Bagi insan yang pernah menghadapi kegagalan dalam rumah tangga, nyatanya ia bukan satu perkara mudah untuk dilalui.
Menerusi entri terkini pelakon Fasha Sandha di akaun Instagram miliknya, dia ada mengimbau kembali dan berkongsi kisah silam dirinya bersama peminat.
Meski pernah gagal dalam rumah tangga yang terdahulu, pelakon berusia 35 tahun itu akui tidak mudah untuk dia melalui dugaan ini.
“Gambar kenangan pada 4 Dec 2015, Hari pertama kami hidup bertiga Ramai kata, Fasha,wanita besi. Eh, sejujurnya not all the time jadi besi..there are times jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk)
“Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers.Haters will hate, no matter what.Setiap kebaikan yang kita buat, akan tetap ada silap dimata haters, tapi peduli apa kan,… teruskan buat apa yg kita suka.Tak semua orang suka kita happy,
“Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah.Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke.Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je, sbb orang tak peduli.
“Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang2 nya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan. Being Single Is Better Than Being With the Wrong Person. I was a Janda before and im so PROUD with that title.
“Sbb apa? Sebab I janda yang berkerjaya, cari duit untuk family, tak meraih simpati dan kuat. Takde apa nak malu pun dengan title ‘Janda’ tu…Now Allah bagi peluang kedua utk menerima pasangan baru. Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah, cuma apa yang i buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat atau #tilljannah..Insyaallah.
“Jadi perempuan ni kena la kuat, Supaya takde orang boleh tindas kita.Yang penting, kena bekerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat i selalu pada my sisters. I am an aries, sejenis kuat. Ada masa i boleh buat taktau je dan tak layan.
“Ada masa, perlu lawan , kena lawan. Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita. But remember this, ‘Not all forms of abuse leave bruises’ kalau rasa benda tu bodoh utk dilayan just IGNORE. LIFE IS Too short.
“Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda Kuat dan berani! yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sooner or later. Pasti ada.EX iSMC(independent single mom club), @pinography,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Selepas itu, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac yang lalu.
Foto : Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI