Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjelaskan kembali mengenai kisahnya yang dikatakan ‘terlalu subur’ sebelum ini sehingga mencetuskan sensasi di media sosial sejurus ditanya mengenai perkara itu.

Iqbal, 28, berkata meski isu berkenaan menjadi bahan gurauan, namun baginya ia sesuatu yang serius dan terharu apabila ada pihak sedar akan kepentingan untuk mengetahui status kesihatan tahap kesuburan diri.

“Kalau perasan… walaupun ada kontroversi melibatkan saya yang lucu-lucu atau yang bukan-bukan, sebenarnya banyak yang betul. Mengenai kisah saya yang dikatakan subur itu, saya pergi test jumpa doktor.

“Jadi (kerana isu itu) banyak doktor yang DM saya. Kata mereka tahniah Iqbal awak seorang yang berani kerana bagitahu. Sebab perkara itu penting, periksa tahap kesuburan.

“Bila kita test kesuburan, ia mengambil beberapa langkah dan masa. Benda ni perkara serius dan saya betul-betul suburlah,” katanya kepada MH.

Ads

“Akan Stres, Nervous & Tak Boleh Nak Tidur Setiap Malam,” – Iqbal Jelaskan Balik Isu Dirinya Yang ‘Terlalu Subur’ “Akan Stres, Nervous & Tak Boleh Nak Tidur Setiap Malam,” – Iqbal Jelaskan Balik Isu Dirinya Yang ‘Terlalu Subur’ “Akan Stres, Nervous & Tak Boleh Nak Tidur Setiap Malam,” – Iqbal Jelaskan Balik Isu Dirinya Yang ‘Terlalu Subur’ “Akan Stres, Nervous & Tak Boleh Nak Tidur Setiap Malam,” – Iqbal Jelaskan Balik Isu Dirinya Yang ‘Terlalu Subur’

Melakukan pemeriksaan khusus susulan mahu mendirikan rumah tangga sebelum ini, Iqbal bagaimanapun menjelaskan situasi yang dialami ada ketika membuatkannya tertekan.

“Buat (periksa tahap kesuburan) sebab masa tu memang nak kahwin selain untuk pengetahuan kepada diri sendiri. Cuma bila jumpa doktor, dia beritahu saya lain sikit daripada orang lain. Awak terlebih subur dan bila test ia betul.

Ads

“Saya tak tahulah… Saya jenis yang suka mengkaji. Tapi betul ia akan stres, nervous dan tak boleh nak tidur setiap malam. Lebih privasi untuk saya bercerita.

“Tapi streslah rupanya benda-benda macam ni. Betullah usia dah makin banyak, dia makin stres,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Iqbal yang kini turut bergelar bapa selepas menjaga seorang anak angkat lelaki, Ahmad Ziyad mengharapkan agar bayi yang dijaga dapat dibesarkan dengan baik.

Ads

“Yang penting saya jaga dengan elok dan cuba membesarkannya dengan baik. Saya hanya mengharapkan doa daripada ramai sebab nak besarkan bukan sesuatu yang senang rupanya.

“Ziyad pun sudah nak hampir setahun usianya, cepatkan?,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI