Usahawan viral yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli menjadi peserta pertama diumumkan tersingkat dalam saingan minggu kedua program nyanyian, Big Stage 2022.
Memperolehi markah sebanyak 9.2 peratus daripada juri dan 5.56 peratus daripada penonton, Iqbal akur dengan keputusan dan rezekinya di Big Stage hanya bertahan selama sampai ke minggu kedua sahaja.
Mengulas mengenai penyingkiran Iqbal, juri tetapnya, Ajai berkata, Iqbal merupakan peserta yang tepat untuk meninggalkan pentas Big Stage 2022 bagi minggu lalu.
“Dia merupakan orang yang betul untuk meninggalkan Big Stage 2022… Bukan nak katakan dia tidak betul, tetapi itu sudah peraturannya.
“Bukan hanya pada juri semata-mata, malah orang luar pun tahu apabila mendengar (persembahan Iqbal). Dia ada atau tidak dalam pertandingan, sama sahaja sebab kita masih menjalankan tanggungjawab sebagai juri.
“Sudah-sudahlah dengan kecaman. Setiap individu perlu menjaga maruah masing-masing,” ulas Ajai.
Ads
Sementara bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia menasihatkan semua peserta yang masih tinggal untuk meneruskan persaingan secara kompetitif.
“Keputusan yang dibuat betul dan Iqbal sendiri mengakui semua ini. Semua harus menerima dan ia merupakan satu hal yang terbaik untuk semua pihak.
“Kepada semua peserta, mereka harus all out. Tiada siapa overshadow sesiapa. Sekarang ini masing-masing perlu tunjukkan kehebatan. Tiada istilah belum bersedia. Apabila berada di atas pentas, kena all out,” katanya.
Ads
Minggu ini, Aina Abdul diundang sebagai Juri Juara sementara Mas Idayu dan Datuk Seri Vida masing-masing menduduki kerusi Juri Pedas dan Presiden Netizen.
Setakat ini, 11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Ads
Bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Selepas satu, satu kontroversi melibatkan selebriti melepaskan hijab. Turut sama cakna dalam isu yang berlaku, ulas Noorkhiriah, tindakan netizen yang ‘like’ foto tidak berhijab sebenarnya menggalakkan individu mempamerkan aurat.
“Kawan-kawan post gambar tak tutup aurat, laju je kita like sebab cantik. Tapi sedar tak dalam diam kita tengah galakkan kawan kita untuk pamerkan auratnya lagi dan lagi,” tulisnya di laman Instagram.
Malah, pelakon Nur ini juga berharap agar netizen dapat membuat teguran secara berhemah.
“Kalau kita sayang kawan kita, direct message lah dia secara berhikmah, sekurang-kurangnya kita dah buat satu amar makruf nahi munkar, kita kan nak masuk Syurga sama2,” ulasnya lagi.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Mia Ahmad yang kini sedang hamil anak kedua.
Gembira kerana kandungannya kini mencecah usia empat bulan, Mia seperti yang dipetik Harian Metro memberitahu, dia bersyukur kerana setakat ini, dirinya tidak mengalami alahan yang teruk.
“Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia empat bulan. Saya mula dapat tahu hamil ketika menggunakan alat ujian kehamilan dan ia positif.
“Saya bersyukur kehamilan kali ini tidak mengalami alahan yang teruk berbanding kehamilan anak sulung. Kali ini saya lebih kuat dan masih boleh keluar serta melakukan kerja,” katanya yang dijangka bakal melahirkan anak keduanya Jun depan.
Berkongsi mengenainya dengan lebih lanjut, pelakon ini turut berdoa agar semuanya dipermudahkan selain meminta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
“Saya berharap proses kehamilan dipermudahkan dan doakan yang baik-baik. Soal jantina saya tidak kisah.
“Saya serahkan semuanya kepada rezeki dan takdir. Saya okay saja,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017 dan hasil perkahwinan itu, keduanya dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa yang kiri berusia 14 bulan.
Foto: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!