“Air Tangan Ibu Tu Macam Mana Ya,” – Rosyam Noor Kongsi Makcik Goreng Pisang Guna Tangan, Netizen Teruja

Share

Seringkali kita dengar istilah air tangan ibu, namun kali ini perkongsian Datuk Rosyam Noor benar-benar membuka mata netizen.

Pelakon itu sempat berseloroh mempersoalkan adakah itu yang dipanggil ‘air tangan ibu’?

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan seorang wanita menggoreng pisang di dalam kuali panas dengan hanya menggunakan tangan tanpa sebarang perkakasan lain.

“Air Tangan Ibu tu macamana ya?

“Ramai yang tak paham paham. Video ni jawapannya. Tengok sampai abis
Pastu komen setuju atau tidak,” kongsinya pelakon hebat itu.

Teruja dengan perkongsian tersebut, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.

Ada yang menyatakan salutan tepung di tangan menjadi penebat kepada minyak panas.

Foto : Instagram Rosyam Noor

Published by
Noraini Abd Wahab