
Penyanyi Adira menitipkan ucapan selamat hari jadi buat rakan artis, Bella Astillah yang kini genap 30 tahun usianya.
Sambil memuat naik video dirinya yang berada di sisi Bella ketika detik awal isu hangat membabitkan suaminya, Aliff Aziz diperkatakan, Adira turut mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Selamat ulang tahun adikku. Akak doakan yang paling terbaik untuk adik dan anak-anak.
“Akak nak adik tahu yang akak akan selalu ada kalau adik perlu akak. Akak sayang adik dunia akhirat,” tulisnya.
Perkongsian yang dimuat naik Adira itu pantas menerima reaksi pelbagai warganet yang rata-ratanga turut memberikan ucapan sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Baru Loading Barang, Tak Boleh Sabar Ke Lahanat,” – Premis Didakwa Ganggu Lalu Lintas, Lan Solo Ajak Pengadu Bersemuka!

Penyanyi, Lan Solo mendedahkan dirinya baru sahaja menerima surat saman daripada pihak majlis bandaraya selepas mereka dimaklumkan telah menerima aduan yang mendakwa premis kedai runcitnya telah menghalang lalu lintas.
Jelas Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, individu yang membuat aduan tersebut dipercayai penduduk di kawasan sekitar.
“Assalamualaikum, hari ini saya kena saman lagi. Ada orang complain lagi fasal kedai saya. Katanya saya menghalang lalu lintas di jalan raya.
“Orang yang complain tu pun yang ada disekeliling ini juga. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Apa masalah kau sebenarnya. Aku cari makan je kot.
“Dah la dengan musim PKP lagi. Sales pun tak menentu. Sekarang ni kalau kau tak puas hati dengan aku atau kedai aku kau bagitahu je,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan bekas vokalis kumpulan Kristal itu menerusi sebuah video berdurasi hampir dua minit yang dimuatnaik di laman Instagram.
Katanya lagi, sekiranya ada mana-mana pihak yang kurang berpuas hati dengan dirinya, dia berharap agar individu tersebut tampil bersemuka.
“Kau tak payah nak complain dekat majlis bandaraya sampai susahkan diorang kena datang tengok keadaan. Nak keluarkan saman lagi.
“Saya tak kesah sebab diorang buat kerja diorang. Tapi kau tu kenapa?
“Tak habis-habis. Aku rasa dah berapa kali dah aku kena macam ni. Orang Melayu kot nak meniaga. Majlis Perbandaran Subang Jaya dah ambil tindakan.
“Kau puas hati kan? Terima kasih banyak-banyak. Semoga urusan kau dipermudahkan dunia akhirat,” jelasnya lagi.
Menerusi entri berasingan, Lan menjelaskan sejak awal pagi tadi, dia bersama para pekerjanya sedang sibuk menyusun barang-barang di stor dan mereka hanya meletakkan barangan tersebut di kaki lima buat sementara waktu
“AKU BARU LEPAS LOADING BARANG. BUKAN AKU PARKING BARANG. KAU MEMANG DAH TAK BOLEH SABAR KE LAHANAT. AKU PON DAH RASA HILANG SABAR DENGAN BINATANG MACAM KAU NI.
“TAK SUSAH KALAU KAU NAK CARI AKU. MUSIM PKP NI AKU TAKDAK SHOW. AKU ADA JA KAT KEDAI.
“DATANG SINI BAGITAU AKU APA YANG KAU TAK PUAS HATI SAMPAI NAK KACAU TEMPAT AKU CARI REZKI,” akhirinya.
Sumber: Instagram Lan Solo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yahooo! I Can Go Out Already,”- Hari Terakhir Pantang, Ini Reaksi Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia melalui fasa berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, 1 Oktober lalu.
Khabar gembira tersebut telah dikongsi oleh Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy menerusia akaun Instagram miliknya.
Malah, Elfira juga berkongsi rasa gembira untuk menjalani kehidupan seharian seperti sedia kala.
“Assalamualaikum semua , today is the last day of my mom’s confinement. Yahoooo! I can go out already . @muhamadrayyankhalafofficial,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan bayi lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf.
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari lalu.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Banyak Perkara Nak Cakap Pada Dia, Tapi Buat Masa Sekarang Nak Ucapkan Terima Kasih,” – Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan suaminya yang juga penyanyi, Syamel sebagai lelaki yang penyabar dan sangat memahami.
Malah, penyanyi Tak Kan Terlerai itu juga banyak membantu di dalam hal berkaitan persiapan perkahwinan mereka.
Atas hal tersebut, Ernie, 29, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berterima kasih kepada suami tersayang, selain mendedahkan Syamel juga seorang yang relak.
“Saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih banyak kepada Syamel kerana dia seorang yang sangat memahami. Dia juga sabar walau apa pun cabaran ditempuh, terutama hal nak kahwin ini.
“Dia orang yang paling relak, tenang dan banyak menenangkan saya. Dia selalu cakap tak apa benda boleh selesai. Banyak perkara nak cakap pada dia, tapi buat masa sekarang nak ucapkan terima kasih pada dia,” katanya.
Meski baru sahaja bergelar pengantin baru, Ernie yang juga pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lalu memaklumkan, dia sudah pun ada komitmen dalam kerja esok.
Dia pada masa sama bersyukur apa yang dilakukan selepas ini menjadi lebih mudah memandangkan suami turut terlibat dalam industri sama.
“Perancangan, kami tetap akan terus bekerja. Esok saya sudah bekerja dan lusa pun kami sudah mula bekerja. Jadi, saya berasa macam perancangan dari sudut kerjaya tentu saja akan terus aktif dan lebih aktif sebab senang sudah boleh bergerak bersama.
“Saya berasakan kami akan lebih aktif sebab dapat keizinan suami. Alhamdulillah. Kehidupan selepas kahwin pula, sama saja macam orang lain. Masing-masing akan cuba sesuaikan diri,” katanya.
Sementara itu ketika berkongsi mengenai saat diijab kabul, Ernie mengakui gementar selain sedih apabila tidak dapat meraikan momen indah bersama keluarga lain disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Perasaan masa nak nikah, sangat gementar. Dalam masa sama, saya dan Syamel berasa sedih sebab kalau boleh nak semua keluarga berada bersama kami. Tapi masa nikah hanya 20 orang saja dibenarkan berada di masjid.
“Tapi, apa-apa pun saya berasa lebih kepada terkenang kalaulah ada arwah nenek datuk saya dan Syamel ada bersama mugkin lebih bermakna.
“Sejuruh selepas sah nikah, alhamdulillah sangat lega. Selepas beberapa cabaran kami tempuhi, sebab banyak pasangan juga tempuh cabaran sama terutama cabaran masa Perihkah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), agak sukar daripada ketika normal dengan SOP dan dokumentasi semua.
“Tetapi saya gembira dan lega sangat apabila semuanya selesai.
“Perasaan nak pikul tanggungjabwa baharu, sejujurnya masih belum ada rasa apa-apa. Mungkin sebab belum lalui lagi. Tapi, insya-Allah doakan semoga segala urusan saya dan Syamel dipermudahkan.
“Terutama selepas berkahwin kerana kami berdua ada kerjaya sama. Jadi, persefahaman itu lebih sedikit untuk kami berdua,” katanya lagi.
Terdahulu, pasangan selebriti itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang dilangsungkan di Masjid Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor, kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan juru nikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Pada majlis itu, Syamel menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian beserta lima dulang hantaran. Manakala pihak Ernie membalas dengan tujuh dulang.
Menzahirkan rasa teruja dan gembira, pasangan raja sehari itu turut bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Syamel dan Ernie sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.
Foto: Instagram Ernie Zakri, Syamel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI