Pelakon Noorkhiriah menerusi salah satu posting di Instagram ada berkongsi rasa mengenai isi hatinya.
Entri foto yang merakamkan gambar ayat-ayat suci Al-Quran itu ditinggalkan bersama kapsyen yang cukup menjentik hati.
Kongsi pelakon Nur 2 ini, tiba-tiba hatinya sebak mengenangkan sebelum ini dia hanya menyelak sehelai demi sehelai ayat suci al-Quran sedangkan boleh mengadap telefon 24 jam sehari.
“Tetiba hati ni rasa sebak sangat rupanya dah lama tak pegang dia betul2, takat pegang cmtu je.
“Allah..napelah akak boleh pgg hp 24/7 sehari tapi dia..selak selai 2 je..rasa 0 hati..happy mmg happy tapi rupanya tak happy.
“Gais..ini ingatan wat akak..happy cmne idup tiba masanya pasti hati akan jadi sebak ttiber..tandanya Allah suh betul2 ingat Dia,” tulis Khiriah.
Tambahnya lagi, cukuplah apa yang dimiliki sekarang ini, malah dia turut memberi bayangan bakal bersara daripada dunia lakonan.
“Cukuplah dengan Dunia yang tak menjanjikan pape…banyak mende yg dah terasa kini..yg mana nak ke langit ke bulan silakan..akak dah taknak kemana..cukuplah dgn apa yg ada.
“Nak belajar paksa hati tuk cari bekal,tak selamanya orang sayang kita tapi Allah sampai bila2 sayang akan HAMBANYA inshaAllah akan setelkan keja apa yang patut sebelum berehat panjang
,” kongsinya panjang lebar.Jelas netizen, dunia semakin laju sehingga tidak tahu apa yang dikejar manusia. Bacalah Al-Quran walau sepotong ayat sebagai peneman di sana nanti.
Semakin menjelang Ramadan, semakin sayu rasa hati.
Foto – Instagram Noor Khiriah