Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri ada mendedahkan sebab dirinya suka bermewah-mewah dalam berfesyen.
Atas usaha keras dalam apa yang dilakukan selain mengenang kisah lalu ia sekali gus memberi inspirasi buat penyanyi Abang Nak Tegur ini.
“Ramai orang bertanya dengan abang kenapa abang suka berfashion habis berjuta2.. jawapan abang mudah sahaja dulu abang susah sgt… tak mampu nak beli semua ini tapi abang tak ada duit.
“Bila abang dah kerja keras dan abang dah percaya dengan hasil perniagaan abang-abang nak bebas untuk memiliki apa yang abang nak alhamdulillah impian dah jadi kenyataan yang penting cari rezeki dengan cara yang Halal,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen, pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap entri berkenaan.
Dalam perkembangan lain, suami kepada Datin Seri Nur Shahida itu baru sahaja muncul menerusi single terbaru,
Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri