Pempengaruh, Aisyah Hijanah menafikan dakwaan susulan berlaku sebarang penyelewengan, penipuan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Peguam, Abd Rahim Ali yang mewakili pempengaruh berkenaan juga menjelaskan, Aisyah yang juga isteri kepada Alif Teega bersedia untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak bekuasa bagi tujuan siasatan.

“Anak guam kami tidak sesekali pada setiap masa yang material menjalankan apa-apa aktiviti menyalahi undang-undang negara.

“Pihak kami menegaskan bahawa segala aset yang diperoleh oleh anak guam kami adalah atas daya usaha beliau sendiri tanpa menyalahgunakan mana-mana dana mahupun kutipan derma.

“Anak guam kami juga seperti sedia maklum menjalankan pelbagai perniagaan yang menjana keuntungan. Mereka juga berhak menikmati hasil keuntungan perniagaan untuk tujuan peribadi,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Abd Rahim berkata pihaknya dengan tegas menafikan sebarang pembabitan anak guamnya berhubung skim 20 peratus yang diterima oleh pempengaruh bagi keseluruhan derma oleh platform kutipan derma dalam talian, JomDonate.

Ads

Menurutnya, skim itu hanya diperkenalkan pada tahun 2022 iaitu selepas Aisyah berhenti menggunakan platform terbabit.

“Pihak kami menegaskan bahawa sebarang penggunaan imej, gambar dan/atau testimoni

anak guam kami dibuat setelah mereka tidak lagi menggunakan platform itu.

“Oleh itu, sebarang penggunaan imej, gambar dan/atau testimoni anak guam kami adalah tanpa sebarang kebenaran dan persetujuan mereka,” katanya.

Ads

Menurutnya, mereka turut menafikan semua dakwaan penyelewengan atau pecah amanah membabitkan aktiviti kutipan derma membabitkan sebuah madrasah malah pihak berkenaan sudah memohon maaf berhubung isu itu.

Katanya, kempen derma membabitkan madrasah berkenaan sudah tamat pada 14 Jun lalu dan segala hasil kutipan sudah diserahkan kepada pihak terbabit.

Pada masa sama, pihaknya turut menafikan sebarang kaitan berhubung sebuah akaun Facebook bernama ‘Aisyah Hijanah Official’ dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu yang menyalahgunakan nama dan identiti anak guamnya.

Ads

Aisyah Hijanah Nafi Tuduhan Seleweng, Penipuan & Pecah Amanah, Ini Kenyataan Peguam Aisyah Hijanah Nafi Tuduhan Seleweng, Penipuan & Pecah Amanah, Ini Kenyataan Peguam

“Adalah ditegaskan bahawa anak guam kami tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk membuat kenyataan bagi pihak beliau.

“Tindakan pihak yang menyalahgunakan nama dan identiti anak guam kami membawa kepada kesulitan, kesengsaraan emosi dan kerugian yang tidak boleh dipampaskan,” katanya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI