Penyanyi Ernie Zakri berkongsi sedutan versi pertama lagu sulung ciptaannya bersama Sharon Paul, Gundah menerusi IG TV di Instagram miliknya pada Sabtu.
Sambil mendengar alunan merdu nyanyiannya, kapsyen yang ditulis Ernie juga turut mencuri perhatian.
Jelasnya, dia pertama kali menulis lagu ini sekitar tahun 2016 lalu, namun awalnya tidak berjaya menghabiskan lagu berkenaan kerana segan dan malu.
“My 1st ballad song that I wrote back in 2016-2017. Wanted to write my own story, but somehow I couldn’t do it, segan.
“@sharonpaul_msia berjaya yakinkan saya untuk sit down with her and finish this song. She asked me, kenapa sedih sangat, lagu ni pasal apa? Yang saya mampu bagi jawapan adalah dengan gelak je.Sebab malu nak cakap.
“But, I know many of us can relate to my story. Sebab sebilangan daripada kita mesti pernah merasa kehilangan yang takkan terganti.
“Sebab tu saya rasa perlu untuk saya ceritakan tentang kisah cinta mereka berdua ini, my lovely grandparents.
“Lagu ni untuk semua orang yang merasai cinta sebenar-benar dengan manusia yang dipinjamkan olehNya,” tulisnya.
Ernie mempertaruhkan Gundah di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), bersaing bersama 11 buah lagu terpilih lain.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar peminat terhibur dan percaya rezeki.
“Semoga esok semua terhibur. Saya nak nyanyi baik baik je. Selebihnya, rezeki daripada Allah SWT.
“Terima kasih untuk sambutan #GUNDAH . Lagu pertama saya, dan tidak akan jadi lagu terakhir. I’ll be back with more songs,” azamnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut meniupkan kata semangat buat Ernie dan mendoakan agar persembahannya di AJL35 dipermudahkan.
Entri berkenaan sehingga kini telah pun didengari hampir 40,000 kali.
Foto: Ernie Zakri