Aju Success diumumkan sebagai bintang yang tersingkir minggu ini di pentas Gegar Vaganza (GV) 7 sekaligus kadas untuk mara ke pusingan suku akhir minggu hadapan.
Aju menyanyikan lagu Hanya Rindu yang dipopularkan oleh Andmesh Kamaleng memperoleh markah paling rendah iaitu sebanyak 57.80% pada minggu ini.
Dua lagi bintang yang berada pada kedudukan tiga terbawah ialah Ayu Damit (58.80%) dan Cliff Umar (58.20%).
Sementara Oja mencipta sukses sendiri dengan menduduki tempat teratas dengan markah sebanyak 73.70 peratus seterusnya merangkul Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi secara automatik.
Berikut ialah carta markah kesemua peserta yang diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan minggu ini, Ad Samad dan Saiful Apek;
Noraniza Idris pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi manakala Linda Nanuwil menjadi penerima Anugerah CUCKOO Healthy Home.
Menerusi segmen Kongsi Rezeki, Farm Fresh dan Astro menziarahi artis 80-an Zainal, ahli kumpulan Rampa.
Saingan suku akhir GV7 minggu hadapan bertemakan ‘GV Throwback’ yang mana kesemua peserta yang masih dalam saingan perlu membuat persembahan lagu-lagu alumni GV.
GV7 dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedondon Berkain Songket Bak Putera & Puteri Raja, Ini Sekitar Momen Indah Majlis Sanding Tasha Shilla, Atiq Idris
Semalam, pelakon Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Muhammad Atiq Idris 33, dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi kira-kira jam 9.59 pagi Jumaat.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni.
Terdahulu, keduanya ini sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas dan malam tadi, majlis resepsi telah pun dilangsungkan dengan cukup meriah.
Diraikan keluarga serta teman rapat pada majlis raja sehari, pasangan mempelai tampak berseri-seri sambil mengayakan busana tradisional kontemporari sedondon dalam material songket.
Turut menjadi saksi penyatuan dua jiwa, tema persandingan yang cukup intim sepertinya mengangkat warisan budaya Melayu begitu menarik perhatian tetamu yang hadir.
Malah, tarian tradisional juga menggamit memori indah majlis resepsi pasangan pengantin ini yang dilangsungkan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Tasha menerusi Instagram ada berkongsi momen menarik sepanjang majlis, sambil memberikan kredit kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga keduanya kekal bahagia hingga jannah.
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
Foto: Instagram Tasha Shilla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Terhibur Aaisyah Tersengih Lihat Perangai Lucu Che Ta Minta Ciuman Daripada Zain Saidin
Fesyen dan gaya raya selebriti pastinya dinanti-nantikan peminat setia mereka.
Antara yang pastinya bergaya sakan sudah tentunya pelakon Rozita Che Wan yang selalu tampil sedondon dengan suami, Zain Saidin dan tiga anaknya.
Tampil sedondon dengan baju raya berona biru muda, Rozita atau Che Ta kelihatan menawan menggayakan busana rekaan Fizi Woo.
Selain berkongsikan gambar photoshoot raya keluarga, Che Ta turut memuat naik video saatnya bersalaman memohon kemaafan daripada suami tercinta sambil disaksikan anak-anaknya.
Menariknya, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka terhibur dengan gelagat bersahaja anak perempuan Che Ta, Aaisyah Dhia Rana saat Che Ta bergurau mesra meminta ciuman daripada Zain.
“Comel je Aaisyah dok renyeh tengok kelaku mummy dia.
“Aaisyah perhati je tu mummy.
“Aaisyah tengok macam tak puast hati tu.. hehe.
“Aaisyah bahagia tengok parent dia,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Che Ta berkahwin dengan Zain pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia sembilan tahun.
Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 27, dan Aniq Ezra, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nabila Razali Tak Biasa Dipanggil ‘Puan’, Sambal Jawa Bakal Jadi Menu Pertama Buat Suami
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali akui masih membiasakan diri dengan perubahan statusnya yang kini sudahpun bergelar isteri orang
Menurut Nabila, ada kalanya dia berasa janggal bila ada yang memanggilnya dengan gelaran puan.
“Baru-baru ini saya ada membuat persembahan di majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM). Saya merupakan alumni di univesiti tersebut.
“Kemudian, ada yang menyapa saya dengan panggilan puan. Pada mulanya saya terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan?
“Lalu orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar,” katanya sambil ketawa.
Nabila berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran koleksi tudung Nada x Nabila Razali yang berlangsung di Restoran EL & N London, Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua ini turut memaklumkan dirinya juga boleh melihat perubahan kelakuan para peminat bila menegurkan selepas mendirikan rumah tangga.
“Dulu ramai lelaki akan menegur saya dengan simbul tangan ‘mini love’ dan memanggil saya dengan gelaran Nabila ‘cumi-cumi’.
“Tetapi bila saya sudah berkahwin, kebanyakkan mereka tidak lagi tegur seperti itu. Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya. Mereka hanya senyum dan melambai sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nabila memaklumkan sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk memasak buat suami memandangkan jadualnya yang padat.
Katanya lagi, dia ingin menghidangkan sambal jawa sebagai menu pertama buat suami kesayangan.
“Saya baru sahaja berpindah ke rumah suami dalam dua minggu. Saya masih lgi dalam proses memindahkan barang. Sekarang ini, kami banyak dating di luar lagi.
“Lagipun, kami juga belum berkenalan lama dan masih dalam fasa mengenali hati budi. Senang cerita, kami ini bercinta selepas menikah.
“Saya nak masakkan dia sambal jawa. Saya tahu masak menu tersebut tapi belum pernah buat untuk orang lain. Lain orang, lain tekaknya.
“Sambal jawa ni orang yang betul-betul mahir sahaja boleh buat. Ibu saya pandai buat masakan jawa. Jadi, saya risau juga tapi suami saya terbuka untuk mencuba apa sahaja yang saya masak,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, dengan sekali lafaz pada tanggal 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI