Pelawak dan usahawan popular, Shuib meluahkan rasa bangga apabila anak perempuannya, Thalita mendapat tawaran untuk membuat persembahan di Konsert ByAjai & Mega Friends yang bakal berlangsung di Singapura pada 10 Mei depan.
Menurut Shuib, ini merupakan kesempatan terbesar buat anaknya itu selepas mencipta sensasi ketika membuat persembahan bersama sebuah kumpulan busker di Bukit Bintang, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Shuib turut berterima kasih kepada Ajai kerena memberikan peluang istimewa itu kepada anaknya.
Ads
“Terima kasih Abang Ajai. Kita sama-sama doakan Thalita,” kongsinya lagi.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram itu juga, Thalita dilihat sangat terkejut sewaktu Ajai menyampai surat tawaran kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh menyaksikan momen tersebut selain turut mendoakan segalanya akan dipermudahkan buat Thalita.
“Dulu Uncle Ajai bagi peluang dekat ibu Thalita. Sekarang Thalita pula diajarnya. Happy tengok.
Ads
“Kami semua bangga dengan Thalita.
“Alaa sedihnya. Thalita sayang, semoga terus berjaya. Ibumu pasti amat bangga.
“Mewarisi bakat arwah ibunya.
“Tahniah Thalita. Semoga terus maju dan sambung legasi Siti Sarah.
Ads
“Perlahan-lahan Allah buka jalan buat kamu. Sama seperti ibu awak. Mesti ibu awak sedang bahagia tengok awak sekarang ini,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.
Ketika persembahan tersebut, Talita tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap bonda tercinta.
Untuk info, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Shima ‘Teringin’ ada mengimbas kenangan manis bersama Allahyarham Saleem yang telah pergi buat selama-lamanya Oktober tahun lalu.
Katanya, pertama kali mereka bertemu di sebuah studio rakaman bagi merakamkan lagu.
“Saya berjumpa dengan Allahyarham ketika kami berada di King’s Studio, Petaling Jaya. Ketika itu, kami sedang melakukan rakaman untuk sebuah lagu. Saya masih bersama dengan Shima & The Boys dan arwah dengan Iklim.
“Kemudian selepas itu kami adalah bertemu ketika saling membuat persembahan sama,” katanya kepada MH.
Ditanya antara momen paling diingatinya melibatkan arwah, Shima memberitahu dia terkejut apabila menonton video rakaman Saleem yang mampu penyanyikan salah satu lagu hitsnya dengan baik.
“Saya sangat terharu, bila saya menonton satu video menerusi YouTube, arwah ada nyanyikan lagu saya, Setelah Aku Kau Miliki.
“Jadi saya gembira dan teruja, tak sangka arwah nyanyi lagu saya dengan baik sekali. Itu antara kenangan manis bila kenangkan arwah yang telah tiada,” katanya.
Terdahulu, Shima ditemui pada sidang media Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi yang berlangsung pada 6 Oktober lalu, jam 8.30 malam itu bertempat di Panggung Asia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penyanyi senior itu turut diundang sebagai penyanyi undangan dan mengalunkan lagu hits nyanyian Allahyarham. Turut sama terlibat dalam menjayakan konsert berkenaan ialah Zaiton Sameon.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy telah menyambut hari kelahiran suaminya, Faris Anuar.
Turut dirai ialah hari jadi model, Rita Nadira yang juga teman rapat kepada adiknya, Ezzrin Loy.
Menariknya, bintang berkenaan dilihat meraikan sambutan ulang tahun keduanya dengan cara tersendiri, iaitu dengan ‘pertunjukan bunga api’, sesuai dengan mood raya yang masih disambut.
“Happy Birthday again , @fariskanuar . Nah hadiah fireworks , exclusive depan rumah untuk awak. Best Raya so far, ” tulisnya.
Malah, momen sama turut dikongsikan bakal ibu ini menerusi Insta Stories.
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya yang juga pelakon, Wawa Zainal kini sedang hamil anak keempat mereka.
Perkara itu dikongsikan Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video yang sehingga kini sudah pun mendapat lebih 400,000 tontonan.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Aeril turut mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.
“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.
Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian peminat dan rata-ratanya tumpang gembira selain menitipkan doa yang baik-baik di ruangan komen.
Foto: Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip terpaksa menarik diri daripada menjayakan Konsert MeleTOP TVS pada saat akhir berikutan masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.Perkara tersebut dimaklumkan
pengacara, Nabil Ahmad...