Pelakon Nadzmi Adhwa menitipkan ucapan hari lahir buat isteri tercinta, Ardell Aryana yang kini sedang sarat hamil lapan bulan.
Kongsinya, sebatang tebu inilah hadiah paling berharga dapat dihulurkan buat kekasih hati di saat seluruh negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Dia turut berkongsi keterujaan dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Full video di Youtube Official AdhwArdell. Nak masuk sini panjang sangat. Ini hadiah yang termahal saya dapat hadiahkan untuk awak sayang.
Selamat Hari Lahir Sayang. Dirimu adalah hadiah terbaik yang dikirimkan Tuhan untukku. Jangan pernah berputus asa kerana aku akan selalu ada di sampingmu.
Ads
“Semua bintang berkilauan, tapi hanya satu yang paling bercahaya. Itulah dirimu, isteriku. Selamat Hari Lahir.
“Nanti akan ada seorang anak kecil yang akan memanggilku Ayah. Tentu itu adalah hadiah yang tidak bisadigantikan oleh apapun.
“Dan Hanya bersamamu aku dapat mewujudkannya. Terima Kasih isteriku. Pastikujaga Kamu yang ada di rahim ibumu sepenuh hati.
Ads
“Sebab kalian berdua adalah alasan untuk aku terus berjuang. Tidak ada masalah lelah dalam hari-hariku.
“Asal mampu mendengar suara tangisannya suatu saat nanti. Lets grow old together my love. Terima lah hadiah yang tak seberapa dari saya ini.
Ads
“Sedih tak dapat nak buat suprise yang best untuk awak. Lepas PKP ya kita kita celebrate lain ya. Happy Birthday Sayang ! @ardellaryana,” kongsi Nadzmi.
Terdahulu, Nadzmi telah mendirikan rumah tangga bersama Ardell pada tanggal 1 September 2019 dan kini sedang menghitung hari menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Foto : Instagram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan pelakon, Ain Edruce merakamkan rasa syukur atas kejutan hari jadinya yang ke-27.
Menyambut hari lahir pada 4 Ogos lalu, bintang 30 Pesanan Suara ini turut berkongsi foto sekitar yang turut diraikan oleh rakan selebriti seperti Issey, Ammar dan Qalisya Ray.
“Ada jugak org sayang kan aku.. hmmm. Hahahah. Thanks semua,” tulisnya ringkas menerusi salah satu posting fotonya.
Turut hadir pada sesi kejutan hari jadi tersebut ialah tunang kepada Ain, Amirul Hafiz dan para peminatnya turut menitipkan ucapan menerusi ruangan komen.
Sekadar imbasan, pasangan ini bertunang Jun lalu dan Ain dan bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 13 Disember depan.
Mengikut persetujuan keluarga perempuan dan lelaki, majlis resepsi di sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada 14 Disember, manakala acara menyambut menantu pula seminggu kemudian.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...