Selepas sedih atas kematian ratusan Ikan Kelah yang dibelanya beberapa hari lalu, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya siang ikan berkenaan untuk digoreng sebagai hidangan.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Abang Nak Tegur ini menerusi IG TV yang terkini.
Sempat bertanya sama ada pengikut pernah merasa makan ikan semahal itu, gelagat usahawan terbabit yang sedang menggoreng ikan sambil disaksikan anak angkatnya, Aminah cukup menghiburkan.
“Akhirnya abang pasrah, hati abang sakit ramai yang menghina abang dan kejam terhadap ikan abang.
Ads
“Abang tak sanggup makan ikan ini, dah bela hampir dua tahun orang cakap ikan ni harga dia beribu ribu ringgit tapi abang terpaksa.
“Sekarang ini abang ada simpan untuk sesiapa yang nak merasa kesedapan ikan abang boleh dm abang harga seekor rm500- RM 1000 sahaja. Ada minat nak rasa dm abg ok,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, ketika insiden tersebut berlaku, dia turut mendedahkan alami kerugian lebih RM300,000 lantas menarik perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida untuk berkongsi tips penjagaan ikan kelah di kolam rumahnya sendiri.
Kata Vida, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha untuk menjaga dan menternak ikan air tawar itu.
Ads
Aliff bagaimanapun memberitahu apa yang berlaku adalah berpunca dari sebab lain, bukan kerana kualiti air, menempatkan kawanan ikan yang terlalu banyak dalam sesebuah kolam dan sebagainya.
Malah Aliff turut merakam video kolam ikannya secara langsung sebagai bukti menerusi IG TV.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyebaran video lucah atau bogel yang didawka mirip selebriti bukanlah suatu hal yang baru.
Baik artis lelaki dan wanita, masing-masing menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab hingga menjejaskan reputasi.
Bagaimanapun apabila sudah menjadi selebriti terkenal, semestinya untuk menghindari isu sensasi bukanlah satu hal mudah.
Jadi, ikuti 6 senarai bintang yang pernah terjerat dengan penyebaran video dimaksudkan, lalu cetus viral di media sosial.
1.Aiman Tino
Penyanyi muda Aiman Tino pernah terbabit dengan satu penularan video lucah yang didakwa mirip dengan wajahnya. Insiden ini berlaku kepada penyanyi berusia 20 tahun ini beberapa bulan yang lalu.
Aiman bagaimanapun sudah memberikan penafian dan bakal membawa hal berkenaan ke tengah andai ia terus disebarkan.
2.Syafiq Kyle
Bintang Nur, Syafiq Kyle juga pernah dihimpit dengan kontroversi apabila muncul video lucah yang didakwa mirip pelakon berkenaan, tahun lalu.
Namun, aktor tampan itu mengambil tindakan profesional dengan memberi penjelasan dan kenyaatan mengenai perkara tersebut menerusi beberapa media.
3.Atikah Suhaimi
Pelakon, Atikah Suhaime atau nama sebenarnya Nur Atikah Muhd Suhaime pernah menjadi bualan ramai beberapa tahun lalu apabila viral sekeping foto seksinya bersama dua selebriti lain, seperti yang didakwa ramai.
Atikah mengambil pendirian dengan menafikan foto berkenaan adalah dirinya.
4.Idris Khan
Idris Khan juga pernah menjadi perbualan hangat di media sosial apabila video bogel yang didakwa iras pelakon dan model kacak ini tersebar awal tahun ini.
Turut sama terpalit dengan video memalukan itu ialah beberapa bintang lelaki lainnya. Bagaimanapun tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai kesahihan video tersebut.
5.Ammar Alfian
Pelakon berbadan sasa, Ammar Alfian juga tidak terlepas daripada dihimpit dengan video memalukan.
Tiba-tiba sahaja viral satu rakaman video lucah yang didakwa mirip rupa bintang filem Paskal ini tersebar di media sosial. Lalu, para peminat memberikan reaksi tersendiri.
6. Aliff Aziz
Tiada apa yang lebih hangat sepanjang ramadan lalu apabila beberapa siri foto melibatkan penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz mulai tersebar bersama seorang wanita muda.
Foto tersebut lalu terkait dengan konflik rumah tangganya bersama Bella Astillah. Rentetan isu tersebut bersama beberapa hal, akhirnya perkahwinan mereka menemui nokhtah pertengahan Mei lalu.
Foto : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang kini bergelar usahawan, Lufya Omar mengakui bukan satu perkara mudah untuk mengapai kejayaan dalam kehidupan.
Lufya yang sudah berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan kek lapis istimewa berharap agar orang ramai sentiasa bersikap positif dan tidak memberikan sebarang komen yang berunsur penghinaan atau sebagainya.
“Menegur jangan sampai menghina
Mendidik jangan sampai memaki
Meminta jangan sampai memaksa
Memberi jangan sampai mengungkit
“Relate dengan korang tak? Bukan senang nak senang dalam hidup. Kadang kita sendiri boleh nampak ujian dan cabaran dalam meniti kejayaan.
“Macam-macam hal pun ada. Tolong la kasi nasihat yang membina,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata-kata semangat agar ibu tunggal ini terus cekal dengan ujian dihadapinya.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laan Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah punpada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Lufya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ezlynn mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bukan Melayu lebih setahun lalu.
Menyifatkan hubungan mereka masih lagi baru, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hi Hi Bye Bye ini senang berkawan dengan si dia yang juga seorang pekerja swasta itu kerana sikapnya yang memahami dan berfikiran matang.
Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin, 39, bagaimanapun berserah kepada takdir apabila berkongsi bicara mengenai soal jodoh.
“Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang. Dia bukanlah VIP, orang biasa sahaja. Masih saling mengenali dia dan keluarganya. Dia pun solo dan usianya beberapa tahun lebih muda daripada saya.
“Bagi saya, dia seorang yang matang dan memahami. Kami berkenalan sekitar setahun dua. Bertemu ketika kami saling bermain badminton, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
“Apa yang boleh saya kongsikan setakat ini, kita berkawan. Saya berserah, kalau Dia kata itulah jodoh saya, saya terima,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauh mana keinginannya untuk kembali bergelar isteri selepas berpisah dengan bekas suami yang juga pengurusnya pada ketika itu, Adam Fahmy pada Oktober 2017, Ezlynn mengakui bukan mudah untuk kembali membina perhubungan baru.
“Percubaan untuk mengakhiri zaman solo itu ada. Cuma bila ia tidak menjadi, membuatkan saya sedar sebenarnya kalau bergelar janda dalam tempoh lama, situasi itu menjadi agak sukar untuk memulakan perhubungan baru.
“Bila kita sudah tahu apa yang hati kita ingini dan bila sudah tahu apa kelemahan seseorang lelaki itu… Kalau anda berada di tempat saya, mungkin anda tidak akan beri si dia peluang kedua atau ketiga dah.
“Kalau buat silap sekali, ‘bye-bye’ lah. Jadi hal itu sukar buat saya sebab kita dah tahu apa yang kita mahukan dalam perhubungan. Mungkin juga saya selesa dengan status begini. Sebab saya sejak dulu sudah pun ‘survive’ sendiri. Kita tidak menyusahkan orang.
“Sudah selesa, gembira macam ni. Kalau si dia datang nak buatkan kita gembira tak apalah, tapi kalau datang nak memeningkan atau menyusahkan, tidak payah.
“Kalau ada yang boleh menggembirakan saya, Insya-Allah saya terimanya dengan hati terbuka,” katanya.
Ezlynn ditemui pada majlis pelancaran Sabun Toyyib, sabun pewangi dengan tekonolgi Endcap pertama di Malaysia dan berstatus halal di Klang, Selangor pada Rabu.
Menyokong perniagaan yang diusahakan peniaga bumiputera, Ezlynn turut sama teruja dengan pelancaran produk pembersih berkenaan, apatah lagi ia menekankan elemen halal yang pastinya boleh digunakan tanpa ragu oleh semua lapisan masyarakat.
Syarikat yang mengeluarkan siri produk pencuci ini sudah ebih setahun beroperasi dengan lima variasi termasuk sabun pencuci pakaian dengan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengarah Syarikat Norshahila Mohd Noor bersama suami, Naim Saidon yang membangunkannya bersama Faiz Hairudin, optimis menegaskan, sebagai syarikat milik penuh bumiputera, produk Sabun Toyyib mempunyai kelebihan tersendiri dengan empat fungsinya iaitu pembersih, pelembut, pewangi dan anti-bakteria.
“Kami bangga kerana produk kami memenuhi kriteria berish dan suci untuk pengguna serta memberikan kesan terbaik,” katanya.
Pada masa sama, Sabun Toyyib turut membuka peluang perniagaan dan mempunyai lebih 3,000 orang Mater Sokis, Stokis, Master Ejen dan Ejen di Seluruh Malaysia.
Selain pencuci pakaian, Sabun Toyyib turut mempunyai produk lain seperti Dishwash Lemon, Hand Wash, Hand Sanitizer dan Multipurpose Spray.
Sehingga kini, Sabun Toyyib telah pun terjual lebih 100,000 botol sejak ia diperkenalkan di pasaran dan optimis untuk meluaskan lagi pemasarannya ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Sabun Toyyib dijual di dalam dua saiz berbeza iaitu 4 kilogram (RM20) dan 10 kilogram (RM30).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Pelakon dan Penyampai Radio, Hawa Rizwana Redzuan kini melebarkan portfolionya apabila terjun ke dunia perniagaan selepas melancarkan jenama hijabnya sendiri baru-baru ini.Keputusan yang...