Setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang, pasti lebih akan merasai apa yang dimaksudkan dengan kehilangan.

Lebih 19 tahun tanpa kasih sayang seorang bapa, pelakon Nur Fazura Shariffudin atau sinonim dipanggil Fazura ada membuat perkongsian rasa, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Allahyarham.

Menerusi perkongsian bintang filem Pisau Cukur itu, Fazura mendedahkan sisi keperibadian bapanya yang sangat penyayang dan penyabar.

“Al-Fatihah. Hari ini merupakan hari lahir arwah papa. He would’ve been 63 years old today! 19 tahun pemergian lelaki paling penting di dalam hidup saya pada 14hb September 2000 yang telah membesarkan, mendidik dan menyayangi saya lebih dari dirinya sendiri.

“Pemergian beliau secara mengejut membuatkan saya hilang kekuatan dan tempat bermanja. Sebagai anak perempuan tunggal dari 4 beradik, saya pastinya amat rapat dan manja dengan arwah papa.

“Arwah juga sepanjang hidupnya selalu bersabar dengan segala kerenah saya terutama sewaktu usia remaja. Tetapi sikap penyabar, sentiasa positive, penyayang, serta sering melihat orang lain dengan kasih-sayang itu akan terus menjadi panduan dalam hidup saya,” kongsi Fazura.

Malah, Faz juga ingat akan pesan yang selalu dititipkan dari arwah kepada dirinya.

Ads

“Arwah juga sering berpesan.. Sentiasa lah berbuat baik pada orang lain kerana perjalanan hidup kita masih jauh.. kita tidak tahu apa pula yang akan menimpa kita akibat kata-kata atau perbuatan tidak baik yang kita lakukan.

“Tidak mengerti bagaimana saya mampu teruskan hidup tanpa tempat bermanja dan hanya dengan memori papa, Allah SWT yang maha penyayang lagi maha mengasihani telah siap merancang pengganti terbaik yang dapat mengisi kekosongan itu,” maklum Faz.

Di samping itu, pelakon berusia 35 tahun itu turut menjelaskan, suaminya, pelakon Fattah Amin hampir sama dengan sikap bapanya.

“Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.

Ads

“Sifat-sifat yang ada dalam diri suami saya juga banyak menyerupai arwah papa. Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih, maha mengasihani dan hanya Allah SWT perancang terbaik dalam kehidupan kita semua.

“Semoga kita sentiasa redha, sabar dan yakin akan ketentuan Allah SWT. I miss you every second and wishing you’d still be here with us, wishing I could shower you with everything you’ve given me all my life. I love you beyond words.

“Semoga kita bertemu lagi di Jannatul Firdaus. InsyaAllah.. Amin. Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat papa Faz ya? Happy Birthday my Papa forever.. Sharifuddin bin Adnan.”tulis Fazura.

View this post on Instagram

Al-Fatihah. Hari ini merupakan hari lahir arwah papa. He would’ve been 63 years old today! 19 tahun pemergian lelaki paling penting di dalam hidup saya pada 14hb September 2000.. yang telah membesarkan, mendidik dan menyayangi saya lebih dari dirinya sendiri. Pemergian beliau secara mengejut membuatkan saya hilang kekuatan dan tempat bermanja. Sebagai anak perempuan tunggal dari 4 beradik, saya pastinya amat rapat dan manja dengan arwah papa. Arwah juga sepanjang hidupnya selalu bersabar dengan segala kerenah saya terutama sewaktu usia remaja. Tetapi sikap penyabar, sentiasa positive, penyayang, serta sering melihat orang lain dengan kasih-sayang itu akan terus menjadi panduan dalam hidup saya. Arwah juga sering berpesan.. Sentiasa lah berbuat baik pada orang lain kerana perjalanan hidup kita masih jauh.. kita tidak tahu apa pula yang akan menimpa kita akibat kata-kata atau perbuatan tidak baik yang kita lakukan. Tidak mengerti bagaimana saya mampu teruskan hidup tanpa tempat bermanja dan hanya dengan memori papa, Allah SWT yang maha penyayang lagi maha mengasihani telah siap merancang pengganti terbaik yang dapat mengisi kekosongan itu. Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya. Sifat-sifat yang ada dalam diri suami saya juga banyak menyerupai arwah papa. Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih, maha mengasihani dan hanya Allah SWT perancang terbaik dalam kehidupan kita semua. Semoga kita sentiasa redha, sabar dan yakin akan ketentuan Allah SWT. I miss you every second and wishing you’d still be here with us, wishing I could shower you with everything you’ve given me all my life. I love you beyond words. Semoga kita bertemu lagi di Jannatul Firdaus. InsyaAllah.. Amin. Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat papa Faz ya? 🙏🏻 Happy Birthday my Papa forever.. Sharifuddin bin Adnan. ❤️💐

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Ads

Lantas, perkongsian pelakon yang berasal dari Pekan, Pahang ini menjadi perhatian daripada peminatnya.

Rata-ratanya tersentuh hati apabila membaca nukilan Fazura buat bapa tercinta.

Ajal & Jodoh Rahsia Allah…Fazura Dedah Hari Lahir Fattah Sama Tarikh Pemergian Bapa

MH mendoakan agar Fazura terus cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.

Diharapkan Fazura dan dan suami juga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Foto : Instagram Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI