya seni.

“Bagaimana ada pihak yang tekankan saya, macam mana mereka letak saya dekat bawah, macam mana orang hanya datang pada saya waktu di atas dan layanan mereka bila saya di bawah.

“Itu semuanya ada dalam Meluruh, ia bukan mengenai perhubungan saya, tetapi melibatkan haters. Jadi saya sangat sedih bila nak nyanyikan lagu ini. Saya manusia biasa tak lari dari kesilapan.

“Akan tetapi kesilapan saya itu, ada yang memperbesarkan lagi jadi benda itulah yang saya nak kongsi. Inilah tafsiran saya bila alunkan Meluruh,” jelasnya lagi.

Ikuti sedutan sesi tembual Alyah bersama pihak media.

Foto: Instagram Datin Alyah

Published by
MH