Penyanyi Azharina mendedahkan rasa tidak selesa dengan kata-kata segelintir pihak yang membayangkan dirinya akan ‘makan’ artis lain andai membuat persembahan secara duet.
Meski sedar akan penyataan sedemikian adalah kata kiasan yang memuji vokalnya, namun dalam sisi lain ia secara tidak langsung boleh memberi kesan tidak baik bagi dirinya serta rakan artis lain.
“Orang melihat daripada persembahan saya dengan bekas peserta Gegar Vaganza (GV) sebelum ini, Shafie Rio.
“Akan tetapi perlu diingat, markah saya sebagai rakan duet adalah kosong. Saya cuma menyokong persembahan artis yang bertanding.
“Permarkahan sepenuhnya diberikan kepada juri profesional, jadi ia tidak adil kalau ada yang kata saya ‘makan’ rakan duet. Saya kesal… Orang anggap saya macam ‘buaya’. Saya bukan begitu.
“Apa pun saya faham yang beri pandangan sedemikian ada yang berniat positif dengan menghargai bakat nyanyian saya. Cuma its not nice bunyinya kepada rakan duet,” katanya kepada MH.
Terdahulu, perkara itu timbul apabila bintang asal Sabah itu ada memuat naik status di Facebook menyayakan rasa kesal apabila ada pihak yang memberikan tuduhan melulu kepada One Nation Emcee terhadap dirinya.
Ads
ONE dan Azharina bergandingan menyampaikan lagu Layar Impian, nyanyian asal Ella menerusi tema Haa Tepok dalam GV6 minggu keempat, Ahad lalu.
“Orang tidak melihat kelebihan kepada rakan artis lain pula yang duet dengan saya. Misalnya saya pernah berpadu suara dengan Hazami dan Idayu.
“Mereka hanya nampak satu persembahan duet yang itu sahaja,” katanya yang mulai sedar akan ‘cakap-cakap belakang’ mengenai perkara itu selepas dikongsi rakan artis.
Ads
“Artis itu mendapat ‘amaran’ dari kalangan yang terlibat dalam industri menyatakan bahawa saya akan ‘makan’ mereka. Cakap padanya supaya hati-hati… I ni ‘makan oranglah’, jangan bagi banyak ‘part’ kat I, I ni suka overshadow dan sebagainya.
“Dia bercakap itu bukan dalam sudut positif. Tapi rasanya dia ada good intention yang baik terhadap saya dan saya tidaklah mahu perbesarkan isu ini.
“Sejujurnya kalau dia tahu dia siapa, saya nak ucap terima kasih kepadanya. Sebab dia membakar semangat saya untuk membuat persembahan dengan One Nation Emcee dan berikan yang lebih baik.
Ditanya sama ada persepsi tersebut mengganggu atau bermain di fikiran setiap kali menerima pelawaan duet, penyanyi Cinta Terbagi Dua ini tidak menafikan hal berkenaan.
Ads
“Mestilah. Nak naik pentas tadi pun ada yang cakap saya ‘buaya’. Saya penyanyi, saya sedar saya miliki vokal yang besar akan tetapi sebagai penyanyi yang bijak, kita kena tahu siapa rakan duet.
“Kena study dia punya karektor vokal. Sama macam One Nation Emcee yang hadir sebagai sebuah kumpulan. Jadi saya sendiri kena sama tara dengan mereka, termasuk dengan energi.
“Lebih-lebih lagu apabila lagu yang telah disampaikan itu berbeza dengan versi asalnya. Saya juga kena belajar menari.
“Saya sendiri belajar daripada mereka dan kami sama-sama berkongsi ilmu. Cuma bila ia sering diperkatakan saya tidak sedap hati. Its not nice,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Azharina juga bakal muncul menerusi sebuah single baru yang akan melalui proses rakaman tidak lama lagi.
Foto: Facebook Azharina Azhar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski merakamkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya yang kian baik, pelakon veteran Mak Jah atau nama sebenarnya, Maimunah Ahmad akur kerana masih gagal menebus barang kemas yang digadai bagi membiayai kos rawatan penyakit kanser rahim dihidapi kira-kira tiga tahun lalu.
Tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, bintang berusia 72 tahun ini seperti yang dipetik Harian Metro mendedahkan, dia kini hanya lagi dan hanya berehat di rumah.
“Alhamdulillah, keadaan kesihatan penyakit saya beransur baik. Untuk berlakon, buat masa sekarang saya memang tiada tawaran.
“Jadi, bila dah tak kerja saya memang tak boleh nak tebus semula barang kemas sudah digadai itu kerana tidak berkemampuan dari segi kewangan.
“Lagi pun, dengan keadaan kesihatan saya yang sakit pastinya pihak produksi pun bimbang nak beri tawaran.
“Mana tahu, saya jatuh sakit di lokasi. Malah, saya pun sebenarnya tak mahulah menyusahkan orang,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, Mak Jah bagaimanapun memberitahu dirinya masih lagi terlibat dalam dunia seni setakat termampu bagi mencari sumber rezeki.
“Walaupun sudah tidak berlakon, namun saya masih juga sertai aktiviti seni yang termampu dilakukan.
“Dapatlah juga saya mencari sumber kewangan bagi menampung kehidupan. Malah, ada juga rakan artis lain yang membantu termasuk anak-anak,” jelas Mak Jah yang turut isi masa dengan melakukan aktiviti kebajikan.
“Setiap minggu saya akan ke beberapa surau di pusat membeli-belah atau kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi menghantar telekung bersih dan mengambil yang kotor dibawa balik ke rumah untuk dibasuh.
“Melakukan kerja amal ini sangat menenangkan jiwa saya walaupun hanya membersihkan kelengkapan untuk orang bersolat,” dedahnya yang kini lebih selesa mendekatkan diri dengan kerja amal.
Pada masa sama, Mak Jah masih perlu mengikuti pemeriksaan berkala di hospital dan klinik kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan.
Terdahulu, kisahnya turut dipaparkan menerusi beberapa episod dalam saluran YouTube usahwan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Sumber/Foto: Harian Metro, YouTube Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan kerana merotan anak lelakinya oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada 28 September lalu.
Bagaimanapun, Armin memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi atas sabitan dan hukuman bagi kesalahan itu pada tarikh yang sama hukuman dijatuhkan.
Memetik Berita Harian, peguam yang mewakili Armin berkata rayuan itu sepatutnya ditetapkan pada 4 Nov lalu di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Azizah Jaafar namun ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Lalu, mahkamah telah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 19 November hadapan.
Sebelum ini, Armin telah dijatuhkan hukuman oleh mahkhamah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya yang berumur sembilan tahun menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, antara jam 8 hingga 10.30 malam 24 Februari 2018.
Sekadar informasi, Armin yang merupakan bekas ketua pramugara itu ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari 2018.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Ziana dan Armin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.