
Berkongsi momen istimewa sempena hari akad beberapa hari lalu, entri terbaru pereka terkenal Rizman Nordin cukup menyentuh hati.
Dia berkongsi beberapa keping foto yang cukup indah memperlihatkan beberapa selebriti terkemuka yang sering memperaga busana rekaannya mengalirkan air mata tatkala ijab kabul berlangsung.
Antara yang hadir adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan Fazura.
“Air mata kesyukuran dari sahabat- sahabat saya. Alhamdulillah.. terima kasih Allah kerana pinjamkan persahabatan yang ikhlas ini. Semoga Allah terus memelihara ukuwah kami sekeluarga. Amin ya rabbalalamin #rizmansuraya,” tulisnya.
Pasangan ini diijabkabul pada 13 September lalu di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.
Foto : Instagram Rizman Nordin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lebih Baik Saya Ambil Langkah Untuk Tidak Mendengar,” – Ayda Jebat Beri Reaksi Konon Wujud Krisis Antara Janna-Sheila Rusly

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengatakan mungkin ada perselisihan faham yang terjadi antara rakan pelakon Janna Nick dan Sheila Rusly.
Bagaimanapun, bintang berusia 27 tahun ini menjelaskan di tidak tahu apakah sebenarnya yang terjadi di antara pelakon dan pengarah terkenal itu.
Ayda berkata demikian selepas ditanya media mengenai apakah pandangannya terhadap krisis yang dikatakan berlaku di antara kedua-dua teraju utama drama bersiri, Leftanan Zana itu.
“Mungkin ada perselisihan faham yang berlaku. Kita pun tidak tahu. Bagi saya, harap mereka akan kembali seperti dulu kalau benar seperti yang diperkatakan media sosial,” katanya.
Leftenan Zana yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menggunakan lagu Mata nyanyian Ayda sebagai lagu latar.
Diajukan sama ada dia mengambil berat terhadap perkara tersebut, penyanyi lagu Temberang itu menegaskan, dia mengambil pendirian untuk tidak masuk campur.
“Tak perlulah. Lebih baik saya berdiam diri. Bagi saya contohnya kalau ada yang mahu bersembang mengenainya lebih baik saya ambil langkah untuk tidak mendengar,” jelas Ayda ketika ditemui di majlis pelancaran jenama kosmetik, Anas di Kuala Lumpur, awal malam tadi.
Dilantik sebagai antara wajah wakilan produk berkenaan, Ayda turut merakamkan rasa teruja dan gembira memandangkan jenama tersebut merupakan hasil usaha rakan baik yang dikenali lebih lapan tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Ayda atau nama penuhnya, Nur Suhada Jebat bakal melancarkan single terkininya, dalam tempoh terdekat.
“Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan saya bersama komposer indonesia, Irwan Simanjuntak. Sebuah lagu balada yang harapnya, ia juga bakal mendapat maklum balas yang baik sebagaimana lagu-lagu nyanyian saya yang lain.
“Malah, saya juga dalam proses dalam menyiapkan album penuh yang bakal mengandungi 10 buah lagu,” akhiri Ayda.
Foto: Instagram Ayda Jebat, carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Tahan Tengok Wife Sakit, Aku Menangis Lega,” – Isteri Selamat Bersalin Baby Boy, Harith Zazman Umum Nama Anak

Penyanyi, Harith Zazman menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Nuramalina Ghakashah telah semalat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi tadi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Harith menerusi hantaran terkini di ruangan Ins stories.
Pada masa sama, penyanyi lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) ini turut mengumumkan dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan bayi lelaki mereka Farrel Ali.
“Alhamdulillah, Farrel Ali. 20 Mei 2022,” tulisnya ringkas
Menerusi ciapan di Twitter, Harith turut memaklumkan isteri serta anaknya kini berada dalam keadaan yang baik.
Malah, dia juga mengambil kesempatan tersebut untuk merakamkan ucapan terima kasihnya buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya itu.
“My wife seorang yang sangat kuat, Allah mudahkan semuanya. Kejap je dalam labour room. Tak tahan tengok wife sakit contraction. Selepas selesai aku menangis lega.
“Hargai lah ibu ibu mengandung, mereka memang orang orang yang hebat! terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Harith dan isterinya.
“Alhamdulillah! Semoga harith dan lee menjadi parents yang sangat baik.
“Tahniah, semoga menjadi bapa yang memenuhi keperluan dan impian anak.
“Tahniah bro. Semoga urusan dipermudahkan amin.
“Barakallah. Tahniah buat keduanya.
“Tahniah bro! Welcome to daddy’s world,” antara komen-komen netizen di Twitter.
Terdahulu, Harith telah mendirikan rumah tangga bersama Nuramalina yang juga merupakan seorang model pada tanggal 28 Ogos 2021.
Pada November tahun lalu, Harith mengumumkan isterinya itu telah hamil tiga bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Harith Zazman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Belakang Rumah Hingga Sukses Miliki Kilang 3 Ekar, Cerita Pemilik Empayar Minyak Wangi Ini Buat Ramai Terinspirasi!

Siapa sangka perniagaan jenama wangian terkenal SugarBomb yang asalnya hanya bermula dari ruangan pejabat kecil di belakang rumah kini mampu memiliki kilang dan gudang wangian berkeluasan tiga ekar di Meru, Klang.
Jenama milik syarikat SugarBomb Worldwide Sdn Bhd yang diasaskan sejak 2017 itu dan ditunjangi pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli kini sukses melakar jaya.
Ahmad Azhari, 30, atau lebih mesra dengan panggilan Bos A ialah graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeronatik di University Of Bristol, United Kingdom (UK), namun memilih cabang perniagaan hingga menjadi saudagar wangian.
“Saya sendiri tidak menyangka susah payah belajar bidang kejuruteraan aeronatik membuka lembaran lain. Hingga menjadi punca rezeki saya dan ramai orang.
“Masa belajar di luar negara pun saya bekerja sambilan sebagai ‘cleaner’ untuk menampung kos sara hidup. Saya cuci tandas, bangunan, ruang legar dan macam macam. Kerja dalam cabang pemandu pelancong pun saya pernah,” katanya.
Namun sejurus tamat pengajian pada tahun 2015, laluan masa depan lelaki bapa kepada dua cahaya mata ini ketika itu masih samar.
“Bayangkan daripada puluhan ‘resume’ yang dihantar, hanya 10 syarikat memanggil saya untuk ditemuduga. Namun semuanya hampa, saya ditolak mentah-mentah kerana tiada pengalaman kerja.
“Dalam kehampaan dan kekecewaan tak terbendung, saya bangkit. Masa itu saya sanggup buat apa saja kerja termasuk menjual kek secara dalam talian dan mengambil upah memandu lori untuk menghantar barang.
“Akhirnya cabang niaga yang lebih menyebelahi saya. Lagipun saya dibesarkan dalam dunia niaga. Kemudian, berjinak-jinak dengan industri minyak wangi dan disertai Dr Muhammad Zamir Othman. Kami belajar di universiti sama di UK,” katanya yang mula membuat penyelidikan dan mencari pembekal bahan bancuhan minyak wangi di UK.
Lalu mereka bawa balik bancuhan itu ke Malaysia dan memulakan pembuatan minyak wangi sendiri.
“Masa itu memang saya tak ada cukup duit untuk menyewa bangunan pejabat. Ceburi perniagaan ini pun hanya bermodalkan RM15,000. Dari 600 botol berkembang sampai ribuan.
“Sekarang, Sugarbomb mampu keluarkan satu hingga tiga juta unit dengan pelbagai rangkaian minyak wangi hingga ke penyegar udara dalam masa sebulan,” katanya.
Kehadiran Zamir umpama melengkapi minat Boss A. Malah pada tahun 2020 fasa awal pandemik, Zamir bersama pasukan kerjanya memperkenalkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri untuk jenama itu.
“2020 juga lonjakan kami untuk agresif dalam skop pemasaran. Nama jenama itu juga semakin dikenali. Kami ada kilang dan R&D sendiri kerana mempunyai mesin bancuhan minyak wangi.
“Malah selepas kemasukan pasukan kerja Zamir, rangkaian produk semakin bertambah. Dulu hanya ada minyak wangi dan penyegar udara. Sekarang, ada sanitasi tangan, penyegar fabrik, dan sebagainya.
“Tahun ini kami mahu buktikan golongan bumiputera juga mampu memiliki kilang tiga ekar yang mampu mengeluarkan pelbagai produk wangian. Malah tahun ini juga kami membuka pintu untuk menghasilkan produk-produk yang seangkatan daripada jenama pesaing,” katanya yang kini mempunyai lebih 5,000 pengedar (agen dan stokis) aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Turut alu-alukan ramai lagi yang berminat untuk sama -sama menjana pendapatan. Mereka juga optimis untuk mencapai jualan sehingga RM70 juta dengan sokongan daripada ‘reseller’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI