“Akhirnya Boleh Peluk Diaorang Macam Biasa,” – Bebas Covid-19, Aeril Zafrel Terus Ke Pangkuan Anak Isteri

Share

Pelakon Aeril Zafrel menyatakan rasa syukur apabila memaklumkan dirinya sudah pun bebas virus Covid-19 lalu turut berkongsikan fotonya bersama isteri yang juga pelakon Wawa Zainal beberapa hari lalu.

Turut sama kelihatan di dalam foto kandid berkenaan ialah tiga anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa serta Aya Soffya bersama seekor kucing peliharaan.

“Alhamdulillah atas doa anda semua. Semalam hari last saya kuarantin. Akhirnya boleh peluk diaorang mcm biasa.

“Biarlah gambar diaorang tak ready ke apa. Yg penting gambar aku on point,” tulisnya pada entri yang sudah pum menerima lebih 200,000 tanda suka itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut sama tumpang rasa gembira atas perkembangan kesihatan bintang berkenaan.

Terdahulu, pelakon Cari Aku Di Syurga itu telah disahkan positif virus tersebut sejurus menghantar pengurusnya yang mengalami demam panas ke klinik.

Bagaimanapun, Wawa bersama tiga anak mereka disahkan negatif.

Foto: Instagram Aeril Zafrel

Published by
MH