“Aisha Meninggal Dalam Tangisan,” – Heliza Helmi Kongsi Kisah Anak Ini Yang Hidap Tumor, Dijemput Illahi Tanpa Keluarga Di Sisi

Share

Dalam kita sibuk menyambut Ramadan dan membuat persediaan Aidilfitri yang bakal menjelang, seorang kanak-kanak di Gaza meninggal dunia tanpa keluarga di sisi.

Menurut Heliza Helmi, kanak-kanan berusia 5 tahun ini mengidap tumor di otak dan terpaksa dipindahkan ke Tebing Barat kerana hospital di Gaza kekurangan pakar.

Lebih kejam, pihak Israel enggan membenarkan ahli keluarga untuk ikut bersama.

Aisha Lulu baru sahaja berusia 5 tahun dan berasal dari Gaza.

“Anak kecil ini menghidapi tumor di otaknya. .

Disebabkan kekurangan kepakaran hospital di Gaza untuk merawat pesakit kanser (akibat pengepungan pihak Israel), Aisha terpaksa dipindahkan ke Tebing Barat untuk mendapatkan rawatan di sana.

“Lebih kejam, pihak Israel enggan membenarkan ahli keluarga Aisha untuk berada bersama-samanya, menyebabkan Aisha dipindahkan bersendirian tanpa keluarganya bersama dengan seorang wanita asing yang sukarela untuk menjaganya.

“Apa yang berlaku?

“Aisha telah pergi buat selamanya akibat komplikasi yang dialaminya selepas pembedahan.”

Lebih menyedihkan, kanak-kanak malang ini dikatakan meninggalkan dalam tangisan dan seorang diri tanpa keluarga di sisi.

“Apa yang lebih merobek dan menyayatkan hati, menurut sumber-sumber yang berada bersama-sama Aisha ketika itu mengatakan Aisha meninggal dalam tangisan, tidak mampu bercakap dan seorang diri tanpa keluarganya di sisi.

“Inilah pentingnya bantuan perubatan yang kita salurkan kepada mereka. Ia mampu menyelamatkan nyawa.

“Ya Allah bantulah mereka.

Salurkan sumbangan peduli ummah kalian melalui akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia :

Maybank 5648 1050 7826

Maybank 5648 1050 7826

Maybank 5648 1050 7826

Sumber : @cintagazamalaysia @nadiralnuri,” tulisnya lagi.

Sempena Ramadan yang mulia, ringankan tangan menghulur sumbangan.

Foto : Instagram Heliza Helmi

Published by
Noraini Abd Wahab