Pelakon, Mira Filzah berkongsi kebimbangan akan wabak Covid-19 yang semakin memburuk di seluruh dunia. Tambah menyedihkan, pendakwah terkenal dunia, Ismail Musa Menk atau lebih dikenali sebagai Mufti Menk menyatakan pendapat menerusi laman Instagram miliknya akan pandemik yang berlaku.
Tokoh dari Zimbabwe itu berpandangan wabak ini akan menyebabkan dunia kehilangan banyak keturunan generasi, malah jelasnya lebih ramai manusia akan meninggal dunia sebelum menjelang Ramadan.
Katanya lagi, dunia akan berubah sepenuhnya akibat wabak ini. Dia turut menggesa negara yang masih tidak menganggap wabak ini sebagai isu serius untuk melihat kesan yang berlaku kepada negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat yang kian lumpuh. Dan bagaimana kesannya kepada negara dunia ketiga. Jelasnya, bersedia untuk lebih banyak kematian.
Dalam pada itu, Mufti Menk turut menjelaskan dia mengalami sakit tekak dan mengambil keputusan untuk tidak mengimamkan solat Jumaat atas alasan tidak mahu membahayakan umat Islam yang lain. Malah, dia mengakui baru sahaja pulang dari Australia dan mula mengasingkan diri daripada keluarga kerana tidak mahu mereka turut berisiko terkena jangkitan, malah jelasnya, dia tidak menyapa kedua ibu bapa yang sudah lanjut usia untuk keselamatan mereka. Dan tidak menjejakkan kaki ke masjid kerana situasi semakin memburuk seluruh dunia.
“Saya melihat banyak negara masih tidak melihat ia satu isu yang besar dan serius. Jadi saya mahu memulakan langkah untuk mengumumkan kepada seluruh muslim di dunia, jangan pergi ke masjid. Saya tidak mahu berbicara sama ada masjid perlu ditutup atau tidak, ia hanya menyekat dahulu sementara kedatangan ke masjid. Negara saya baru sahaja mengumumkan kes pertama semalam namun saya percaya ramai yang sudah ada simpton jangkitan.
“Sama ada masjid masih dibuka atau tidak, jangan ke masjid terutama golongan tua dan kanak-kanak. Dan saya rasakan tidak masuk akal apabila kita diberitahu, hanya periksa jika ada simptom. Jujurnya, tiada simptom dan kita sudah terlambat apabila mengetahuinya. Saya sendiri merasakan sudah dijangkiti,” jelasnya lagi.
Tokoh Islam itu turut menyatakan pihak pengurusan jenazah perlu membuat persediaan untuk menerima lebih ramai kematian selepas ini. Saya percayakan Allah sepenuhnya, saya percaya kita akan mati. Orang berkata mengapa perlu menangguhkan solat di masjid, namun kita hanya menangguhkan buat sementara waktu untuk mengelakkan wabak ini.
“Please please, please, take your time and listen to this.
@muftimenkofficial said (in his recent IG Live) .
“We’re going to lose a lot of generation, we’re going to lose a lot of our loved ones before Ramadhan. I have a feeling the whole world is gonna change completely, totally. We have to embrace this whole new way of looking at things” .
“I’m talking about the countries that have not yet taken it seriously. These are the first world countries (US, UK) who are saying “we cannot cope”, i really don’t want to see two to three weeks from now when the third world countries forget abt when not being able to cope, its going to be worst than we can imagine. Prepare for many more deaths” .
“Something to ponder. Wallahu’alam. 🤲🏻 Takut, sedih, semua ada lepas tgk video ni. Bayangkan, orang yg berilmu agama tinggi bgtahu apa yg dia rasa, “prepare for more deaths”. Are we ready for that?! My dear 6M followers, please stay at home, muhasabah diri, dekatkan diri dgn Allah, banyakkan berdoa, agar semua akan reda dan jadi spt biasa. This is not something can vanish within 2 weeks time. It’s gonna be longer.. 💔 This time around, bukan setakat jaga kebersihan shj, tetapi jaga hubungan kita dgn Allah. We never know when is our turn. Lets do the best and have faith in Allah. #stayathome,” kongsinya.
Terbaharu, Malaysia kini mencatatkan jumlah kematian sebanyak 11 orang dan 1306 jumlah kes sehingga 22 Mac 2020.
Foto : Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI