Selepas mendirikan rumah tangga, pemain Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid, 25, difahamkan bakal terbang ke Bangkok, Thailand untuk mewakili kelab Ratchaburi FC selepas ini.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana seperti yang dilaporkan portal antarabangsa, Main Stand International.
“Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan.
“Safawi akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami,” katanya seperti yang dipetik.
Kelab bola sepak yang beraksi di Thai League 1 itu dilaporkan sudah menandatangani pemain JDT itu pada jendela perpindahan kedua musim 2022/23 baru-baru ini.
Difahamkan kontrak Safawi bersama JDT tamat pada November lalu.
Suami kepada pelakon dan pempengaruh, Syifa Melvin itu dijadualkan mula beraksi dnegan kelab baharunya itu pada Januari depan.
Terdahulu, Safawi dan Syifa selamat diijabkabulkan pada 28 November lalu di Hotel Hilton, Petaling Jaya selepas tiga tahun menyulam cinta.
Pasangan mempelai itu turut diraikan dalam majlis menyambut menantu yang diadakan di kampung halaman Safawi di Dungun, Terengganu pada semalam (Sabtu).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Yang Sudah Nampak Saya Dekat Luar Dengan ‘Membawa Perut’,” – Hanya Allah Yang Tahu Perasaan, Siti Cerita Kehamilan Anak Kedua
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru sahaja mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua mengharapkan agar semua pihak mendoakan kehamilannya berada dalam keadaan baik.
Usia kandungan kedua figura terkenal itu sudah pun mencecah lebih empat bulan.
Berkongsi mengenai perkara tersebut pada majlis pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya hari ini, Siti mengakui berserah kepada Allah SWT dan berita kehamilan ini menjadi satu perkara yang cukup menggembirakan.
“Untuk kehamilan kedua saya berserah kepada Allah SWT. Saya melalui prosedur yang sama seperti sebelum ini iaitu rawatan kesuburan in-vitro IVF dan ketika itu perasaannya seperti ’50-50′.
“Kadang-kadang ada ketikanya kita pernah melalui kegagalan suatu ketika dahulu dan kelahiran Siti Aafiyah itu adalah satu rezeki yang indah Allah kurniakan pada saya.
“Untuk kali ini, saya tertanya-tanya sama ada Dia kurniakan lagi atau pun tidak.
“Alhamduluillah Dia kurniakan lagi rezeki kepada saya dan bersyukur apabila mendapat tahu ia (hamil) positif. Hanya Allah saja yang tahu macam mana perasaan saya pada ketika itu.
“Jadi apabila melakukan proses IVF sejak awal, saya sudah merancang untuk berehat, lebih-lebih lagu dengan keadaan pandemik, saya tidak kemana-mana. Sebaliknya hanya jaga kandungan.
“Setakat ini saya bersyukur kerana tidak ada masalah. Ketika awal kehamilan pertama dulu saya pernah alami pendarahan dan setakat ini alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
“Cuma doakanlah agar sampai akhir bersalin saya diberikan kesihatan serta kekuatan, insya-Allah,” pintanya.
Sementara itu, Siti turut berkongsi pengalaman saat berbadan dua dalam situasi negara berdepan pandemik Covid-19 ketika ini.
“Sebetulnya saya rancang untuk lakukan IVF lebih awal, bagaimanapun pandemik Covid-19 yang berlaku menyebabkan saya lewatkan sedikit proses tersebut.
“Jadi apabila situasi sudah reda sedikit suatu ketika dulu, saya teruskan.
“Memang sekarang saya sangat berjaga-jaga. Tidak keluar kemana-mana kecuali untuk hal yang sangat memerlukan.
“Saya kena menjawab jugalah ramai yang berteka-teki, ramai yang sudah nampak saya dekat luar tu dengan ‘membawa perut’ memang sudah tahulah.
“Cuma mereka menunggu daripada mulut saya sahaja. Alhamdulillah harapnya semua pertanyaan itu sudah pun dijawab,” katanya lagi.
Kira-kira tiga tahun lalu, Siti mengumumkan dia hamil selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, atau dikenali sebagai Datuk K.
Berita tersebut nyata menjadi perkhabaran paling indah buat pasangan tersebut selepas mengalami keguguran sekitar November 2015.
Siti selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia lebih dua tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sedih Lihat Cara Fesyen Tudung Yang Menampakkan Leher,” – Yatt Hamzah
Bekas pelakon, Yatt Hamzah ada meluahkan rasa sedih apabila melihat fesyen tudung masa kini yang dikatakan tidak mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama Islam.
Kongsi Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberi nasihat kepada kaum wanita untuk menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan2 yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Surah Al-Ahzab : 59]
“Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
“Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.
“Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH.. Tutuplah auratmu dengan sempurna.. Wallahi, aku menulis dan berpesan ini LILLAHITAALA hanya keranaMU, utk diriku juga krn aku ada anak2 perempuan yg sdg membesar menjadi dewasa dan bakal menjadi ibu seperti ku. Jauhkan mereka dr perkara2 Mungkar.
“Aku juga pernah lalai dan jahil, krn itu aku tdk mahu perkara yg sama berlaku pd wanita2 lain. Aku berpesan krn aku sayangkan semua. Berikan kami kekuatan utk menjadi wanita Solehah yg taat padaMU krn kami takut azabMU yg amat dasyhat.. ALLAHUAKBAR..,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Semoga perkongsian Yatt dapat dijadikan panduan buat semua kaum wanita.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Majlis Konvo Tertunda 2 Tahun, Isteri Beto Kusyairy Akhirnya Tamat Pengajian Master
Pelakon, Beto Kusyairy menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian isterinya, Tisha Shahar yang telah pun berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menurut Beto, isterinya itu terpaksa menunggu hampir dua tahun bagi menghadiri majlis konvokesyen tersebut setelah beberapa kali ditunda akibat pendemik Covid-19.
Katanya lagi, dia juga berasa amat kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh isterinya itu meskipun harus membahagikan masa demi keluarga, pekerjaan dan pelajaran.
“She has been waiting for this particular moment for nearly two years because of the pandemic. Finally the time has come walau bukan konvo biasa.
“I am so damn proud of her. Kesungguhan juggling between studies, work (and handling me) akhirnya berbaloi. Kepala otak aku dah tepu, jadi setakat jadi topang dan penyalur semangat untuk dia ajelah. Happy aku!,” tulisnya.
Momen bersejarah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, KL Gangster Underworld itu menerusi sebuah video yang disunting khas yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Beto turut berharap agr kisah isterinya itu dapat menjadi pemangkin semangat buat masyarakat di luar sana untuk terus mengejar cita-cita mereka tanpa memikirkan soal umur.
“Dia nak sambung lagi. Aku cakap bagi otak tu rileks dulu. Usia bukan penghalang insyaAllah.
“Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan. Moga terinspirasi buat mereka yang berkeinginan ke menara gading..aamin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat isteri Beto.
“MasyaAllah, Congratulations T. Mummy and I are so happy and proud of you,” balas Datin Lisa Surihani.
“So happy for her,” komen Diana danielle.
“Yeah, congratulations Tisha Shahar. Serius bangga,” reaksi Azhan Rani.
“Congratulations T. Im so happy for you. And well done Beto Kusyairy for being her backbone and her best supporter,” kata Catriona Brian Ross.
Sekadar informasi, Beto dan Tisha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 2008.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Beto Kusyairy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI