Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Muhammad Aizat Amdan, 33, yang selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Elyssa Alia dengan sekali lafaz, di A-Park, Puchong kira-kira jam 9.10 minit pagi, hari ini.

Aizat dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolenal Bersara Ilias Moideen dengan disaksikan Jurunikah Ustaz Idrus Mohd Shahlan

Pada majlis itu, Aizat menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 manakala dulang hantaran pula tiga berbalas lima.

Aizat Amdan Sah Bergelar Suami Elyssa Alia, Pilih Mexico Lokasi Honeymoon Aizat Amdan Sah Bergelar Suami Elyssa Alia, Pilih Mexico Lokasi Honeymoon

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk merahsiakan mengenai jumlah wang hantaran.

Aizat yang popular menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu itu bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Alhamdulillah, kini lahirnya satu permulaan baharu buat kami. Memang ini fasa baharu unutuk kami sekarang dan saya tak boleh fikir diri saya saja untuk perancangan selepas ini. Contohnya saya kena minta nasihat dan pandangan dia juga untuk perjalanan seni saya selepas ini.

“Harapan saya menerusi perkahwinan ini adalah kami akan bertanggungjawab antara satu sama lain sampai ke hari tua. Dan saya juga berharap kami dapat bina sebuah rumah tangga yang sihat dari segi agama dan sebagainya,” katanya kepada MH.

Ads

Aizat Amdan Sah Bergelar Suami Elyssa Alia, Pilih Mexico Lokasi Honeymoon Aizat Amdan Sah Bergelar Suami Elyssa Alia, Pilih Mexico Lokasi Honeymoon

Tambah peserta Akademi Fantasia musim kelima itu, mereka akan ke Mexico selepas selesai kerja di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

“Kami sebenarnya ada lokasi impian kami iaitu Tulum, Mexico. Jadi ketika saya ke Los Angeles untuk bekerja nanti, kami akan ke sana insyaAllah. Saya akan ke Los Angeles sekitar November nanti, insyaAllah. Rasanya sebulan kami akan ke sana,” katanya lagi.

Sementara itu, Elyssa berkata Tulum dipilih kerana dia sukakan kawasan tepi pantai yang tenang dan santai.

Ads

“Impian saya adalah untuk ada villa dan sekolah menyelam. Jadi tempat itu adalah lokasi tepat untuk memulakan idea itu. Saya sukakan tepi pantai kerana ketenangannya dan saya tak suka bandar.

“Kami juga tak nak fikir jangka panjang masa pendek untuk satu kerja saya. Kami mahu cuba teroka pekerjaan yang berbeza tapi kami masih sayangkan Malaysia. Mana boleh tiada sambal belacan,” katanya.

Aizat Amdan Sah Bergelar Suami Elyssa Alia, Pilih Mexico Lokasi Honeymoon

Terdahulu pada majlis pernikahan itu, kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media telah diundang.

Ads

Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada hari ini juga pada jam 12 tengah hari di lokasi yang sama.

Aizat Amdan Sah Bergelar Suami Elyssa Alia, Pilih Mexico Lokasi Honeymoon

Sekadar informasi, Aizat dan Elyssa telah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, bersempena hari berbahagia ini Aizat turut menghadiahkan lagu Hanya Kita Dua untuk menghargai isterinya itu.

Lagu itu sudahpun berada di semua platform digital dan lirik video boleh ditonton menerusi saluran YouTube Aizat Amdan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI