Personaliti media sosial, Aisar Khaled tampil menjelaskan berhubung video tular yang merakamkan dirinya mengenakan baju ketat ketika proses suntikan vaksin, minggu lalu.
Sekali gus, ia menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Menerusi video tersebut, Aisar atau nama sebenarnya, Aisar Khaled Kamel turut ditegur petugas di pusat vaksinasi mengenai pemakaiannya pada ketika itu sehingga dia terpaksa membuka sebahagian butang atas baju kemeja yang dipakai.
“Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf dan saya tidak berniat untuk memakai baju yang ketat. Saya rasa baju tu biasa sahaja dan mungkin sebab dulu saya kurus. Baru-baru ni saja baru saya buat badan sikit di gym, jadi sebab tu agak ketat sikit kot (gelak).
“Lagi pun doktor tu tak marah pun. Dia sekadar bergurau sahaja dan tidak ganggu proses suntikan pun sebab semuanya mengambil masa hanya sekejap saja. Cuma, saya perlu buka baju sikit dan semuanya berjalan lancar seperti biasa. Tidak ambil masa yang lama pun,” jelasnya menerusi Remaja.
Ads
Bintang muda berusia 21 tahun ini juga turut memberi reaksi mengenai kritikan sesetengah pihak yang mendakwa, golongan selebriti seolah-olah diberikan kelonggaran untuk merakam momen menerusi suntikan vaksin.
“Sebenarnya saya terlebih dahulu telah meminta keizinan daripada doktor yang bertugas ketika itu. Pada mulanya, memang dia tidak beri izin tapi selepas meyakinkan doktor itu, saya diberi kebenaran untuk merekodkan video dengan syarat hanya sekejap sahaja dan tidak menganggu kerja mereka.
“Tidak timbul isu saya seorang influencer atau tidak kerana doktor tu pun tak kenal siapa saya. Niat saya untuk memuat naik video tersebut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang pengambilan suntikan vaksin ini.
“Mungkin masih ada lagi yang belum mendaftar, dan saya juga ingin menegaskan betapa pentingnya untuk masyarakat kita menerima vaksin,” katanya.
Ads
Dia pada masa sama, turut menjelaskan bahawa semuanya terpulang kepada budi bicara kerana dia sendiri melihat ada sahaja individu lain turut berbuat demikian.
“Saya rasa masih ramai lagi individu lain yang merekodkan video ketika divaksin. Mungkin mereka juga telah mendapat keizinan doktor untuk melakukan perkara itu.
Ads
“Jadi, tidak timbul isu tidak adil atau sebaliknya kerana kami semua seperti orang lain yang meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum merekod video,” tambahnya lagi.
Aisar turut menjawab mengenai video dirinya melakukan ‘prank’ pengsan selepas disuntik vaksin kepada beberapa rakan serumahnya di YouTube.
“Kalau penonton menonton video itu dari awal, saya memang terang-terang dah beritahu bahawa itu adalah sebuah video prank hanya untuk melihat reaksi rakan serumah.
“Saya tidak berniat untuk menakutkan masyarakat dan awal-awal lagi saya memang dah jelaskan bahawa itu hanya prank untuk rakan-rakan sahaja. Jadi, tidak timbul isu saya nak menakut-nakutkan masyarakat tentang vaksin ini,” katanya.
Sumber, Foto: Remaja, Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri mengulas mengenai pembawaan serta pendiriannya sebagai pengasas produk yang dilihat lebih selesa tampil tersendiri berbanding mencipta gimik sensasi.
Menurut Eriyca atau lebih sinonim disapa sebagai Madammu, setiap individu mempunyai cara tersendiri dan dia menghormati pendirian orang lain.
“Setiap orang dia ada cara masing-masing. Saya dengan cara saya. Mungkin ‘founder’ lain dengan cara mereka. Tapi bagi saya mereka doing good, itu cara mereka.
“Saya hanya jadi diri sendiri, tak perlu jadi orang lain. Sebab saya dikenali pun dengan cara begini. Setiap orang ada keunikan masing-masing.
“Malah saya sebenarnya bangga melihat ‘founder’ di Malaysia. Mereka gigih berusaha nak naikkan jenama mereka.
“Jadi sama-samalah kita bila tengok kejayaan atau cara itu… dia punya cara masing-masing,” katanya.
Ditanya mengenai caranya berhadapan dengan netizen di media sosial, Madammu mengakui setiap daripada mereka mempunyai pandangan berbeza-beza terhadap sesuatu isu atau perkara.
Dia bagaimanapun terbuka dan selesa melihat setiap komen yang diterima di media sosial daripada sudut yang baik.
“Bagi saya, mereka masing-masing ada cara berfikir. Mungkin datang daripada latar yang berbeza. Jadi kita tidak boleh untuk anggap mereka akan faham dengan cara pemahaman kita.
“Kadang kita tengok, dalam sebuah kelas ada 10 orang pelajar. Dua mungkin faham ‘A’ dan dua lagi mungkin faham ‘B’. Sedangkan cikgu mengajar orang yang sama.
“Jadi itu salah satu sebab saya positif dan tak mudah melatah dengan netizen. Sebenarnya, mereka menghiburkan. Daripada netizen jugalah, kemudiannya menjadi pengikut saya.
“Kebiasaannya saya akan cuba jawab persoalan mereka (komen), tetapi dalam bentuk yang positif. Kadang saya tak bergurau pun tapi nampak kelakar,” katanya berseloroh.
Terdahulu, penaja utama menerusi Noir di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) ini ditemui sejurus sesi Program Permentoran Bisnes yang diadakan di The Datai Langkawi, Teluk Datai, baru-baru ini.
Sebagai anak saudara kepada Ratu Rock Negara, Ella, penyanyi Kaka Azraff mengakui dia cuba belajar mengenai selok-belok dunia seni menerusi pengalaman yang pernah dilalui Ella.
Menurut Kaka, perjalanan seni Ella yang panjang memberi ruang buatnya untuk belajar seterusnya mengambil apa yang baik demi perkembangan kerjaya seni.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff telah berkongsi perkara tersebut menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan.
“Masa kecil dulu biasalah kan waktu zaman sekolah bila ada kontoversi mengenai Ella, kawan-kawan suka ejek dan usik-usik. Akan tetapi benda itu yang membuatkan saya kuat untuk berhadapan dengan apa-apa kisah sensasi.
“Bila saya tengok dia hadapi kontroversi, ia lagi dahsyat daripada saya sebenarnya. Bila bila nak dikatakan mengenai diri pernah terpalit tu… ia tidaklah adalah terpalit sangat pun.
“Cuma adalah sikit bila orang bercakap dan bertanya, selalunya saya hanya jawab tak tahu sahajalah,” katanya.
Kaka turut menyifatkan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Sembilu itu sebagai seorang yang baik.
“Dia seorang yang sangat ‘cool’ dan saya suka dengan dia. Keluarga saya memang duduk serumah dengan nenek dan dia bersama keluarga juga kerap datang ke rumah.
“Setiap kali bila dia ada, saya sentiasa rasa teruja untuk jumpa dengannya. Ingat lagi masa saya kecil dulu, saya nampak dia seorang sangat baik, manja dan ceria.
“Malah boleh dikatakan dia punya manja tu, saya rasa dia lagi manja dari saya,” katanya yang turut berkongsi mengenai kerjaya serta kehamilan kedua ketika ini.
Foto: Instagram Ella, Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shima Anuar ada menitipkan ucapan tahniah buat rakan artis, Ain Edruce yang difahamkan sudah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama.
Menerusi Insta Stories, bintang filem Highland Tower itu berkongsi foto lama Ain yang ketika itu masih bergelar kekasih kepada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.
Foto yang dirakam pada July 2018 itu, Ain dan Amirul antara tetamu yang hadir pada majlis aqiqah anak pertamanya, Marian Sophia Mohd Solih.
“Zaman diaorang mula-mula cintan-cintun dulu. Hihi. Sekarang dah dapat baby. Alhamdulillah.
“Congratulations @amirul_hafizz @ainedruce. Selamat tak cukup tidur lepas ni,” seloroh Shima.
Menerusi Instastory miliknya Ain pula, dia turut berkongsi kegembiraan melahirkan cahaya mata sulung yang disampaikan daripada kenalan.
Terdahulu, Ain dan suaminya, bertunang pada 22 Jun 2019, sebelum mendirikan rumah tangga berkahwin pada 13 Disember tahun sama.
Foto: Instagram Shima Anuar, Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa setahun, pelakon Bella Dowanna mengakui banyak pihak yang cuba mendekati dirinya.