Selain memberi sepenuh jiwa raga terhadap dunia lakonan, Maya Karin juga dilihat cukup aktif sebagai aktivis alam sekitar.
Terbaru, bintang Pontianak Harum Sundal Malam ini ada berkongsi satu kisah lucu tentang perbualannya bersama seorang jurujual saat membeli kuaci di akaun Twitter miliknya, baru-baru ini.
Jurujual tersebut bertanya mengapa tidak mahukan plastik kerana nanti kulitnya mahu buang di mana?
“Beli kuaci tadi. I bayar and ambik my kuaci and nak gerak keluar, budak cashier dah keluarkan beg plastik.
“I cakap no need, Thanks “Hah, tak nak?”. Takpe I repeated, I bawa dengan tangan je!
“Really kak? Tapi free” and then an alarmed face “Tapi mana nak buang kulit kuaci tu nanti??” Cute,” tulisnya.
Lalu, pertanyaan jurujual itu ternyata telah membuat Maya seakan tercengang seketika.
Pada masa sama, Maya turut merasakan tindakkan jurujual tersebut bertanyakan soalan sedemikian sebagai comel.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur selain memuji tindakkan Maya yang ingin mengurangkan penggunaan plastik.
Pada MH, kisah Maya ini harus dicontohi oleh semua pihak agar lebih peka supaya dapat mengurangkan kebergantungan kepada plastik.
Tapi ada betul juga kata jurujual tu. Maya nak buang dekat mana ya?
Sumber: Instagram Maya Karin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI