Selepas mendirikan rumah tangga, pemain Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid, 25, difahamkan bakal terbang ke Bangkok, Thailand untuk mewakili kelab Ratchaburi FC selepas ini.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana seperti yang dilaporkan portal antarabangsa, Main Stand International.
“Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan.
“Safawi akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami,” katanya seperti yang dipetik.
Kelab bola sepak yang beraksi di Thai League 1 itu dilaporkan sudah menandatangani pemain JDT itu pada jendela perpindahan kedua musim 2022/23 baru-baru ini.
Difahamkan kontrak Safawi bersama JDT tamat pada November lalu.
Suami kepada pelakon dan pempengaruh, Syifa Melvin itu dijadualkan mula beraksi dnegan kelab baharunya itu pada Januari depan.
Terdahulu, Safawi dan Syifa selamat diijabkabulkan pada 28 November lalu di Hotel Hilton, Petaling Jaya selepas tiga tahun menyulam cinta.
Pasangan mempelai itu turut diraikan dalam majlis menyambut menantu yang diadakan di kampung halaman Safawi di Dungun, Terengganu pada semalam (Sabtu).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI