Penangan Anugerah Juara Lagu 33 cukup panas. Lepas satu, satu cerita keluar.
Terbaru, fesyen penyanyi muda, Sarah Suhairi menjadi antara topik perbualan pencinta muzik gara-gara mengenakan baju yang dilihat tak kena gaya.
Siap ada yang kata, inilah maksud sebenar ‘berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.”
Lebih teruk ada netizen yang membayangkan fesyen ini dikatakan seperti penyakit buasir hinggap di bahu.
Netizen meninggalkan pelbagai luahan rasa di ruangan komen dan disambut dengan tenang oleh penyanyi Pedih ini.
Malah, juara Big Stage musim pertama ini turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati memilih designer pada masa depan.
Walau bagaimanapun, penampilannya pada malam itu cukup disenangi kerana berpakaian mengikut syariat, bak kata netizen.
Sarah tampil menghiburkan penonton dengan lagu Seribu Impian gandingan bersama Nabila Razali dan Ismail Izzani.
Foto – Instagram Sarah Suhairi