Nampaknya kes penyanyi dan pelakon yang memukul isteri sedang dalam pantang menjadi perbualan hangat di sosial media.
Seperti yang semua tahu, melalui akhbar tempatan Harian Metro, Bella Astillah telah mengesahkan dirinya telah dikasari oleh suaminya Aliff Aziz kerana dikatakan kantoi bersama seorang wanita iaitu Nur Afifah yang dipercayai rakan sekerjanya dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu.
Berang dan simpati dengan apa yang terjadi pada isteri kepada pelakon Aliff Aziz ramai netizen mula ‘beraksi’.
Menyedari sejak beberapa jam yang lalu Afifah telah menutup ruangan komennya, ramai netizen berpaling dan meluahkan rasa kekesalan mereka ke akaun Instagram milik Aliff pula.
Bukan di situ sahaja, Instagram kekasih Afifah juga telah ‘diserang’ oleh netizen dengan kata-kata yang menyedihkan.
Tidak mahu memanjangkan cerita kekasih Afifah ini sempat memberitahu pengikutnya untuk jangan terus membuat andaian sebelum mengetahu cerita yang sebenar.
Ada benarnya, MH Online juga sebenarnya kesian juga pada individu yang tidak berkenaan turut terkena tempiasnya. Namun apa boleh buat, benda dah terjadi. Cuma kami harap netizen lebih memahami dan janganlah terus menghentam mana-mana pihak.
Sama-sama kita nantikan penjelasan dari kedua-dua pihak.