Pelakon, Fasha Sandha ada berkongsi foto terkini anak ketiganya bersama peminat di akaun Instagram.
Difahamkan, anak ketiganya yang diberi nama Aisha itu kini sudah berusia 2 minggu selepas dilahirkan pada 7 Ogos yang lalu.
“Assalamualaikum kesayangan ibu,
Hari ni Aisha 2 Minggu.
“Aisha membesar dengan jayanya kan. Terima kasih susu ibu.
“Hari ni ibu Aisha rajin, jadi photographer untuk Aisha. Pandai kan ibu Aisha jadi photographer #iburayfalraysha #iburayfalrayshaaisha ,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Terdahulu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut , Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Bosan, Mencabar Tapi…,” – Selesai Konvo Diploma, Farisha Iris Dah Rancang Nak Sambung Master Pula
Penyanyi, Farisha Iris menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam sebuah majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Isnin.
Menurut Farisha yang juga merupakan graduan jurusan Komunikasi dan Media, majlis konvokesyen tersebut sebenarnya telah tertangguh hampir dua tahun berikutan fasa pandemik Covid-19 yang melanda negara sebelum ini.
Katanya lagi, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun,ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menghabiskan mengjiannya itu.
“Alhamdulillah, dua tahun tunggu convocation diploma. Selesai Diploma in Mass Communication, @ Fakulti Komunikasi dan Media, UiTM Alor Gajah 2018 – 2020 🙏🏻
“Bukan mudah, tiada apa yang mudah. Terima kasih ibu bapa saya, my family, my bestfriends, my classmates kerana banyak membantu dan memberikan semangat,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagi Hello itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Farisha yang kini sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda turut memberitahu, sekiranya tiada aral melintang, dia bakal meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana pula.
“Saya tak pernah rasa bosan sambung belajar. Walaupun mencabar tapi berbaloi. Jom kita sambung master pula InsyaAllah.
“Now I have to wait another years untuk my degree convocation,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Farisha akan terus sukses lagi selepas ini.
“Congrats. Semoga Farisha dan ibunya sihat dan ceria selalu.
“Alhamdulillah tahniah anak baik.
“Alhamdulillah. Bangga tengok pencapaian awak. Moga sukses pada masa hadapan.
“Salam success hebat luar biasa.
“Tahniah dik. Moga terus maju jaya dalam mencari ilmu dan karier,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, menerusi entri berasingan, Farisha turut berkongsi sebuah video saat dia dan ibubapanya sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersempena majlis konvokesyennya itu.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 5,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Farisha Iris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dan Imam Sudah Terfikir Pasal Anak, Tapi…,” – 3 Tahun Kahwin, Ini Jawab Hannah Delisha Soal Zuriat
Pelakon Hannah Delisha mengakui dia mahukan yang terbaik dalam hal berkaitan cahaya mata, meski usia perkahwinannya bersama suami, Imam Shah sudah mencecah usia tiga tahun.
Impikan empat cahaya mata jika diizinkan, Hannah, 27, berkata, dia dan suami tidak tergesa-gesa susulan zuriat adalah satu amanah besar yang kena dipikul pasangan.
“Saya dan Imam memang sudah terfikir pasal ada zuriat. Tapi itu semua atas keizinNya juga. Alangkah baik jika dikurniakan dua anak tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, empat anak sudah cantiklah.
“Tanggungjawab ada anak ini sangat besar. Bahkan, jaga kucing sekali pun tanggungjawab sangat besar. Apatah lagi seorang anak,” katanya.
Pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch turut menambah, dia sebolehnya mahu beri fokus terbaik sekiranya dikurniakan cahaya mata.
“Kami nak pastikan betul-betul bersedia kerana bila ada anak, saya mahu luangkan masa sebaiknya dengan anak saya. Juga beri perhatian penuh kepadanya.
“Kita tengoklah nanti, bila saya rasa kerja macam tak terlalu sibuk, kami cubalah. Tapi itulah, apa sekalipun, akhirnya nanti ia bergantung kepada keizinan Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Mencintaimu Mr. Photographer kagum dengan kekuatan golongan ibu yang bekerja dan masa sama sibuk menguruskan urusan anak.
“Terus-terang, saya memang kagum sangat dengan ibu-ibu yang boleh kerja dan pada masa sama jaga anak. Bukan mudah sebab mak saya sendiri pun seorang ibu tunggal. Saya nampak cabaran dia jaga dan besarkan anak sambil bekerja.
“Setakat ini, orang sekeliling pun tak menekan saya pasal zuriat. Kalau diaju soalan itu, saya cuma minta mereka doakan agar saya beroleh rezeki kelak,” katanya.
Hannah dan Imam mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Berkongsi Berita Gembira Tak Lama Lagi,” – Tarikh Nikah Dah Dekat? Mas Idayu Komen Khabar Angin
Penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu memohon doa yang baik-baik susulan timbul khabar angin yang mendakwa dan pasangan yang juga Penerbit Eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufian Isa bakal bernikah 16 September depan.
Mengharapkan agar segala perancangan berjalan dengan baik, bintang itu bagaimanapun akui bakal berkongsi mengenai perkara tersebut di dalam satu acara istimewa yang akan dilangsungkan pada 21 Ogos ini.
“Insya-Allah, doakan yang baik-baik buat kami dan dipermudahkan semuanya. Saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua tidak lama lagi.
“Kebetulan pada 21 Ogos ini saya akan mengadakan majlis An Exclusive With Mummy Mas Idayu, Meet & Greet dan Pelancaran Twenty Skincare.
“Lagi pula, ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan. Jadi, mohon untuk doakan segala yang dirancang ini berjalan lancar.
“Saya nak berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan kata-kata yang positif buat kami,” katanya.
Mas Idayu yang juga juri tetap program Ceria Popstar Xtra 2022 berkata semuanya hampir siap turut berkongsi perkembangan menjelang hari bahagianya.
“Macam yang pernah saya kongsikan, soal persiapan ini tak boleh terburu-buru. Saya juga akan berkongsi mengenai berita gembira ini jika semuanya sudah siap.
“Untuk masa sekarang, alhamdulillah perkara dan bahagian penting sudah siap. Tinggal lagi beberapa perkara kecil seperti barang hantaran.
“Saya kalau boleh memang nak ikut cara orang dulu-dulu yang mana beli barang mengikut pilihan kita yang dirasakan sesuai dan kesukaan pasangan itu. Tidak mahu keluar bersama pergi cari barang, walaupun dia ajak saya.
“Jadi, kalau nak tahu apa yang saya suka dia akan bertanya kepada orang terdekat saya. Begitu juga sebaliknya,” katanya lagi.
Terdahulu pada April, Mas Idayu mendedahkan dirinya bakal berkahwin dengan Sufian Isa pada September depan, namun tarikhnya belum pun lagi dapat dikongsikan.
Menerusi pendedahan sama, Mas Idayu akui sudah saling mengenali Sufian sejak program Mentor 3 pada 2008 cuma baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.
Kemudian, pada Mei lalu Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI