Nama penyanyi rap, Aman Ra, 34, menjadi bualan hangat di media sosial selepas seorang wanita dipercayai isterinya mendakwa penyanyi itu berlaku curang menerusi pendedahan dimuat naik di Insta Story, baru-baru ini.
Berikutan itu, Aman Ra atau nama sebenarnya, Aman Jamaluddin difahamkan memohon agar dirinya diberi sedikit ruang.
Memetik Harian Metro, Joe Saiful yang merangkap pegawai perhubungannya, dipetik sebagai berkata, buat masa ini penyanyi tersebut belum dapat memberikan sebarang komen terhadap segala pendedahan yang dibuat wanita berkenaan.
“Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin.
“Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi,” katanya.
Terdahulu, wanita tersebut mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, namun tidak tidak mendedahkan status terkini perkahwinan mereka.
Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan, wanita terbabit yang dikenali sebagai Natiqah Rahmat mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan selepas mengetahui kecurangan suaminya.
Sumber, Foto : Harian Metro, Instagram Aman Ra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI