Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menyaksikan penyanyi Haslinda tersingkir pada persembahan konsert minggu kedua.
Sekaligus, dia menjadi bintang pertama yang tersingkir untuk musim ke tujuh.
Konsert yang bertema Sama Naik ini, Haslinda telah menyanyikan lagu Kerana Terluka nyanyian asal Nourul Wahab.
Bagaimanapun, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak puas hati apabila penyanyi berusia 42 itu tersingkir awal di program tersebut.
“It s okey Akak…akak dah buat terbaik malam ni insyaallah ada rezeki akak diluar sana.
“Saya suka suara akak malam ni,” tulis peminat menerusi ruangan komen di Instagram.
Haslinda yang sebelum ini pernah dikenali dengan lagu nyanyiannya yang berjudul Sehati Dan Sejiwa pada tahun 1998.
Sekadar informasi, GV7 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Foto: Instagram Haslinda, Astro Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Kami Minta, Doa Ikhlas Kalian,” – Intan & Harris Teruja Dengan Anugerah, Umum Berita Gembira Jika Ada Dalam Waktu Sesuai
Pelakon Intan Ladyana menyifatkan momen disatukan sebagai suri hati kepada suami yang juga pelakon, Harris Alif dalam tempoh pandemik sebagai satu pengalaman yang cukup berharga.
Malah dalam tempoh 10 bulan bergelar sebagai suami isteri, perkongsian hidup mereka juga turut disusuli dengan kehadiran Anugerah.
Menzahirkan rasa syukur, aktres itu terharu apabila dia dan suami diberi peluang oleh Nori Malaysia Sdn Bhd. untuk memperkenalkan produk wangian mereka dibawah jenama Anugerah.
“Anugerah sudah mempunyai dua produk, iaitu Anugerah Body Mist dan Anugerah Fantasy. Malah saya dan suami juga dalam rancangan untuk memperkenalkan Anugerah Man. Ketika ini produk kami sudah berada di lapan pusat beli-belah, Aeon di seluruh negara.
“Insya-Allah pada tahun ini juga produk kami akan berada di lima lokasi lain antaranya di Pantai Timur,” katanya yang mengakui perkataan ‘anugerah’ itu sendiri mempunyai signifikan istimewa.
“Mengapa kami memilih Anugerah, sebagai jenama produk wangian kami? Sebab ia juga merupakan tajuk lagu Harris berjudul Anugerah dan lagu ini sempena hari perkahwinan kami.
“Jadi perkataan tersebut cukup istimewa buat kami berdua,” katanya lagi.
Memilih untuk mengeluarkan Body Mist berbanding minyak wangi, Intan berkata, sebagai ahli perniagaan, dia dan suami sangat berhati-hati dalam memperkenalkan produk di bawah jenamanya.
“Apabila pihak Nori Malaysia memilih kami untuk mengeluarkan produk wangian, saya dan Harris memang melihat semburab badan ini sebagai satu pilihan yang baik.
“Sebabnya fokus kami sendiri adalah untuk menghasilkan produk yang dapat menambat hati pengguna dari pelbagai peringkat umur. Kita tahu Body Mist lebih mesra pembeli, selain boleh dipakai pada bila-bila masa.
“Berbeza dengan minyak wangi yang mungkin hanya boleh dipakai pada waktu tertentu. Paling penting kami mahu Body Mist Anugerah ini mudah dibawa ke mana-mana,” kongsinya.
Sementara itu bagi Harris, dia melihat peluang yang diberikan Nori Malaysia sebagai satu cabang perniagaan yang ingin diceburinya.
“Bila Nori Malaysia tawarkan untuk jalin kerjasama, kami tidak mengambil masa yang panjang untuk setuju. Antara sebab mengapa kami yakin dengan Nori Malaysia juga kerana ramai lagi rakan artis lain turut menjalinkan kerjasama.
“Malah selepas hampir setahun berada di pasaran kami juga sudah mempunyai dua produk dan ini adalah progres yang baik,” tambahnya yang percaya rezeki.
Intan turut berkongsi, kehidupan sebagai isteri juga menuntut dia untuk lebih teliti sebelum menerima apa-apa tawaran dalam memastikan tidak mengganggu tanggungjawab utamanya.
“Memang ada yang berubah selepas berkahwin pastinya keutamaan saya kepada keluarga kini. Pada tempoh sekarang juga saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
“Fokus saya kini bukan kepada kerjaya sahaja tetapi juga keluarga, jadi saya perlukan kehidupan yang seimbang. Sebab itu saya agak memilih tawaran selepas berkahwin. Tetapi Alhamdulillah rezeki selepas berkahwin itu lebih murah,” jelasnya.
Ditanya mengenai desas-desus Intan yang kini sedang berbadan dua, Harris berjanji akan berkongsi berita gembira tersebut bila tiba masa sesuai.
“Tiada apa yang boleh saya kongsi lagi, tetapi saya berjanji kalau ada waktu yang sesuai untuk kami kongsikan berita yang gembira kami akan berbuat demikian.
“Cuma buat masa ini, apa yang kami minta daripada peminat di luar sana adalah doa-doa ikhlas kalian. Terus doakan kebahagian saya dan Intan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Sudah Cukup bersedia, Saya Akan Kongsikan,” – Hisyam Hamid Ulas Status Rumah Tangga
Pelakon Hisyam Hamid masih belum bersedia untuk mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya bersama isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel ketika ini, selepas timbul dakwaan sedang ditimpa ujian.
Mengharapkan yang terbaik, Hisyam, 39, menjelaskan dia perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum berkongsi kisah peribadi kepada umum.
“Dalam setiap perkahwinan sudah tentu ada pasang surutnya. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya belum bersedia untuk mengulas tentang perkara ini.
“Tunggulah apabila saya sudah cukup bersedia, saya akan kongsikan. Banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Terutamanya melibatkan soal jaga hati dan perasaan anak-anak.
“Saya faham sebagai public figure, orang nak tahu tentang diri kita. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya dan ada juga yang mendoakan,” katanya kepada MH.
Hisyam berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka & Sambutan 25 Tahun Global Stesen Sdn Bhd di Kemensah Heights, Kuala Lumpur, malam tadi.
Dalam pada itu, Hisyam mengakui hubungannya bersama Rosmawati masih baik malah mereka sekeluarga turut meraikan Aidilfitri bersama pada April lalu.
Aktor itu menambah, isterinya juga kini masih menguruskan kerjaya seninya.
“Hubungan kami sampai sekarang masih okay. Hari raya tempoh hari pun kami keluar bersama anak-anak, tiada masalah daripada segi hubungan.
“Malah dia (isteri) masih menguruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Tiada masalah,” katanya lagi.
Pada Oktober tahun lalu, Hisyam pernah menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia dan isteri sudah berpisah.
Kata Hisyam, dia mengambil pendekatan untuk menjaga nilai eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.
Bagaimanapun, status rumah tangga pelakon asal Singapura itu masih lagi menjadi bualan netizen sehingga kini.
Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semuanya Salah! Serba Tak Kena!” – DSV Beri ‘Bayangan’ Akhirnya Berjaya Buang..
Sebut je Qu Puteh, pasti anda terbayangkan pengasasnya yang vogue dan mempunyai mulut ramah jika berceloteh. Kebelakangan ini Datuk Seri Vida sekali lagi meraih perhatian netizen dengan penampilan terbaharu yang lebih langsing.
Aura usahawan kosmetik, Vida membuatkan dirinya mempunyai pengaruh dan peminatnya tersendiri. Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Vida teruja apabila melihat usahawan itu sudah berjaya menurunkan berat badan.
Turun Berat Badan Salah, Berisi Lagi Salah
Selain itu, kapsyen Vida menerusi hantaran pada laman Instagram miliknya, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sememangnya sudah berjaya membuang ‘lemak tepu’ di badannya.
“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulis Vida ringkas.
Kurus Sebab ‘Bariatric Surgery’ Ke?
Meninjau keruangan komen, terdapat komen-komen ‘nakal’ dari netizen yang memoersoalkan adakah pelantun suara lagu Ku Ikhlaskan itu telah menjalani pembedahan bariatrik atau lebih popular dengan panggilan pembedahan potong usus atau perut.
“Datuk buat bariatric surgery ke? Wah tak lama lagi slim melim laa kan lagi cun,” tanya pengikutnya.
Menolak dakwaan dirinya melakukan pembedahan demi menguruskan berat badan, Vida sempat meninggalkan komen balas secara ringkas terhadap persoalan yang diajujan oleh peminatnya itu.
“Tak, no no,” jawabnya ringkas.
Netizen Puji Penampilan Terkini Vida, Tampak Elegan!
Namun, rata-rata netizen memuji penampilan terkini Vida yang kelihatan semakin cantik dan ayu, menyerlahkan kelas Vida yang tersendiri dan tampak lebih elegan.
“Pakaian dan make-up simple macam ni dah cukup cantik dan ayu Datuk.
“Pakai barang kemas yang simple jangan pakai hok besar-besar tu tak cantik.”
“Sukanya Datuk pakai macam ni. Lebih nampak style orang kaya, elegan gitu.”
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram DSV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI