Berkongsi momen istimewa sempena hari akad beberapa hari lalu, entri terbaru pereka terkenal Rizman Nordin cukup menyentuh hati.

Dia berkongsi beberapa keping foto yang cukup indah memperlihatkan beberapa selebriti terkemuka yang sering memperaga busana rekaannya mengalirkan air mata tatkala ijab kabul berlangsung.

Antara yang hadir adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan Fazura.

IKLAN

Air mata kesyukuran dari sahabat- sahabat saya. Alhamdulillah.. terima kasih Allah kerana pinjamkan persahabatan yang ikhlas ini. Semoga Allah terus memelihara ukuwah kami sekeluarga. Amin ya rabbalalamin #rizmansuraya,” tulisnya.

IKLAN

IKLAN

Pasangan ini diijabkabul pada 13 September lalu di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.

Foto : Instagram Rizman Nordin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI