“Alhamdulillah, persiapan berjalan dengan lancar.” Itu perkongsian daripada pelakon popular, Mira Filzah selepas ditanya mengenai perkembangan persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Meski tidak memberikan perkongsian secara terperinci mengenai majlis raja sehari yang akan dijalankan, bintang ini tetap terbuka berkongsi menjelang hari istimewanya itu.
“Insya-Allah kami akan mengadakan beberapa majlis resepsi. Bagaimanapun, saya ingin beritahu awal-awal kepada semua, atas kekangan semasa yang tidak menentu, jadi kami hanya menjemput sekitar 200 hingga 250 sahaja bagi setiap majlis.
“Kami pun tidak mahu mengambil risiko meski sejujurnya ramai yang ingin kami jemput. Terpaksadipecah-pecahkan senarai tetamu untuk beberapa majlis yang akan berlangsung nanti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai gaun perkahwinan serta tajaan perkahwinan, pelakon Sweet Dreams itu lebih selesa menguruskannya sendiri.
Apatah lagi, ia merupakan suatu fasa bermakna buat dirinya dan bakal suami.
Ads
“Soal persiapan tidak boleh saya kongsikan secara terperinci, cuma insya-Allah saya akan menggayakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.
“Saya juga memilih untuk menguruskan sendiri soal perkahwinan. Apa yang boleh saya cakap setakat ini, kira-kira 90 peratus menggunakan pembiayaan sendiri.
“Momen indah ini insya-Allah akan berlaku sekali dalam hidup. Kalau boleh saya mahu ia berjalan sebagaimana yang saya impi dan rancangkan.
Ads
“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana ada pihak yang sudi bertanya mengenai soal tajaan majlis perkahwinan kami.
“Cuma rasanya setakat ini, saya rasa lebih puas andai diri sendiri yang memilih dan menentukan,” akuinya jujur.
Mira terdahulu ditemui pada majlis rakaman program realiti, Ratu Hijabista di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat.
Ads
Sementara itu, Mira turut mengulas berhubung isu ‘cultural appropriation’ seperti yang didakwa.
Jelasnya, dia tidak berniat menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.
Tampil membuat permohohan maaf andai ada pihak yang kurang senang, hal tersebut juga tanpa sengaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Ikuti penjelasan Mira mengenai perkara tersebut di sini;
Tiada lafaz paling sempurna selain memanjatkan kesyukuran apabila berjaya istiqamah mengenakan hijab dan berhijrah ke arah kebaikan.
Kongsi Sharifah Aleya, hari ni merupakan ulangtahun ke-7 penghijrahannya yang penuh cabaran dan perjalanan masih terlalu jauh.
Perkara tersebut disampaikannya menerusi Instagram.
“Alhamdulillah, 7th anniversary of my Hijrah. Filled with ups and downs, moments of doubt in myself, moments of weaknesses. Dalam masa 7 tahun ni, aku rasa perubahan kearah kebaikkan aku ni belum sampai separuh pun lagi. InshaAllah, sis terus coba.”
Tegasnya, setiap wanita akan melalui fasa untuk berubah. Dan apabila terdetik untuk berhijrah, terus lakukannya walaupun sedikit. Jika perlu merangkak untuk mencapainya, buatlah.
“Setiap wanita akan melalui moment “nak berubah” dia. Some will have it easier than others. Kalau susah lah jalanNya, congratulations in advance for staying on the path. But in all honesty, kalau dah terdetik moment “nak berubah” tu, do it! Baby steps pun, go for it!
“Confirm akan ada yg cakap “kau tak mampu”. Tapi moment tu terjadi kerana Allah yg buatkan kita rasa “kau mampu”! So mu nak dengar cakap siapa Jah!?! Berjalan, merangkak lah kalau perlu, janji jalan tu kearahNya.
“May this Ramadhan be a starting point for all of us to be that much better, to be that much closer to Him. – رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Our Lord, let not our hearts deviate after You have guided us and grant us from Yourself mercy. Indeed, You are the Bestower. [3:8] – Ramadhan Kareem. 5/5/2019,” kongsinya.
Ratu rock negara, Ella kini mengusahakan tanaman cili di Puncak Alam,Selangor bersama suaminya, Azhar Ghazali.
Perkara itu dikongsikan Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminudin di laman sosial Facebook.
“Alhamdulillah cuaca cerah dan baik hari ni. Walau berlaku sedikit kekecohan tapi semuanya terkawal .
“Yg penting pokok cili Ella semakin membesar ok ! Inshallah 2 minggu lagi akan berbuah.
“Nampak gaya macam perlukan lebih tumpuan dan kasih sayang sayalah.
“Hasil dari teknologi penyelidikan dan kerjasama pasukan, cili Ella nanti inshallah akan berbuah lengkap dengan Omega 3.
“Muafakat itu berkat.Doakan kami,” kongsi Ella sambil disertakan hasil tanaman cilinya.
Menerusi ruangan komen,rata-rata memuji kesungguhan pasangan ini berbakti kepada tanah.
Difahamkan,Ella dan Azhar mengusahakan tanaman tersebut sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.
Facebook : Ella Aminudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, pelakon Datin Diana Danielle telah memuat naik beberapa keping gambar dan video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon yang berusia 27 tahun itu telah berkongsi rakaman video ketika dia mendidik anaknya, Muhamad dan Aurora untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
“Bagi D, kekayaan dan keselesaan yg kita selalu mimpikan x bermakna kalau kita terlalu pentingkan diri & biarkan alam sekitar kotor, busuk dan mati sehingga tidak dapat dinikmati oleh makhluk Tuhan yg lain.”
“Kuatkan hubungan bersama alam sekitar dan alam ni jugalah yg akan pelihara kita dgn sebaiknya. Ajar anak2 kita untuk hormati alam, semoga apa yang kita tinggalkan kepada generasi seterusnya bukanlah hanya sisa sisa sampah sarap kita sendiri.”
“#setulusikhlas dari keluarga kecil kami, DD Aurora & Muhammad serta mama/Tokma kami yang selalu terapkan ttg kepentingan menjaga alam yg dianugerahkan Allah”tulisnya.