“Aisha Adalah Anak Kelima…,”- Nama ‘Baby Girl’ Bawa Maksud ‘Bahagia Dan Cantik Selamanya’, Fasha Cerita Sebenarnya Dua Kali Keguguran Sebelum Ini

Share

Pelakon versatil, Fasha Sandha hari ini mengumumkan nama penuh anak ketiganya, Aisha Amaira Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya.

Perkara tersebut dikongsikan Fasha menerusi entri terkininya di Instagram pada Selasa.

Selain memberitahu pengikutnya Instagramnya bertambah pada hari anak bongsunya itu dilahirkan, Fasha turut mendedahkan dirinya sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

“Assalamualaikum, pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha.

“Alhamdulillah… Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi.

“Nama saya AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL, Yang membawa maksud, Bahagia dan Cantik Selamanya.

“Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah. Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau.

“Lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha,” tulisnya.

Fasha bagaimanapun mengakui dia dan suami tidak pernah kirim doa agar dikurniakan rezeki zuriat lagi, seterusnya meminta para ibu bapa yang pernah alami nasib sama agar jangan putus asa.

“Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.

“Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner.

“Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan.

“Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night. Love, Aisha Amaira,” kongsinya lagi.

Dilahirkan pada 7 Ogos lalu, Aidil dan Fasha bernikah pada 30 Mac 2019. Ia adalah perkahwinan kedua Fasha selepas berpisah dengan bekas suami, Rizal Ashram.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha turut mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Sementara itu, suaminya turut berkongsi foto terbaru Fasha dan anak mereka.

Foto: Instagram Fasha Sandha, Aidil Aziz

Published by
MH