Salah seorang daripada empat usahawan selebriti terkenal yang terpalit dengan kontroversi video aksi tepuk punggung yang tular, Kak KM memaklumkan dia sudah dipanggil memberi keterangan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, dia memberikan kerjasama pada Rabu dengan hadir ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan dan proses soal siasat berlangsung selama lebih kurang tiga jam.
“Mereka datang ke rumah dan kemudiannya saya telah ke hadir memberi keterangan di pejabat SKMM pada hari sama.
“Pihak SKMM harus menjalankan siasatan selepas laporan dibuat berkaitan video tersebut.
“Mereka menjalankan tugas dan saya memberi kerjasama baik kepada sepanjang proses memberi keterangan,” katanya, memetik mStar.
Anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini pada masa sama menjelaskan, dia akan lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di media sosial selepas ini.
Ads
Malah, pertemuannya dengan SKMM juga sedikit sebanyak memberi pencerahan lebih jelas mengenai apa yang boleh dilakukan sebelum berkongsi sesuatu di laman sosial.
“Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini salah. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu.
“Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.
Ads
“Ramai yang tidak puas hati dengan video tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi Instagram, Kak KM memuat naik video berkaitan bersama rakan usahawan lain iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah, Cheta Pot Pet.
Tindakan mereka sekaligus itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen seterusnya menerima reaksi yang pelbagai.
Ads
SKMM dalam satu kenyataan sebelum membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: mStar
https://youtu.be/kX2N4Hm4YL0
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos, Azwan Ali menzahirkan rasa syukur apabila kini sudah pun mendiami sebuah unit kondominium yang dibeli.
Menurut Azwan, unit terbabit berharga lebih setengah juta dan ia hampir mencecah RM1 juta keseluruhan kerana melalui proses renovasi dan sebagainya.
“Rumah yang saya beli berharga lebih RM600,00, cuma nilai harganya hari ini mencecah RM1 juta bersama dengan fasiliti yang ditawarkan.
“Bukan nak cakap besar, kediaman tersebut bagi saya terlalu sofistikated. Ingatkan jenis kondominium mahal yang biasa-biasa saja.
“Tetapi ia sebaliknya. Daripada lobi sehinggalah kepada kemudahan yang lain, memang baik,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, perkongsian pelakon drama Diva Popular ini mengenai perkara tersebut menjadi buah mulut netizen yang seolah-olah tidak percaya.
“Lalu, perkara tersebut membuatkan ada yang percaya dan tidak bila saya kongsikan di media sosial. Contohnya, ada yang pertikai mengenai keluasan kondominium berkenaan.
“Saya terus terang, tak malu nak cakap. Memang saiznya tak besar mana. Tetapi nilainya yang mahal. Ada yang kata beli kondo kecil pun kata sejuta.
“Dia memang ‘facing’ KLCC. Jadi sesiapa yang mencabar, kata saya propa… mari sini! Tapi saya tak akan buat ‘live’ atau tunjuk kerana saya bukan ‘jakun’ KLCC. Perlu ke?,” katanya lagi.
Sementara itu, Azwan teruja kerana impiannya untuk mendiami rumah baru menjadi kenyataan selain bersyukur rezekinya dalam seni kian murah.
Pada masa sama, Azwan menjelaskan dia menyewa kediaman lain selama tiga tahun sebelum mendapat kunci lebih awal bagi mendiami kondominium terbabit.
“Ia sebenarnya dijangka siap sekitar tahun 2022. Namun syukur saya dapat kunci awal. Jadi saya pindah lebih cepat dari yang dijangkakan,” akhirinya.
Foto: Instagram Lagu Cinta Kita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Nabil Ahmad dan Jihan Muse menitipkan dedikasi buat rakan hos, Elly Mazlein yang sebelum ini sepentas dengan mereka mengendalikan program hiburan berkenaan.
Ucapan tersebut dilakukan Nabil dan Jihan Muse sejurus segmen pertama.
“Terima kasih Kak Kepom bersama kita selama tiga
minggu. All the best untuk apa saja yang dilakukan,” dilakukan.
“Kita hormati apa sahaja keputusan yang dipilih,” respon Jihan pula.
Terdahulu pada Rabu, Astro dalam satu kenyataan mengumumkan mengenai pengunduran Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina yang memilih untuk tidak lagi bersama ASGV di sebabkan hal peribadi.
Dalam kenyataan sama, Elly turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara All Stars Gegar Vaganza di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
“Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya.
“Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,” katanya.
All Stars Gegar Vaganza akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri profesional dan bintang-bintang yang bertanding.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu hantaran di Instagram milik permata hati sulung kepada pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar nyata menyentuh jiwa ramai.
Apa tidaknya, Yusuf yang kini mencecah usia 4 tahun dilihat kian bijak, malah turut meminta si bapa agar mengajarnya cara-cara untuk mengenakan wudhuk.
“Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?”,” tulis kapsyen berkenaan sambil disusuli emoji oleh daripada si ibu.