Bintang versatil, Adibah Noor turut menitipkan kata atas pemergian rakan selebriti, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32.

Menerusi Instagram, ucapan serta perkongsian dari penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu nyata menjentik hati ramai.

“Akak ingat lagi dik..tatkala kau laungkan “gemok itu awesome”, ada orang terus offer diri untuk bantu kau “kurus dan sihat”. waktu itu, berlaku juga pertikaman hujah di antara yang terinspirasi oleh mu dan “pakar-pakar” kesihatan.. sedangkan kami lebih faham apa yang kau maksudkan.

“Kau sering diberikan task dalam rancangan2 lawak.. yang pasti menyusahkan utk kau bangun dari duduk/baring.. namun kau buat juga.. sebab kau tau.. itu akan menggeletek semua orang,” tulisnya.

Ads

Pada masa sama, Adibah turut menyifatkan arwah seorang yang berhati mulia dan Allah lebih menyayanginya.

“Kau berhati dan berjiwa mulia dik. kau terer. kau memang AWESOME. Tu sebab Allah sayang kau lebih daripada kami semua.

Ads

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai abam. Terima kasih Allah kerana meminjamkan insan ini buat kami melepaskan lelah, menghibur hati lantas lupa seketika segala belenggu, memberi inspirasi kepada kami melalui kerja dan ibadahnya.

“Kau ampunkanlah segala dosanya ya Allah, tempatkanlah dia di kalangan para solihin ya Allah dan kurniakanlah kekuatan buat ahli keluarganya untuk menempuhi kehidupan tanpanya ya Allah. Al-Fatihah,” kongsinya lagi.

Ads

View this post on Instagram

akak ingat lagi dik.. tatkala kau laungkan "gemok itu awesome", ada orang terus offer diri untuk bantu kau "kurus dan sihat". waktu itu, berlaku juga pertikaman hujah di antara yang terinspirasi oleh mu dan "pakar-pakar" kesihatan.. sedangkan kami lebih faham apa yang kau maksudkan. kau sering diberikan task dalam rancangan2 lawak.. yang pasti menyusahkan utk kau bangun dari duduk/baring.. namun kau buat juga.. sebab kau tau.. itu akan menggeletek semua orang. kau berhati dan berjiwa mulia dik. kau terer. kau memang AWESOME. tu sebab Allah sayang kau lebih daripada kami semua. salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai abam. terima kasih Allah kerana meminjamkan insan ini buat kami melepaskan lelah, menghibur hati lantas lupa seketika segala belenggu, memberi inspirasi kepada kami melalui kerja dan ibadahnya. Kau ampunkanlah segala dosanya ya Allah, tempatkanlah dia di kalangan para solihin ya Allah dan kurniakanlah kekuatan buat ahli keluarganya untuk menempuhi kehidupan tanpanya ya Allah. ameen. al fatihah.

A post shared by adibahnoor (@adibah_noor) on

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak awal pagi Isnin. Arwah meninggalkan isteri, Nor Hidayah yang dikahwininya pada 2017 serta seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Foto: Instagram TV3 Malaysia, Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI