Penyanyi, Aisha Retno menafikan lagu Raya Nak Ke Mana dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai lagu ‘bekas’ yang sudah lama di dalam simpanannya.

Menurut Aisha, walaupun lagu tersebut telah ditulis lebih awal, namun dia melakukan banyak perubahan sebelum diberikan kepada Biduanita Negara itu.

Aisha Retno Nafi ‘Raya Nak Ke Mana?’ Lagu ‘Bekas’ Simpanan Lama, Seronok Kerja Dengan Siti Nurhaliza

“Lagu itu sebenarnya sudah ditulis sejak Disember. Pada mulanya, saya ingin menyanyikan lagu itu sendiri. Namun, rasa agak sangsi kerana saya masih sayangkan lagu Ketipak Ketipung Raya.

“Saya masih nak beri laluan buat orang ramai untuk sukakan lagu tersebut. Pada masa sama, saya juga suka juga dengan lagu ini.

Ads

“Tiba-tiba, pengurus TokTi pula bertanya, ada lagu raya tak? Saya pun teruja. Jadi, sebelum saya berikan lagu tersebut, saya ubahnya agar ia sesuai dan ikonik buat TokTi. Jadi, ini bukan lagu bekas,” katanya kepada MH.

Luah Rasa Teruja

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sutera ini teruja bila dapat bekerjasama dengan Siti selepas terpalit isu pembatalan konsert solo, baru-baru ini.

Aisha Retno Nafi ‘Raya Nak Ke Mana?’ Lagu ‘Bekas’ Simpanan Lama, Seronok Kerja Dengan Siti Nurhaliza

“Perasaan saya agak bercampur baur. Jarak masa di antara isu pembatalan konsert saya, baru sahaja berlaku. Kemudian, agak laju juga Allah berikan rezeki lain.

Ads

“Keduanya, sudah tentu saya teruja bila penyanyi legenda sudi menerima lagu saya yang baru sahaja memulakan kerjaya ini. Sukar untuk saya percaya perasaan ini.

“Beliau bukan sahaja penyanyi yang hebat. Apa yang membuatkan beliau sebagai Biduanita Negara ada disebabkan caranya membawa diri dan sangat humble.

“Ketika rakaman, Siti minta saya untuk direct lagu ini padahal beliau sudah tahu segalanya. Proses rakaman juga sangat lancar. Tak terasa masa berlalu,” kongsinya lagi.

Karya Baharu Buat Siti

Dalam pada itu, Aisha turut memaklumkan dia dalam perancangan untuk menulis lagu baharu buat penghibur kesayangan ramai itu.

Ads

Aisha Retno Nafi ‘Raya Nak Ke Mana?’ Lagu ‘Bekas’ Simpanan Lama, Seronok Kerja Dengan Siti Nurhaliza

“Beliau juga ada minta saya tuliskan lagu irama Malaysia. Namun, saya belum sempat nak menulis.

“Beliau mahukan lagu seperti Sutera yang ada elemen Jawa atau seperti lagu Puteri Gunung Ledang.

“Kalau tiada halangan, saya akan segera siapkan lagu ini,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI