Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aisyah Aziz yang dilaporkan sudah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir B. Mohd Ismail.
Majlis pernikahan pasangan ini difahamkan berlangsung pada hari ini dalam suasana tertutup di Singapura, dihadiri hanya oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak.
Berita gembira itu dikongsi media di Singapura iaitu Mediacorp Warna 942 menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook.
Malah foto pasangan pengantin yang sedondon mengenakan persalinan serba putih turut mula tular di media sosial.
Sebelum ini, Aisyah yang juga adik kepada penyanyi popular Aliff Aziz menerusi MH pernah memberi bayangan dia sedang mengenali seseorang istimewa, dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.
Walaupun memilih untuk tidak terlalu berkongsi perihal peribadi, Aisyah tetap memohon agar mendoakan yang baik-baik dan berserah kepada jodoh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Foto: Mediacorp WARNA 942