Setelah keakrabannya bersama pengasas kosmetik sensasi Nur Sajat didakwa telah mulai renggang, jurulatih kecergasan dan usahawan Coach Yin ada berkongsi tips untuk bangkit daripada kegagalan dalam hubungan.
Kongsi Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrinn Mohd Adnan berkongsi tips tersebut bersama pengikut di akaun media sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.
“Tips utk anda y sedang putus cinta jgn bersedih Dan jgn menyendiri..pergi keluar dgn kwn2.benda y lepas jgn dikenang.ape y anda perlu buat adalah,ubah gaya hidup anda.
“InsyaAllah, akan ada yang lebih baik akn datang dlm hidup anda,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Coachyin (@coach_yin) on
Bagaimanapun, perkongsian bintang media sosial itu telah menjadi perhatian netizen, seterusnya pelbagai reaksi yang ditinggalkan mereka.
Dalam komen positif, ada juga yang turut memberi kata-kata sindiran terhadap perkongsian berkenaan.
Terdahulu, Coach Yin ada mendedahkan hubungan Sajat bersama seorang jejaka yang asal dari Lubnan.
Foto: Instagram Coach Yin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ahya Rosli Sedia Jadi Bapa, Ucap Terima Kasih Buat Ibu Normah Damanhuri Atas Doa – “2 Tahun Lepas Doa Minta Kat Allah Nak Baby Bila Dah Ready.”
Pelakon dan model, Ahya Rosli mengakui berasa amat teruja menanti detik kehadiran cahaya mata sulung dalam keluarga.
Jelas Ahya, selepas hampir dua tahun melayari bahtera perkahwinan, mungkin kini sudah tiba masanya untuk dia menggalas tanggungjawab yang lebih besar.
“Dua tahun lepas masa kahwin memang doa minta kat Allah nak baby bila dah ready. Ni dah tiba masa jadi papa dah. Hahaha.
“Alhamdulillah. Thank you ya Allah. Mama paling happy sekali tak sabar dapat dua terus cucu tahun 2022,” tulisnya.
Rasa gembira itu dikongsikan oleh anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ahya turut menitipkan ucapan terima kasih bukan sahaja buat para peminat tetapi seluruh ahli keluarga yang tidak jemu-jemu mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan isteri.
“Thank you mama sentiasa doa yg terbaik utk Ahya and Shahirah. Yang paling excited macam biasa kakak Ahya yang number 4. Love you akak @lianarosli_official love u @ujigorgy @kmbeauty_hq @sweetdara_masterstokis_kl love u sooo much.
“Terima kasih kepada semua yang wish Ahya tak dapat nak reply semua. Semoga semua baik-baik sihat dan happy sentiasa.
“@slimbellyofficialhq bidadariku semoga sihat sentiasa cantik. Sayang baby sangat,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buah Ahya dan juga isteri.
Terdahulu, Ahya dan isterinya, Shahirah Sanusi telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Mac 2019 dalam majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram Ahya Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Boleh Kot Naikkan Nafkah Bulanan I,” – Rare Sungguh! Lihat Cara Lan Solo & Isteri Beri Dedikasi Sempena Anniversary Ke-11
Penyanyi, Lan Solo ada menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-11.
Bersama entri berkenaan, Lan turut berkongsi foto bersama isterinya, Sheila Razlan sewaktu perkenalan mereka di alam persekolahan.
Menurut Lan, mereka telah berkenalan hampir 10 tahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.
“Kenai awek sebelah ni awai tahun 1999. Kawan sekolah kan. Kapel terus. 10 tahun jugak la tempoh perkenalan sebelum ke jinjang pelamin. Dugaan dia..fuhhh.
“Tapi itulah namanya jodoh. Alhamdulillah. 5 Disember 2009 adalah tarikh kami berdua diijab kabul.
“Dan tahun ni adalah ulang tahun perkahwinan ke 11 kami. Yeay! Happy anniversary sayang, Sheila Razlan. Love you sampai jannah! Amin,” tulisnya di Instagram.
Menerusi sebuah entri berasingan, Sheila juga ada mendedikasikan ucapan bersempena hari istimewa mereka itu.
Sheila secara berseloroh memberi tahu, memandangkan tarikh keramat mereka itu jatuh pada setiap 5 hari bulan, dia berharap agar Lan tidak lupa untuk melunaskan segala pembelanjaan keluarga.
“Selamat 11 tahun love! Dengan ucapan setiap 5 hari bulan jangan lupa bayar duit kereta, rumah, bil api air, sewa rumah Sabah, yuran sekolah anak, duit upah ar Rahnu, eh laa.
“Belom habis lagi, sabar. Minyak kereta tolong isi full tank, groceries, zakat, LHDN, dan paling penting dah boleh kot naikkan duit nafkah bulanan I kan? Especially bulan ni. Please. Apa lagi ek? Takpe, kalau ada teringat kang I edit lagi ucapan ni.
“Ucapan tambahan, good luck Vokal Mania malam ni. Kalau menang balik ni I masak nasi dan goreng telur untuk you. Deal? Sweet tak ucapan I? Dengan ucapan ini I harap you takutlah nak sweet-sweet dengan mana-mana perempuan dekat luar sana tu selain Nur Sheila Binti Hassim,” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah lucu pasangan tersebut selain turut mendoakan semoga Lan dan Sheila kekal bahagia hingga ke jannah.
Terdahulu, Lan dan Sheila telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Disember 2009.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff, dan Nur Aman Quxandra
Sumber: Instagram Lan Solo & Sheila Razlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Tak Jangka Langsung…,” – Penantian 15 Tahun, Remy Ishak Akhirnya Terima Trofi Pelakon Pembantu Lelaki
Pelakon popular, Remy Ishak, 39, menyifatkan penantiannya selama 15 tahun berakhir apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), malam tadi.
Menurut Remy, dia sebelum ini pernah tercalon dalam anugerah FFM sebanyak tiga kali, namun rezeki tidak berpihak padanya ketika itu
“Syukur alhamdulillah. Memang rezeki saya (menang) tahun ini. Jujurnya, bukan senang untuk terima penghargaan ini.
“Tahun ini merupakan pencalonan keempat saya dan akhirnya saya berjaya bawa pulang juga trofi berprestij ini. Tetapi saya tidak nafikan calon lain juga tidak kurang hebatnya,” kata Remy.
Tambahnya lagi, trofi yang diterima menerusi filem Sangkar menjadi suatu kenangan yang istimewa secara peribadi.
FFM31 disiarkan secara langsung di TV2 dan YouTube Finas Malaysia dari Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dalam konsep norma baharu dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Memang saya tak jangka langsung dan sampai sekarang ini pun masih menggeletar. Anugerah ini bagi saya sangat istimewa. Memang saya menantikannya,” katanya lagi.
Untuk rekod, Remy pernah tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada FFM23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2 dan kemudiannya tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM24 menerusi filem Nur Kasih The Movie.
Kali terakhir Remy tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM30 menerusi filem Pulang.
Malam kemuncak FFM31 anjuran FINAS dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) turut dihadiri dengan kehadiran YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Sebanyak 28 anugerah telah disampaikan malam tadi dan penerima Filem Terbaik FFM31 pada kali ini menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 berserta trofi.
Berikut ialah senarai penuh penerima Anugerah FFM31;
1. Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong ( Fly By Night)
2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)
3. Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika)
4. Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)
5. Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)
6. Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)
7. Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)
8. Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng ( The Garden Of Evening Mists)
9. Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)
10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab
11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Hajah Fauziah Nawi
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)
14. Film Box-Office – Ejen Ali The Movie
15. Poster Terbaik – Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)
16. Kesan Khas Visual Terbaik – VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)
17. Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)
18. Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)
19. Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng (Roh)
20. Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)
21. Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)
22. Anugerah Khas Juri 1 – filem Suatu Ketika
23. Anugerah Khas Juri 2 – filem Geran
24. Anugerah Khas Juri 3 – filem Headhunter
25. Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee ( The Garden Of Evening Mists)
26. Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)
27. Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia (Sangkar)
28. Filem Terbaik – Roh
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI